Euforia Bola 2026
Trending By: Khairil Khusyairi August 21, 2022 @ 12:07pm

“Rasa Kalau Tok Ram, Mau Dia Bakar Studio Ni”- Mokhzani Ismail ‘Pantang’ Dengar Nyanyian Sumbang Aliff Syukri

Awal minggu ini tular tentang nyanyian duet usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi, Baby Shima menerusi lagu Baby Sayang yang trending nombor satu di YouTube.

Rata-rata wargamaya menyifatkan usahawan tersebut seorang yang ‘pekak telinga’ biarpun sering mendapat kecaman tentang nyanyiannya.

Terbaharu, pengarah muzik terkenal, Datuk Mokhzani Ismail juga tampil memberi komen tentang lagu dangdut itu menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, Pianist DM.

“Duk saja-saja bergolek atas katil, meh kaji lagu Datuk Aliff Syukri dan Baby Shima… Selalu juri gigih nak cari note yang silap dalam nyanyian.

“Bab ni tak jumpa-jumpa note yang betul… Rasa kalau Tok Ram (Datuk Ramli MS) mau dia bakar studio ni,” tulis Mokhzani.

Sering muncul sebagai juri dalam program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu, Mokhzani mendedahkan sukar untuk mencari bahagian yang ‘betul’ dalam lagu ini.

“Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena. Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi yang ini nak cari ‘part’ yang betul pun tak jumpa.

“Kalau dia masuk radio dan keluar di kaca TV lainlah. Kalau dia keluar fizikal CD pun belum tentu ada yang beli,” katanya.

Pengarah muzik terkenal itu mengakui lagu tersebut mempunyai muzik yang baik namum terdapat masalah pada nyanyian.

“Lain kali panggil orang yang ada ‘telinga’ jaga vokal. Bukan kita tak mahu tolong. Kira baiklah keseluruhannya nak juga dia menyanyi, tapi itulah kena ambil tindakan sebab nak keluar radio tak semudah itu.

“Kita pun bukan tak nak berkompromi soal ini. Lagu ini ‘simple’ dan muzik pun okey. Sesuai dengan konsep, cumanya masalah pada nyanyian.

“Baby Shima tiada masalah tapi nyanyian Datuk (Aliff) nak lagi kena berlatih. Okeylah setakat keluar YouTube ada 813,000 tontonan kiranya banyak. Cukuplah setakat itu,” ujarnya.

Mokhzani juga menjelaskan nyanyian Aliff Syukri terdapat banyak masalah berbanding Baby Shima yang dilihat ‘sempurna’.

“Padahal boleh perbetul macam-macam teknik boleh diguna. Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu ‘perfect’ untuk Aliff sampai akan dengar dia punya ‘pitching’ nampak keterlaluan larinya.

“Suara tak sepadan dengan suara Baby Shima. Ya Allah dengar baliklah. Padahal senang saja. Aduii tak tahu nak kata.

“Sebenarnya banyak lagu sebegini dalam YouTube, tapi sebab dia Aliff Syukri dan dia seakan-akan mendabik dada dengan kenyataan artis nombor satu, itu yang orang tak boleh terima,” jelasnya.

Menurut Mokhzani, dia beranggapan bahawa sebenarnya tiada salah apapun untuk Aliff merakamkan lagu kerana semua orang bebas berbuat demikian.

Sumber: Facebook Datuk Mokhzani Ismail (Pianist DM)

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 16 Jun 2021

Bukan Cerita Klise, Budak Tebing 2 Pamer Isu Kekeluargaan & Penderaan

Dengar cerita Drama ni bukan drama cintan cintun macam selalu tu….

Hiburan Mon, 14 Nov 2022
Featured Wed, 26 Nov 2025

Puteri Sarah Takut Individu Misteri Ancam Hantar Sihir – “Dia Siap Beri Amaran…”

Kata Sarah, individu itu seringkali memberikan kata-kata ancaman sehingga membuatkan dirinya berasa takut.

Trending Wed, 18 Nov 2020

Pemberian Elaun Khas Covid-19 Secara Bersasar

Jasa frontliners buat negara..

Hiburan Wed, 20 Aug 2025
Featured Sat, 28 Jun 2025
Featured Wed, 17 May 2023

Sedih Tak Berpeluang Jumpa Anak, Hafidz Roshdi Fail 2 Tuntutan Hadanah

Hadanah difailkan supaya Hafidz mendapat hak lawatan tetap bagi memudahkannya untuk berjumpa dan berkomunikasi dengan anak-anak.

Featured Tue, 22 Nov 2022

“Kita Berilah Masa Sedikit Untuk Kami Dan YDPA” – Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim minta semua beri ruang kepada YDPA

error: Content is protected !!