Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida June 27, 2019 @ 3:06pm

‘Raya Ni Asyik Dapat Soalan Pasal Kahwin’- Azira Shafinaz Mula Stress?

Pelakon dan penyanyi terkenal, Azira Shafinaz mengaku menerima banyak soalan ‘Bila Lagi Ni?’ setiap kali menghadiri majlis sepanjang Aidilfitri ini.

Katanya ketika ditemui di majlis pelancaran Tech For Good anjuran Garnier, pelakon drama Pia ini mengaku sedikit tertekan.

“Tipulah kalau saya kata tak stress bila ditanya soalan sama. Bila jumpa sanak saudara dan kawan-kawan, pasti saya dapat soalan sama. ‘Awak bila lagi ni?’.

“Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab saya serahkan segalanya kepada takdir. Soal kahwin, saya tak nak fikir dulu. Saya tak mahu bebankan kepala dengan hal ini. Kalau jodoh dah sampai, pasti saya akan bergelar isteri juga,” katanya yang masih belum terfikir menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat.

Azira membuat keputusan untuk kembali ke pangkuan kekasih, Yasser Khan selepas enam bulan memutuskan hubungan.

Katanya, sepanjang setengah tahun memilih haluan sendiri, mereka saling bermuhasabah hingga sepakat menyambung semula perhubungan.

Dalam perkembangan lain, Azira juga bakal muncul dalam sebuah drama mini bersiri Tv3 bertajuk Serikan Hatimu bersama dengan pelakon Syafiq Kyle dan Amyra Rosli. Drama ini ditayangkan sempena dengan kempen Serikan Diri Di Aidilfitri oleh Garnier. Jom tonton di Youtube TV3!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 7 Jan 2018

Tidak Percaya Iqram Dinzly Begitu!

Memang saya tidak tahu mengenai dakwaan dirinya murung dan berkelakuan pelik. Kenapa sampai jadi begitu?

Hiburan Wed, 12 Jun 2019

PU Abu Mohon Maaf Dengan Anak

Moga dia mewarisi kesabaran dan kekuatan awak sepanjang kandungkan dia.

Featured Wed, 26 Apr 2023
Hiburan Fri, 10 May 2019

‘Luang Masa Selagi Masih Ada’- Adira Terkilan Hajat Arwah Bapa Tidak Kesampaian

Adira AF 8 menasihati semua supaya lebih menghargai orang tua selagi mereka masih hidup

Hiburan Wed, 26 Oct 2022
error: Content is protected !!