Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie September 10, 2019 @ 9:11am

Rawatan pergigian yang cepat dan tidak menyakitkan

Apabila memperkatakan mengenai doktor gigi atau hal yang berkaitan dengan gigi, pasti ramai yang memberi ekspresi ngeri atau tidak menyenangkan kerana semua tahu perihal membabitkan gigi adalah menyakitkan.

Apa yang ingin ditekankan di sini ialah sakit gigi boleh menimbulkan tahap tekanan yang tidak ingin dialami jika ada pilihan, jadi peliharalah gigi sebaik mungkin sebelum ia mengalami kerosakan dan terpaksa dicabut.

Menyentuh mengenai penjagaan gigi, kita disarankan berjumpa doktor gigi atau membuat pembersihan gigi setiap enam bulan, tetapi ada juga yang akan berjumpa doktor gigi apabila terpaksa dan terdesak sahaja.

Cepat dan selesa

Mungkin kaedah terkini pencucian gigi secara profesional yang dinamakan ‘air polishing’ akan membuatkan ramai tertarik untuk berjumpa doktor gigi bagi menjalani rawatan yang sebelum ini dielak kerana tidak tahan dengan rasa ngilu ketika proses pembersihan dilakukan.

Dr Nor Shafina Mohamed Nazari menunjukkan alat air polishing untuk penjagaan gusi dan pembersihan gigi yang lebih cepat dan selesa  di Klinik Pergigian Universiti Malaya. Foto: NSTP/HAFIZ SOHAIMI

Pensyarah Pergigian Periodontologi, Fakulti Pergigian Universiti Malaya, Dr Nor Shafina Mohamed Nazari, berkata ‘air polishing’ adalah satu teknik yang terkini untuk membersihkan plak gigi.

“Plak gigi ialah lapisan bakteria yang melekit serta tidak berwarna yang sering terbentuk dan melekap pada permukaan gigi dan celah-celah gigi. Plak gigi yang tertinggal dan tidak dibersihkan dengan betul boleh menyebabkan keradangan gusi seperti gusi berdarah dan bengkak.

“Sekiranya ia dibiarkan untuk jangka masa yang panjang tanpa rawatan, plak gigi boleh menyebabkan kesurutan tulang di sekitar gigi dan gigi menjadi longgar. Plak gigi juga boleh mengeras menjadi karang gigi atau tartar atau disebut juga dental calculus,” katanya ketika ditemui di Klinik Pergigian UM, baru-baru ini.

Perlu berjumpa dokor gigi

Tambahnya, karang gigi tidak boleh dibersihkan sendiri di rumah kecuali jika anda mengunjungi doktor gigi untuk rawatan pembersihan karang gigi. Ini adalah penting untuk melindungi gusi dan gigi daripada sebarang ancaman kerosakan atau kesakitan disebabkan oleh bakteria di dalam mulut.

Dr Nor Shafina melakukan rawatan air polishing kepada pesakit di Klinik Pergigian Universiti Malaya. NSTP/HAFIZ SOHAIMI

“Teknik air polishing ini juga berupaya merawat masalah keradangan gusi dan  tahap kesakitannya kurang berbanding jika anda mengunakan teknik sedia ada,” katanya.

Penulis difahamkan ketika rawatan, semburan teknik air polishing itu mengandungi partikel yang sangat halus yang kurang menimbulkan rasa sakit serta pada masa sama berupaya membersihkan plak dan karang lembut yang ada di celah gigi atau di antara gigi dengan gusi.

“Seperti kebanyakan rawatan, jika anda ada masalah keradangan gusi, akan berlaku pendarahan, namun jika gusi sihat kurang pendarahan berlaku.

“Kos rawatan menggunakan kaedah air polishing ini sedikit mahal berbanding kaedah biasa, tapi ia lebih cepat dan kurang berasa ngilu,” katanya.

94 peratus rakyat Malaysia hadapi masalah gusi

Berdasarkan kajian yang pernah dilakukan oleh Bahagian Kesihatan Pergigian, Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2010, 94 peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah gusi. Teknik pembersihan yang kurang betul dan kurangnya kesedaran mengenai kesihatan pergigian dikatakan punca berlakunya masalah membabitkan gusi ini, mahupun juga masalah gigi yang lain.

Peralatan air-polishing yang digunakan untuk rawatan penjagaan gusi dan gigi. NSTP/HAFIZ SOHAIMI

“Sekiranya menggunakan berus, anda menggosok pada permukaan yang boleh dicapai berus gigi, tetapi bahagian garis antara gigi dan gusi yang dinamakan garisan gam (gum line) dan celah-celah gigi mungkin tidak boleh dicapai oleh berus.

“Selain mengunakan berus untuk membersihkan gigi, anda juga boleh menggunakan benang flos untuk tujuan yang sama di celah-celah gigi.

Fakta yang perlu anda tahu mengenai masalah gusi:

# Plak gigi adalah musuh utama masalah gusi. Untuk mengelakkan gusi mengalami masalah, pastikan tiada plak di celah-celah gigi.

# Menggosok gigi disarankan dua kali sehari, iaitu sekali pada waktu pagi dan sekali sebelum tidur akan mengurangkan kewujudan bakteria di dalam mulut sekali gus menghindari plak gigi.

# Imuniti badan yang baik akan mengurangkan keradangan gusi.

# Penghidap diabetes berkemungkinan besar akan menghadapi masalah berkaitan gusi.

# Individu yang mempunyai masalah gusi disarankan membuat rawatan berkala atau menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya setiap enam bulan bagi memastikan gusi sentiasa dalam keadaan sihat atau terkawal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 4 Jun 2021

Keputusan SPM 2020 Khamis Depan – Menteri Pendidikan

Menteri Kanan Pendidikan, Radzi Jidin, hari ini, memberitahu keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 akan diumumkan pada 10 Jun atau Khamis depan. Dalam satu perkongsian video pendek di laman Facebooknya, beliau berkata Kementerian Pendidikan […]

Featured Sat, 24 May 2025

Konsert ‘Desaku Mendunia’ Raikan MAWO, Tampil Jamal Abdillah & Dayang Nurfaizah

MAWO bakal harum nama negara di Prague, Republik Czech.

Featured Tue, 19 Dec 2023
Featured Tue, 24 Sep 2019

7 cara mudah untuk jadikan rumah anda lebih mesra alam

Langkah mudah di rumah mampu selamatkan bumi!

Featured Wed, 2 Nov 2022

Mahu Jaga Anak Dahulu, Anzalna Nasir Tolak Tawaran Lakonan

Pelakon jelita, Anzalna Nasir lebih memilih untuk menjaga anak-anak berbanding terlibat dengan projek drama buat masa sekarang. Pelakon jelita itu mahu memikul tugas menjaga anak bersama suaminya, Hanif Zaki tidak kira sama ada mempunyai pembantu […]

Featured Wed, 10 Jan 2018

1st Date: Apa Perlu Pakai

Temu janji pertama merupakan satu perkara yang sangat mengujakan bagi setiap wanita. Namun, pada masa sama mendebarkan lebih-lebih lagi jika tidak tahu apa yang hendak dipakai sewaktu pertemuan pertama dengan si dia. First impression memainkan […]

Featured Wed, 20 Feb 2019
error: Content is protected !!