Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 27, 2023 @ 3:52pm

Rashidra Scott Bakal Bawa Lagu Hits Legasi Whitney Houston Di Konsert Tribute Bersama MPO!

Buat julung kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia atau Malaysia Filharmonik Orchestra (MPO) bakal mengadakan konsert ‘tribute’ bintang penyanyi antarabangsa popular, Whitney Houston.

Konsert istimewa ini bakal menyaksikan gabungan hebat MPO bersama muzik pop dan elemen klasikal yang dijadualkan berlangsung pada 14 Oktorber, 8:30 malam di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Pernah muncul di pentas Broadway seperti Beautiful: The Carole King Musical, Sister Act, Hair dan Avenue Q, bintang Rashidra Scott bakal menyanyikan lagu-lagi hits legasi Whitney Houston dan diiringi oleh konduktor muzik Brent Havens.

Selain ikut serta di Broadway, Rashidra juga adalah penyanyi latar bagi bintang Patti Austin dan merupakan penyanyi utama bagi Disney Cruise Line dan Tarzan Rocks! di Disney Animal Kingdom, Amerika Syarikat.

Untuk konsert istimewa bersama MPO ini, Rashidra dijangka akan menyanyikan beberapa lagu malar segar Whitney seperti I Will Always Love You, Run To You, Saving All My Love For You, How Will I Know dan Greatest Love Of All.

Tiket-tiket boleh dibeli secara atas talian di myticket.asia atau www.mpo.com.mystery

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 10 Nov 2023

Disindir ‘Terpaling Pearl’ Gara-Gara Kongsi Tips Fesyen, Madammu Beri Penjelasan

Netizen memang terpaling kreatif tau! Apa kata Madammu?

Hiburan Wed, 31 Jan 2018

Tahniah Datuk Syafinaz!

Tahniah kami ucapkan kepada penyanyi Syafinaz Selamat atas penganugerahan pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan, sebentar tadi dan sekarang bergelar Datuk

Hiburan Fri, 17 Jan 2025

Hiburan Korea Di Hujung Jari Anda, Jom Layan tvN Di Tonton!

Januari penuh dengan filem dan drama Korea yang gempak!

Hiburan Fri, 11 Apr 2025
Hiburan Tue, 27 Jun 2023

[VIDEO] Tiru Gaya Mus May, Shiha Zikir Siap Tersasul Buat Netizen Terhibur

Peh Shiha ni memang talented tau semua boleh dia tiru

Featured Mon, 27 Oct 2025

“Saat Kita Broken, Penat & Burnout Ramai Akan Cari Manusia Untuk Meluah… Tapi Sangat Sikit Orang Yang Cari Tempat Untuk Bersujud”- Neelofa

Demikian perkongsian selebriti popular, Noor Neelofa mengenai bagaimana menghidupkan hubungan dengan Allah melalui doa.

Hiburan Mon, 16 Sep 2019

Sambut Hari Jadi Suami…Anzalna ‘Belanja’ Pick Up Line Romantis!

Meskipun tidak seaktif dulu dalam bidang lakonan, kehidupan pelakon jelita Anzalna Nasir masih mendapat tumpuan peminat sehingga kini. Lebih-lebih lagi selepas menimang anak lelaki, Mohamad Eidrees, peminat sentiasa menantikan perkembangan terbaharu bayi comel itu. Sudah […]

error: Content is protected !!