Euforia Bola 2026
Featured By: Fatin Nurain July 2, 2022 @ 1:13pm

Ramai Tersentuh Dengan Pesanan Sharnaaz Ahmad Buat Jebat Jayden – “Boy Nak Jadi Apa Baba Tak Kisah…”

Apa sahaja perkongsian yang dibuat oleh pelakon Sharnaaz Ahmad bersama anak lelakinya, Jebat Jayden pasti akan menjadi bualan dan menyentuh hati ramai.

Kali ini, pelakon lelaki itu sekali lagi menyentuh hati pengikutnya selepas memuat naik video dirinya sedang membuat ‘review’ sambil diselitkan nasihat yang diberikan khas buat anaknya, Jebat di Instagram.

“I love you more than everything Jebat Jayden. Cuma satu Baba pelik, selama 3 tahun 10 bulan hang membesaq depan mata Baba, ini baru first time hang makan kambing.

“Nalla hang terus tibai sampai tinggal setengah, na? You truly my Anak Antoo lah Boy!,” katanya.

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz berpesan kepada Jebat agar melakukan perkara yang membahagiakan dirinya serta menghiraukan kata-kata mereka yang tidak menyukainya.

“Boy nak jadi apa Baba tak kisah. Yang penting Boy happy, Boy buat apa yang Boy suka, Boy jadi manusia.

“Kalau orang tak suka apa kita buat, lantak pi kat depa yang penting kita suka,” katanya.

Kebanyakkan pengikutnya meluahkan rasa sebak mereka selepas mendengar pesanan Sharnaaz buat anak lelakinya itu.

Malah, ada juga yang memuji cara didikan dan kasih sayang pelakon lelaki itu terhadap anaknya.

“Buat review je la tak payah la bagi touching-toucing! Anak antoo betul la,” komen Ozlynn.

“Ya Allah sukanya tengok kasih sayang bapa dengan anak ni… Moga Allah sentiasa memberi ke redhaan pada mereka dunia akhirat,” komen seorang netizen.

“Nangis.. Jebat pelengkap Mamoo… Masuk habuk mata cek oi… Haru la hang mamu,” tulis seorang peminatnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 May 2026

“Semoga Tidak Benar & Tidak Dinormalisasikan” – Fazura Nasihat Wanita Didakwa Jalin Hubungan Sesama Jantina

Fazura berharap agar perkara tersebut tidak benar dan tidak dinormalisasikan.

Events Thu, 28 Nov 2024

Siti Bainun Tarik Balik Rayuan Tangguh Hukuman Penjara 12 Tahun

Siti Bainun menarik balik rayuan menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara 12 tahun.

Featured Wed, 6 Oct 2021
Kes Mahkamah Thu, 2 May 2024
Events Tue, 12 Nov 2019

Fauziah Latiff Kembali Galas Tanggunggjawab Besar Dalam ‘Mahathir The Journey’

Wah, tak sabar rasanya nak tengok perjalanan kisah hidup Tun M!

Hiburan Sun, 3 May 2026

Raikan 543 Pelajar PTTI Raih Straight A SPM Termasuk Alyssa Dezek, Syed Saddiq Kagum Pengorbanan Ibu Bapa

Tahniah semua pelajar cemerlang SPM, semoga menjadi insan yang berguna untuk ibu bapa & negara!

error: Content is protected !!