REV Media Group mengorak langkah besar dalam dunia pemasaran digital dengan menjalinkan kerjasama strategik bersama Remix, sebahagian daripada kumpulan syarikat Involve Asia.
Kolaborasi ini bertujuan untuk merevolusi pemasaran affiliate di Malaysia, sekali gus membuka peluang baharu kepada pelanggan untuk meningkatkan capaian, ‘engagement’ dan hasil jualan secara mampan.
REV Affiliate+ merupakan platform pintar untuk kembangkan bisnes
Kerjasama ini menyaksikan pelancaran REV Affiliate+, satu inisiatif baharu oleh REV Media Group untuk membantu pelanggan memaksimumkan capaian mereka melalui pembelian media strategik serta rangkaian affiliate luas daripada Remix.
Dengan sistem berasaskan data, pelanggan boleh mengoptimumkan pemasaran mereka untuk mencapai audiens yang lebih tepat dan berkualiti tinggi.

Kalau korang nak tahu, REV Media Group juga akan memperkukuh usaha ini dengan menyediakan saluran utama dan titik interaksi audiens termasuk:
- Inventori pengiklanan paparan dan video
- Kandungan yang disasarkan dan pendedahan media sosial
- Sasaran audiens yang strategik khusus untuk kempen pemasaran affiliate
Inisiatif ini melibatkan penerbit terkemuka di bawah REV Media Group seperti SAYS, OhBulan!, Viralcham, New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, Remix juga fokus pada pengurusan program affiliate!
Melalui strategi yang lebih tersusun, ini akan membantu pelanggan untuk mendapat capaian lebih luas, strategi pemasaran lebih tepat dengan bantuan data dan teknologi serta lebih ramai pelanggan berkualiti tanpa kos pemasaran yang tinggi.
Kolaborasi ni bukan sekadar hype, tapi solusi sebenar untuk bantu jenama dan peniaga berkembang dengan lebih bijak.

“Pemasaran affiliate adalah satu strategi yang masih kurang dimanfaatkan di Malaysia. Dengan kepakaran REV Media Group dalam media digital serta pengalaman Remix dalam pengurusan affiliate, kami yakin ini adalah peluang besar untuk jenama capai potensi maksimum.” – Nicholas Sagau, COO REV Media Group.
Chris Wee, Ketua Pegawai Digital REV Media Group menambah, “Kerjasama ini membuktikan komitmen kami dalam memberikan solusi terbaik kepada pelanggan untuk mencapai pertumbuhan yang mampan.” – Chris Wee, CDO REV Media Group.
Jadi, kalau korang ingin memanfaatkan pemasaran affiliate untuk meningkatkan jualan dan keterlihatan jenama, inilah masanya! Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada revolusi pemasaran digital ini.








