Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin March 25, 2020 @ 12:00pm

Rakyat Disaran Jangan Degil, Batalkan Saja Niat Balik Ke Kampung Halaman Dalam Tempoh PKP

Rakyat Malaysia yang degil pulang ke kampung halaman diminta agar kekal berada di kampung sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan ini.

Ianya bertujuan untuk memutuskan penyebaran wabak Covid-19 di negara ini yang semakin membimbangkan.

Sumber : Google

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagi memastikan perintah kawalan pergerakan ini dipatuhi, pihak polis telah mengadakan sekatan jalan raya di 23 plaza tol di seluruh negara.

” Pada sekatan tersebut, pemandu-pemandu diminta untuk pulang semula ke kampung masing-masing. Jadi tidak perlulah sesiapun untuk merancang perjalanan pulang ke bandar-bandar besar kerana pihak polis tidak akan membenarkan” Katanya.

Sumber : Google

Ini termasuklah, sebanyak 1029 sekatan jalan raya telah dilakukan pada Isnin. Dan sebanyak  163, 687 sekatan jalan raya telah dibuat. Manakala, sebanyak 2,481 pemeriksaan jalan raya secara mengejut dan  1,719 hebahan turut dilakukan.

Tambahnya lagi, sekiranya rakyat Malaysia masih berdegil pihak polis mungkin akan mengubah cara mereka dan akanmengambil tindakan undang-undang.

Sumber : Google

” Pihak polis akan mengambil tindakan undang-undang bagi mereka yang  masih berdegil dan ingkar akan perintah kawalan pergerakan ini” Katanya.

Setakat ini, sebanyak 6095 laporan polis dibuat dengan 46 kes sedang disiasat dan 28 orang telah ditangkap berhubung perkara tersebut.

Untuk maklumat terkini mengenai Covid-19 dan perintah kawalan pergerakan ini, jangan lupa menonton Buletin Utama pada jam 8 malam hanya di TV3.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Oct 2020
Featured Thu, 8 Apr 2021

“Mak Tiri Tak Tahu Hukum Hakam Ke?” – Nak Kahwin Anak Tiri Sendiri, Tak Sempurna Mencintaimu Buat Ramai Sakit Hati

Sejak akhir akhir ini, Drama Tak Sempurna Mencintaimu sering kali menjadi perdebatan di kalangan penonton di media sosial. Sebaik sahaja drama ini bersiaran, laman media sosial akan dipenuhi dengan pelbagai komen daripada para penonton yang […]

Hiburan Tue, 4 Jun 2024
Trending Tue, 13 Jul 2021
Hiburan Mon, 6 Oct 2025
error: Content is protected !!