Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin April 20, 2026 @ 4:54pm

“‘Retis’ Tu Apa? Itu Ejekan Yang Menjatuhkan Maruah Insan Seni” – Ellie Suriaty

Dramatis popular, Ellie Suriaty tampil menegur tindakan sesetengah pihak yang gemar menggunakan perkataan ‘retis’ bagi  merujuk kepada penggiat seni tanah air.

Kata Ellie, panggilan itu sebagai penghinaan terhadap pekerjaan setiap individu yang bergelar anak seni. Ini kerana, tiada istilah ‘retis’ dalam industri seni kreatif  tanah air.

“Dalam industri seni kreatif, tiada istilah pekerjaan ‘retis’. ‘Retis’ itu apa?

“Bagi saya seorang penggiat industri seni kreatif, rujukan artis sebagai ‘retis’ adalah sebuah ejekan yang menjatuhkan maruah insan seni,” katanya menerusi hantaran di Instagram.

Meskipun tidak memperincikan hantaran tersebut ditujukan pada mana-mana pihak tertentu, namun pelakon filem Telaga Suriram itu menegaskan penglibatan setiap artis dalam industri seni tanah air sama seperti pekerjaan lain yang tidak seharusnya diperlekehkan mahupun dipandang rendah oleh seseteng pihak.

“Kami tidak pernah terfikir mahu menyakiti hati hamba-hamba Allah yang lain dengan pekerjaan mereka. Mengapa perlu kamu? Jangan panggil kami ‘retis’,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Tue, 23 Jul 2019

著名海南话原创艺人麦英726开唱!邀你共赴乡音之约

著名海南话原创艺人麦英7月26日开唱!邀你共赴乡音之约,免费听听亲切的乡音歌曲,欣赏优美的传统琼剧。

Hiburan Tue, 19 Nov 2019
Hiburan Tue, 29 Apr 2025
Hiburan Fri, 28 Sep 2018

Sufian Suhaimi Rakam Semula Lagu Di Matamu?

Menariknya, susunan muziknya juga lebih baharu dan aura Indonesia. Mesti lagu ni lagi meletop kan?

Featured Thu, 24 Aug 2023
Featured Fri, 4 Nov 2022

“Jangan Bertahan Untuk Dilukakan & Disakitkan” – Nasihat Makan Dalam Iddin Ramli Buka Mata Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli tular mengulas berkenaan hubungan persekitaran di dalam kehidupan seharian @iddinramliiBerangkat dari kedukaan.♬ original sound – fiaa Iddin memberitahu kepada warganet menerusi video berdurasi 56 saat yang dikongsikan di […]

Events Wed, 2 Jan 2019

The Art Scene in Malaysia Magnifies in 2019

Check out these upcoming art events happening this year.

error: Content is protected !!