Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin April 6, 2023 @ 10:20am

Puteri Sarah Tak Hadir Kes Sebutan Nusyuz, Syamsul Yusof Mohon Doa – “Hanya Mampu Bersangka Baik Kepada…”

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan tarikh baharu iaitu 8 Mei bagi sebutan tuntutan nusyuz yang difailkan oleh pengarah kontroversi, Syamsul Yusof, 39, terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana, 38.

Tarikh baharu itu ditetapkan berikutan Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana tuntutan kerja di Jakarta, Indonesia.

“Hari ini adalah sebutan nusyuz, tapi Puteri Sarah tidak dapat hadir kerana dia ada urusan di luar negara.

“Saya pun tak mahu cakap banyak sebab takut salah cakap. Apa-apa pun, doakan yang baik-baik antara saya dan Puteri Sarah sama ada berakhir dengan baik atau tidak.

“Kita doakan yang terbaik. Kadang-kadang kita tak tahu yang terbaik untuk kita mungkin tak baik untuk kita. Allah Maha Mengetahui. Hanya mampu bersangka baik kepada sesiapa saja di luar sana,” katanya kepada XTRA.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Syamsul Mohd Yusof ditemui usai kes sebutan tuntutan nusyuz dan ditemani peguam syarie yang mewakilinya, Azmi Mohd Rais.

Pada masa sama, pengarah filem Bohsia Jangan Pilih Jalan Hitam ini juga memohon doa yang baik-baik untuk dirinya dan rakan-rakannya yang menghadapi kemelut rumah tangga.

“Untuk semua netizen, doakanlah yang terbaik bukan untuk saya saja tapi rakan-rakan artis yang lain sebab kita nampak benda ini sudah jadi macam trend.

“Ini bukan perkara main-main. Ini mengenai kehidupan peribadi dan tidak nampak indah yang disangka.

“Inilah realiti. Doakanlah kami semua. Itulah hakikat sebenar,” katanya.

Terdahulu, Syamsul yang memfailkan permohonan nusyuz pada 21 Mac lalu tiba di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, kira-kira jam 9.10 pagi bagi sebutan pertama kes nusyuz terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah.

Sementara itu, Puteri Sarah tidak hadir dan hanya mewakilkan peguamnya, Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Terdahulu, peguam Syamsul berkata, Puteri Sarah terbabit dalam beberapa tuntutan nusyuz atas beberapa alasan.

“Syamsul sudah memfailkan kes tuntutan nusyuz terhadap Puteri Sarah dan kami berusaha mendapatkan kebenaran untuk menyerahkan saman memandangkan Puteri Sarah tinggal di Wilayah Persekutuan. Jadi kami akan serahkan saman ini kepada dia dalam masa terdekat ini.

“Nusyuz adalah isteri tidak taat dan derhaka, jadi Syamsul memfailkan tuntutan nusyuz ini kepada Puteri Sarah kerana beberapa alasan yang dinyatakan dalam tuntutan tadi.

“Antaranya dia meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, keduanya masih menghubungi bekas kekasihnya dan ketiga enggan mematuhi notis nusyuz serta keempat sudah membuat fitnah terhadap Syamsul seperti memukul dan tidak memberi nafkah,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Apr 2026

Siti Khadijah Halim Mahu Ambil Tindakan Saman Pemfitnah, Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu bukan sahaja mengganggu reputasi, malah memberi tekanan

Featured Thu, 12 Jan 2023
Events Tue, 19 Mar 2019

Reza Rahadian Tak Paksa Badan Kerja Lebih Masa

Kalau double job, aduh gak sanggup…

Featured Sun, 3 Apr 2022
Featured Tue, 19 Aug 2025
Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Ziana Zain ‘Putus Terpaksa’ Tidak Lagi Duduk Sebumbung!

Daripada sumber yang dipercayai, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan perceraian tetapi mohon kes tersebut dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Trending Sat, 5 May 2018

14 Kali Mengundi, Nenek Dah Tak Sabar!

Walaupun saya tidak mampu lagi melihat dengan jelas, tanggungjawab untuk mengundi kali ini tidak akan saya lepaskan, saya berharap ada pihak yang sudi membantu saya ke pusat pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pusat Air Tawar, Endau nanti…

Hiburan Tue, 28 Aug 2018

Siti Nurhaliza Dilantik Ahli Lembaga Pengarah ASWARA

Pelantikan ini juga satu anjakan baharu kepada diri saya sendiri kerana penglibatan saya sebagai ALP Aswara ini dalam bidang pendidikan.

Hiburan Fri, 23 Mar 2018

“Ada Yang Sudah Belasah Saya, Tapi Saya Okay” – Mawi

Mengakui filem tersebut masih belum mempunyai tajuk yang sesuai, Mawi turut menitikberatkan setiap babak agar mesej dalam filem bergenre komedi Islamik ini sampai kepada penonton

error: Content is protected !!