Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi October 1, 2024 @ 1:57pm

“Saya Tak Bersentuhan Dengan Sophia, Nelissa” –  Video Promosi Filem Reeza GTR Dikritik, Alif Satar Bertegas Tahu Batas

“Kalau tengok betul-betul video, memang tak bersentuhan dan jarak antara kami jauh,” demikian respons selebriti versatil, Alif Satar berhubung video promosi filem terbaharu, Reeza GTR bersama aktres Sophia Albarakbah dan Nelissa Nizam.

Memetik laporan Berita Harian, Alif menegaskan mereka tidak bersentuhan ketika melakukan video tersebut yang diminta oleh pasukan pemasaran filem tersebut.

“Saya sudah tahu apa batasan dan pelakon wanita itu juga dah tahu batas. Mereka tahu perlu jarakkan diri walaupun saya tak suruh. Kalau orang kaitkan dengan kempen Geng Subuh Macam Jumaat, itu memang tanggungjawab sebagai Muslim.

“Saya tak cakap bila buat kempen ini maka akan terlepas daripada kesilapan. Saya tak boleh anggap begitu. Tapi, secara peribadi saya tahu batas perlu dijaga. Kalau tengok betul-betul video, memang tak bersentuhan dan jarak antara kami jauh.

“Jadi, terpulanglah kepada mereka dengan pendapat masing-masing,” ujarnya.

Sebelum ini, video tarian Alif bersama dua aktres jelita, Sophia dan Nelissa menjadi sebutan ramai pihak yang mempertikaikan tindakan aktor tersebut sehingga dianggap tidak selari dengan kempennya iaitu ‘Geng Subuh Macam Jumaat’.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, video tersebut telah meraih 1.3 juta tontonan, 13,000 tanda suka dan lebih 400 komen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Dalam perkembangan lain, Alif tampil menerusi filem Reeza GTR bersama aktres, Sophia Albarakbah yang diarahkan oleh Dr Ahmad Idham ini bakal ditayangkan pada 17 Oktober.

Filem kombinasi tiga genre iaitu aksi, komedi, dan romantik terbitan Grand Brilliance Studio Sdn Bhd ini turut menjalinkan kerjasama dengan Primeworks Studios selaku pengedar dan rakan pemasaran.

Artikel Berkaitan: Profesional & Punya Aura Positif,  Sophia Albarakbah Selesa Bekerja Dengan Alif Satar… Puji Tak ‘Try Hard’ Bawa Watak Dalam Filem

Artikel Berkaitan: Alif Satar Tegas Suarakan Isu ‘S*xual Groom*ng’ Kanak-Kanak – “Yang Salah, Tetap Salah”

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 20 May 2018

13 Fun Facts About BTS Anyone Should Know

If you’re a new fan, you might want to know some of these things.

Featured Wed, 13 May 2020
Featured Tue, 21 Jan 2025

Fattah Amin Persoal Tindakan Individu Puk*l Abang OKU – “Kenapalah Sekejam Ini Diperlakukan Sesama Manusia”

Fattah Amin tampil meluahkan rasa kesalnya dengan tindakan kejam individu berkenaan.

Featured Wed, 11 May 2022
Trending Sat, 6 Oct 2018

PANAS! Bakal Pengantin Bengang Mahligai Impian Gulung Tikar

Perkahwinan adalah saat yang indah untuk dikenang tetapi bila ditipu seminggu sebelum majlis bagaimana . Terkini Mahligai Impian memusnahkan impian pengantin

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Pelakon drama Seribu Rindu ini mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

Featured Tue, 10 Jan 2023
error: Content is protected !!