Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie March 16, 2020 @ 11:38am

Rekaan inovatif kasut ECCO penuhi impian penggemar fesyen

Kasut yang selesa dipakai akan membawa anda ke mana sahaja. Bagi kebanyakan atlet umpamanya, selain teknik yang betul, penggunaan kasut yang bermutu antara faktor kejayaannya.

Bagi penggemar kasut, jenama ECCO antara yang sering menjadi pilihan. Bukan sahaja rekaan kasutnya yang memenuhi keperluan pengguna, tetapi gaya yang dihasilkan tampak moden dan inovatif.

Jenama global itu, membuka cawangan terbaharunya di pusat beli-belah KLCC, baru-baru ini menjadikan jumlah keseluruhan butik konsep itu kini 2,250 di seluruh dunia.

Butik ECCO Prime yang terletak di KLCC menyediakan pelbagai kasut rekaan kontemporari.

Pengurus Besar ECCO Shoes Singapura dan Malaysia, David To, berkata dengan pelancaran butik konsep jenama berkenaan di Kuala Lumpur, pihaknya berharap dapat memenuhi keperluan penggemar jenama itu.

“Kami melihat ECCO mempunyai peluang yang besar untuk terus berkembang di sini dan memperluaskan lagi perniagaan.

“Dengan pelancaran butik konsep ECCO Prime pertama di Malaysia ini juga, kami sebenarnya meneruskan pengukuhan jenama dan membina perhubungan dengan pelanggan yang sentiasa menghargai serta menyokong kami,” katanya dalam satu kenyataan media, baru-baru ini.

ECCO Prime membawa elemen Scandinavian yang santai, semula jadi dan gaya hidup negara berkenaan yang mengutamakan keselesaan dalam apa jua perkara.

Rekaan yang santai, tetapi kreatif menjadikan kasut ECCO pilihan ramai.

Antara produk ECCO yang mendapat sambutan penggemar label itu di seluruh dunia ialah kasut ECCO yang ditawarkan dalam rona alam seperti oak dan kelabu.

David berkata, jenama itu bukan sahaja menawarkan produk yang berkualiti, tetapi juga memastikan pelanggan mengalami pengalaman istimewa ketika membeli produk ECCO.

“Sempena pembukaan stor konsep pertama di KLCC ini, pelanggan yang berbelanja dalam jumlah tertentu akan menerima sampul pasport ECCO yang diperbuat daripada kulit.

“Tawaran ini hanya terbuka kepada pelanggan yang berbelanja di butik  konsep kami sebelum 18 Mac. Selebihnya mereka tertakluk kepada syarat tertentu,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 17 Dec 2022
Featured Wed, 18 Mar 2020
familuv Mon, 16 Mar 2020
Featured Tue, 24 Jun 2025

“Sajat Nak Pergi Umrah Atau Haji, Itu Hal Dia Dengan Allah” – Aliff Syukri

Aliff meminta orang ramai mendoakan yang terbaik untuk Sajat.

Featured Fri, 1 Sep 2023
Featured Wed, 30 Apr 2025

Azlee Senario Nafi Saiful Apek Ditahan Pihak Berkuasa

Susulan penularan foto didakwa pelawak dan pelakon popular, Saiful Apek, ditahan oleh pihak berkuasa, rakan seangkatannya dalam kumpulan Senario iaitu, Azlee tampil menafikan dakwaan tersebut. Menurut Azlee, laporan berkenaan adalah tidak benar dan dia meminta […]

Featured Thu, 3 Jun 2021

“Kulit Gelap Juga Cantik”- Yuna Mahu Orang Ramai Henti Diskriminasi Warna Kulit & Beauty Standard

Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini semakin dikenali di Hollywood, Yuna mengajak orang ramai untuk berhenti mendeskriminasi dalam meletakkan standard kecantikan seseorang. Beliau akui terkesan apabila menonton sebuah video yang tular yang menunjukkan tiga orang gadis […]

Featured Thu, 7 May 2026

Martabat Legasi Sharifah Aini Diangkat Dalam Konsert Eksklusif ‘A Tribute To Sharifah Aini’

Orkestra Filharmonik Malaysia (MPO) bakal mempersembahkan sebuah konsert istimewa berjudul ‘A Tribute to Sharifah Aini’ sebagai penghormatan kepada Biduanita Negara itu.

error: Content is protected !!