Euforia Bola 2026
Trending By: SGMS Faida July 30, 2018 @ 7:06am

Rancang Ke Lombok? Tangguh Dulu!

Berikutan gempa bumi yang berlaku awal pagi semalam, anda yang sedang merancang percutian ke Lombok, Indonesia dinasihatkan untuk menangguh rancangan mereka buat seketika ekoran kejadian gempa bumi yang melanda wilayah itu.

Timbalan Menteri Luar Datuk Marzuki Yahya berkata rakyat Malaysia yang kini berada di Lombok pula diminta untuk terus berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengetahui perkembangan lanjut keadaan di sana.

“Buat masa ini kami belum dapat laporan yang jelas dan masih menunggu perkembangan terkini dari Wisma Putra malah pihak Kedutaan Besar Malaysia di sana sedang mengenal pasti berapa ramai lagi warga Malaysia yang berada di Lombok,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Rakan Muda Masjid Al-Mubarak Permatang Bogak.

Beliau berkata berikutan keadaan di Lombok yang agak tegang ketika ini, proses membawa pulang mayat akan dilakukan apabila selesainya semua urusan seperti mengenal pasti identiti dan beberapa perkara lain yang berkaitan.

“Kami akan memaklumkan kepada umum secepat mungkin jika terdapatnya sebarang perkembangan di sana dan berharap semuanya berjalan lancar,” katanya.

Seorang rakyat Malaysia Siti Nur Ismawida, 30, terkorban dalam kejadian gempa bumi itu bersama 17 warga Malaysia lain yang menyertai program untuk mendaki gunung berapi Rinjani.

Mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan manakala enam lagi dilaporkan cedera.

Gempa bumi kuat itu menggoncang wilayah Nusa Tenggara Barat dan Lombok menyebabkan penduduk kawasan itu dilaporkan bertempiaran meninggalkan kediaman dan bangunan.

Menurut kenyataan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika Indonesia (BMKG) gempa bumi berukuran 6.4 skala Ritcher terjadi pada 5.47 pagi itu berpusat 28 km barat laut Lombok timur dengan kedalaman gempa sekitar 10 km, hingga menyebabkan kerosakan bangunan dan struktur di kawasan yang terlibat iaitu Kapubaten Lombok timur dan Kabupatan Lombok utara.

Gunung berapi Rinjani dengan ketinggian 3,726 meter terletak di Pulau Lombok, Nusa Tenggara Barat adalah destinasi popular pelancong dan pendaki.- Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 16 Aug 2019

This Model is So Ridiculously Perfect that It’s Becoming Disturbing!

Before we start anything, just take a look at these shots!       View this post on Instagram     Shudu X @wwd X @itsclo3d . . Styled by @thealexbadia Dress by @thegreateros_ Article […]

Trending Wed, 7 Aug 2019
Hiburan Thu, 2 Nov 2023

Prihatin Isu Palestin, Awie Wings Anjur Acara Solidariti Bulan ini!

Respect betul dengan Awie! Sambil konvoi kita tunjuk solidariti 🔥🔥🔥

Featured Sun, 12 Feb 2023

Ali Puteh Akan Bayar Hutang RM60,000 Secara Ansurans, Tampil Dedah Sebab Tak Beri Kunci Rumah Pada Balu Abam…

Ali Puteh tampil beri penjelasan isu rumah arwah Abam Bocey terbiar 🤔

Selebriti Tue, 16 Apr 2024
Trending Tue, 6 Oct 2020

PM Jalani Kuarantin 14 Hari

Semoga PM kita baik-baik sahaja

error: Content is protected !!