Euforia Bola 2026
Featured By: Yanie Baharom April 4, 2020 @ 10:00am

Puasa sunat sepanjang PKP, dapat tingkatkan sistem imunisasi

Catatan kes baharu COVID-19 pada minggu ke-3 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) membayangkan pelaksanaan fasa ke-3 PKP berkemungkinan besar dilanjutkan.

Apabila melangkah ke fasa ini, bererti kita berhadapan dengan cabaran yang lebih besar, nasib rakyat khususnya golongan yang kurang bernasib akan lebih sengsara.

Jika sepanjang tiga minggu ini, hari-hari kita menyediakan hidangan yang sedap, fasa ke-3 PKP nanti sebaik-baiknya lebih bersederhana, makan seadanya kerana mungkin banyak kedai runcit, pasar raya dan perkhidmatan makanan termasuk pembekal akan menghentikan operasi kerana perlu mendahulukan keselamatan mereka.

Ini kerana, catatan kes baharu COVID-19 di Malaysia menunjukkan bahawa wabak ini masih bermaharajalela.

Dalam keadaan yang memerlukan kita mencatu makanan, adalah lebih afdal jika umat Islam memanfaatkan saat ini dengan berpuasa sunat pada Isnin dan Khamis.

Sebagaimana kita tahu, keistimewaan berpuasa banyak manfaatnya dalam membantu sistem imunisasi tubuh. Doktor Hafiz Sulaiman seorang pejuang kesihatan, menyarankan orang ramai untuk berpuasa ketika PKP.

Satu kebaikannya seperti dinyatakan di atas, berpuasa dapat meningkatkan sistem imunisasi tubuh, selain mengajar kita menghayati insan lain yang sedang kelaparan.

Bahkan dengan cara itu juga dapat mengawal penyakit seperti kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung, lebih-lebih lagi kebanyakan kes kematian COVID-19 membabitkan mangsa yang mempunyai sejarah penyakit 3 serangkai ini.

Antara manfaat berpuasa untuk merangsang kekuatan sistem imunisasi badan.

1) Memulihkan sistem pencernaan yang rosak akibat kerap makan. Lebih-lebih lagi makanan bertoksik seperti makanan segera dan tinggi kandungan gula. Sistem pencernaan ini merupakan pusat imunisasi terbesar dan paling penting dalam badan.

Apabila perut bermasalah atau masuk angin, ia akan menyebabkan keradangan lalu menyumbang pada kegagalan paru-paru, seperti yang berlaku kepada kebanyakan pesakit COVID yang meninggal. Ini disebabkan oleh kecelaruan sistem imunisasi badan (cytokine storm).

Foto: SCI News

2) Meningkatkan pembersihan sel (autophagy) yang merupakan proses detoks setiap sel badan. Cara ini membantu sistem imunisasi badan lebih cekap melawan jangkitan kuman.

Mereka yang mempunyai masalah autoimun dan alahan (ekzema, resdung, lelah dan lain-lain) juga akan dapat manfaat pengurangan keradangan.

3) Mengawal paras gula dalam darah. Paras gula dan insulin ini penting untuk kesihatan dan imuniti badan. Sebab itu orang kencing manis senang kena jangkitan, maka kawal paras gula dengan berpuasa serta kurangkan makan.

Foto: Donna

4) Puasa memberi tenaga pada setiap bateri sel badan yang dipanggil mitokondria. Bila tenaga cukup, barulah sistem imunisasi dapat bekerja dengan sempurna. Makanan manis, tinggi karbohidrat, makanan proses dan ringan antara punca badan jadi rosak.

5) Puasa berupaya mengaktifkan stem sel darah. Kesannya lebih banyak sel darah putih dihasilkan untuk melawan jangkitan kuman. Bukan itu saja, antioksidan dalaman juga pesat meningkat! Penyelidik berpendapat berpuasa selama tiga hari boleh membetulkan semula (reset) sistem imunisasi badan.

Foto: Insider

Bukan sahaja fizikal, malah mental juga lebih lapang apabila berpuasa, selain lebih tenang, waras dan positif.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 15 Mar 2022

“Lebih Baik Jemput Staff Tu” – Netizen Berang Kak Long 7E Dijemput Ke Program TV Islamik

Apapun, rancangan program televisyen ini sudah ditangguhkan..

Featured Tue, 5 May 2026

Kes Nubhan & Dr Fie: Tidak Wujud Unsur Balas Dendam, Peguam Dakwa 3 Pelanggaran Perintah Berlaku

Prosiding pertama melibatkan dakwaan pelanggaran perintah antara penyanyi Nubhan dan bekas isterinya, Dr. Fie disambung pada 10 Ogos depan. Menurut Peguam Syarie, Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan, tarikh itu ditetapkan mahkamah bagi membolehkan pihak […]

Featured Mon, 9 Feb 2026

Public Health Malaysia Tegas Ibu Tunggal Bukan Bahan Lawak

PHM menegaskan ibu tunggal bukan bahan jenaka apatah lagi jika ia menyentuh soal tubuh, maruah dan isu seksual.

Featured Fri, 23 Dec 2022

Manisan ‘Sweet Table’ Kena Kecam, Ini Penjelasan Fazley Yaakob

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sering dikecam segelintir wargamaya akibat manisan ‘Sweet Table’ yang mengundang kontroversi. @fazleyyaakob BALIK-BALIK SWEETTABLE KENA KECAM! Semalam, saya menjamu beberapa rakan-rakan media di @sukasucrebistro sempena tradisi hujung tahun dulu-dulu. Dan […]

Featured Wed, 15 Feb 2023

Pengeluaran Wang Simpanan KWSP Dijangka Undang Masalah – Menteri Ekonomi

Min pun taktau nak kata apa. Ramai yang masih berharap…

Featured Tue, 29 Nov 2022
Drama Tue, 7 Jun 2022

“Market Kita Bukanlah…” – Drama Melur Untuk Firdaus Bakal Tembusi Pasaran Indonesia? Ini Respons Penerbit

Fuhh bukan biasa-biasa drama ni 😍 Siap ada peminat dari negara seberang, memang terbaik!

error: Content is protected !!