Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi September 19, 2023 @ 5:07pm

Redza Rosli ‘Anak Emas’ TV3? – “Terpulanglah…Saya Tak Kisah Pun”

Aktor Redza Rosli, 31, tampil memberi respons apabila ada dakwaan yang mengatakan dia merupakan ‘anak emas’ stesen televisyen TV3 gara-gara sering muncul di program terbitan stesen tersebut.

Redza atau nama sebenarnya, Ahmad Redza Rosli berkata, dia tidak kisah dengan tanggapan tersebut sebaliknya hanya mahu menghasilkan naskah yang berkualiti.

“Itu terpulang. Saya tak kisah pun bila ada yang kata saya anak emas TV3, saya hanya memilih naskah yang terbaik.

“Ada juga pihak stesen lain yang tawar, saya akan lihat juga karya tersebut, apa yang boleh beri saya kebaikan, mungkin di luar zon selesa saya, apa yang saya boleh bagi lagi. Mana yang terbaik saya mungkin akan terima.

“Kadang-kadang ada tiga empat naskah yang ditawarkan daripada TV3, saya akan pilih juga mana yang terbaik dari segi jalan cerita, nilai murni kepada penonton dan masyarakat. Saya akan menilai terlebih dahulu,” katanya kepada XTRA.

Redza ditemui pada sidang media drama lakonannya iaitu Slot Akasia Luruhnya Bunga Cinta di sebuah restoran di Ibu Kota, pada Ahad.

Ditanya adakah mahu terlalu selektif dalam memilih karya, anak kelahiran Subang Jaya, Selangor itu mengakui perkara tersebut, malah berasa agak tertekan sering diberi jalan cerita yang sama.

“Perkara itu (selektif) perlu ada juga sebab kadang kala saya juga dapat cerita cinta yang jalan ceritanya yang sama. Ia agak tertekan juga pada saya sebenarnya.

“Apa yang penting perlu ikhlas, kita buat persiapan sebagai seorang pelakon, apa yang kita perlu berikan, banyak bertanya dengan orang, jangan takut.

“Sebagai contoh saya pernah buat babak atau dialog tersebut sebelum ini, kadang-kadang mati akal juga, apa yang perlu saya buat pembaharuan,” ujarnya.

Dalam pada itu, melihat kemunculan bakat-bakat baharu yang semakin rancak, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora ini tidak lokek dalam berkongsi ilmu dengan mereka.

“Perjalanan awal karier saya juga agak mencabar, bermula dari saya tiada apa-apa, saya belajar dan terus belajar. Kesusahan saya dahulu itu buat saya sedar diri siapa dan dimana saya sekarang.

“Jangan terlalu mendongak ke atas, tak perlu tapi apa yang penting…bakat-bakat baharu perlu duduk bersama ketika di set penggambaran. Ilmu ini sama saja, cara penyampaian itu yang berbeza.

“Saya juga berkongsi juga kepada pelakon lain, bukan sahaja nak memudahkan kerja saya tapi menolong sesama lain. Saya tak pernah lokek ilmu sebab ia bergantung kepada seseorang itu sendiri,” ujarnya lagi.

Mengulas mengenai jangkaan penonton terhadap drama Luruhnya Bunga Cinta yang diadaptasikan dari drama popular korea Autumn In My Heart, Redza akui sedikit sebanyak memberi tekanan kepadanya.

“Sedikit sebanyak ia beri tekanan pada saya juga, kerana jangkaan orang pada drama ini tinggi sebab ia diadaptasi. Jadi dia kemelayuan sedikit mengikut budaya kita yang bersesuaian.

“Bila saya baca skrip, ia tidaklah ikut sepenuhnya cerita asal, ada babak-babak yang perlu ikut, kami buat sahaja. Kalau tidak sesuai, jadi tidak buatlah. Apa yang penting kami lakukan dengan baik.

“Drama ini juga sudah enam negara yang buat adaptasi, seperti apa yang saya jelaskan, kita ikut apa yang bersesuaian. Saya percaya semua pelakon dah beri yang terbaik,” katanya.

Drama Luruhnya Bunga Cinta bakal bersiaran di slot Alasia TV3 bermula 19 September, setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 malam itu turut menampilkan Nabila Razali, Tracie Sinidol, Bella Luna dan ramai lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 19 Mar 2019
Trending Wed, 31 Mar 2021

Naqiu Berpadu Suara Dengan Vanessa Reynauld Dalam Rindu Separuh Nyawa

Biarpun berbeza usia, bekas vokalis kumpulan Boboy, Naqiu, 35, dan penyanyi remaja, Vanessa Reynauld, 21, berjaya mewujudkan keserasian dalam lagu duet Rindu Separuh Nyawa. Mungkin dua penyanyi ini datang daripada generasi berbeza, namun mereka mempunyai […]

Trending Fri, 19 Oct 2018

Kes Langgar Lari, Empat Pelajar Universiti Ditahan!

Penahanan mereka dibuat kira-kira jam 12 tengah malam tadi membabitkan suspek warga Yaman di Persiaran Putra Permai Selesa, Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan.

Hiburan Fri, 22 Jun 2018

Zul Ariffin Separuh Bogel Di Thailand, Undang Komen Lucah Netizen

Gambar yang dimuat naik beberapa jam ini telahpun mendapat 48, 940 likes. Difahamkan, Zul Ariffin kini sedang menikmati percutian beliau bersama teman-temannya di sebuah pantai peranginan yang popular di Thailand.

Hiburan Thu, 16 Jan 2020

Sambut Hari Jadi ke-24, #JennieDeservesBetter Trending Di Twitter

Selamat Hari Jadi Jennie! Jangan sedih-sedih ok?

Featured Thu, 10 Apr 2025
Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Betul Ke Syamel Bercinta Dengan Ernie?

Sebut sahaja nama penyanyi Syamel dan Ernie Zakrie, sudah pasti ramai yang beranggapan mereka bercinta. Untuk tahu lebih lanjut, baca www.xtra.com.my

error: Content is protected !!