Euforia Bola 2026
Trending By: Padin June 13, 2021 @ 8:36am

Rapper Muda Singapura Jalin Kolaborasi Dengan SonaOne

Menggunakan gelaran nama YHB Sleepsalot, anak muda kelahiran Singapura ini bersedia untuk menggegarkan dunia muzik masa kini.

Dilahirkan pada 30 Ogos 2001, YHB mengakui bahawa permulaannya ke dalam dunia seni bertitik-tolak dari obsesinya terhadap bintang remaja popular, Justin Bieber dan lagu hit beliau ‘Baby’ semasa umurnya 12 tahun dan sejak itu, dirinya kerap mengimpikan untuk menjadi seorang penghibur.

Ketika membesar, dia didedahkan dengan muzik persembahan ikon-ikon nyanyian tersohor dunia seperti bintang legenda Elvis Presley, Raja Pop Michael Jackson serta nama-nama lain termasuk Drake, Travis Scott dan juga kumpulan One Direction.

Pengaruh muzik aneka warna ini telah menyemarakkan lagi cintanya terhadap dunia muzik.
Lantas sepanjang persekolahan menengahnya, dia mula mencipta lagu di dalam fikirannya dan akhirnya merakam sebuah lagu semasa berumur 17 tahun.

“Mencipta lagu tidak susah buat saya. Ia seperti minda pra-sedar saya yang mengambil alih dan saya hanya perlu menterjemahkan idea tersebut ke dalam lagu. Saya dapat cetusan ilham sedikit demi sedikit dan pada bila-bila waktu di mana sahaja.

“Jadi saya akan masukkan semua itu ke dalam nota saya dan saat idea tergendala seketika saya hanya perlu merujuk semula catatan saya dan kemudian ia menjadi seperti sebuah pintu penuh ilham,” kata YHB.

Tanpa disangka sedutan rakaman ringkas itu bakal mengubah kehidupannya kala ia mencuri perhatian dua bintang hip hop ternama iaitu ALYPH dan juga SonaOne melalui kuasa media sosial.

Pertemuan itu telah merealisasikan impiannya saat Def Jam Asia Tenggara memberikannya peluang dan menjadikannya salah seorang artis rakaman mereka.

Sejak itu, YHB tidak pernah menoleh ke belakang dan terus bersemangat untuk membuat perubahan dalam dunia muzik pop serta hip hop.

Mampu berbahasa Melayu dan Inggeris dengan lancar telah memberikannya kelebihan dalam menyampaikan muziknya kepada segmen pendengar yang lebih luas.

Kini, YHB muncul dengan single terbaru, kolaborasi bersama SonaOne yang berjudul Jatuh Boi.

Lagu Jatuh Boi boleh didengari di semua platform muzik digital pilihan anda dan di laman YouTube.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 2 May 2023
Hiburan Tue, 30 Sep 2025
Trending Tue, 30 Jun 2020
Hiburan Thu, 18 May 2023
Hiburan Sun, 2 Nov 2025

Gusar Keterbukaan Timbulkan Rasa Kurang Senang, Nora Danish Mahu Jaga Privasi

Nora Danish bimbang sekiranya hubungan yang sedang terjalin itu tidak berjalan seperti yang diharapkan ramai.

Featured Mon, 5 Sep 2022

“Penat Juga Nak Jaga…” – Puteri Sarah Dedah Cara Disiplinkan Anak

Biasalah kena lah tegas dalam mendidik anak-anak kan nanti manja pulak..

Hiburan Mon, 5 Aug 2024

“Status Hubungan Dengan Jazmy Juma Biarlah Rahsia” –  Scha Elinnea

Dia ambil berat tentang saya, penyayang dan sangat lemah lembut – Scha Elinnea

Trending Tue, 16 Jun 2020

KFC Benarkan Semula Makan Di Restoran

Berita baik untuk untuk penggemar makanan segera KFC! Perkhidmatan makan di premis atau dine-in kini sudah dibuka semula di semua restorannya di seluruh negara. So senang lah nak makan KFC lepas ini kan? KFC menjelaskan […]

Trending Wed, 28 Aug 2019
Featured Sat, 10 Sep 2022

Muat Naik Hantaran Berbaur Sindiran, Azhar Sulaiman Perli Siapa? – “Ada Masalah Keluarga, Canang Sahaja Kepada Umum”

Ada yang patut dicanang dan ada yang tak patut! Jaga hal sendiri lebih baik 😬

error: Content is protected !!