Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops July 31, 2018 @ 10:00pm

Review: Sediakan Tisu Sebelum Menonton Filem Pulang!

Kaki wayang semua! Anda dah tengok filem terbaru keluaran Primeworks Studios ke belum?

Pulang, sebuah kisah percintaan yang epik, memang ditunggu-tunggu kerana pihak produksinya menjanjikan elemen-elemen CGI yang mantap.

Itu salah satu sebabnya kos pembikinan filem ini mencecah RM6 juta, dan ini terus menjadikan Pulang filem termahal terbitan Primeworks. Wow, jangan main-main!

Jalan ceritanya pula adalah berdasarkan kisah sebenar yang merujuk kepada sejarah nenek moyang kita serta menjangkau 3 generasi!

Bukan itu saja! Sutradaranya adalah Kabir Bhatia yang pernah menghadiahkan peminat wayang tempatan dengan filem-filem romantik seperti Cinta, Sepi dan Nur Kasih. Bagi yang dah tengok filem-filem tersebut, anda nangis tak? Ha, jadi cuba bayangkan betapa emotionalnya Pulang pula.

Dilakonkan pula oleh pasangan onscreen yang gorgeous iaitu Remy Ishak dan Puteri Aishah, karya ini gerenti akan meruntun jiwa penonton.

Pelakon lain termasuklah Azrel Ismail, Erwin Dawson, Datuk Jalaluddin Hassan, Juliana Evans, Datuk Rahim Razali and Sherry Al-Jeffri.

Jom baca dulu review Hijab & Heels untuk filem ini.

Penceritaan

Pulang merupakan sebuah biopik tentang Othman Haji Alias, iaitu datuk kepada Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.

Berlatarkan Melaka, Hong Kong dan Liverpool, kisah ini menekankan sejarah kelasi Malaya yang bekerja di atas kapal-kapal dagang selepas Perang Dunia Kedua dan akhirnya menetap di Liverpool.

Di sekitar tahun 1940an, Othman, seorang nelayan, membuat keputusan untuk berlayar mengelilingi dunia bagi mencari kekayaan demi isteri (Che Thom) dan anak mereka (Omar).

Dari perspektif lain, penonton juga dapat melihat kerinduan yang dialami oleh Thom dan Omar selama 6 dekad di mana mereka menunggu kepulangan ketua keluarga mereka.

Sebahagian besar plot Pulang dilihat menerusi mata Thom, jadi anda takkan tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kepada Othman.

Tapi persoalan yang akan timbul di minda penonton adalah: Adakah Othman akan pulang ke tanah air akhirnya?

Adakah pasangan suami isteri yang saling mencintai satu sama lain ini akan bersatu kembali?

Babak-babak di mana Thom dan Omar merindui Othman memang menyedihkan, lebih-lebih lagi apabila mereka tak menunjukkan niat langsung untuk berputus asa daripada menanti kepulangannya.

Kalau anda di tempat mereka, bagaimana? Sanggup tunggu atau move on?

Plot filem ini mungkin bergerak perlahan pada mulanya, tapi lama-kelamaan ia akan menjadi lebih interesting lebih-lebih lagi apabila kisah Othman sedikit sebanyak terbongkar.

Jawapan yang anda cari akan didedahkan di penghujung filem ini, dan percayalah. Penungguan anda gerenti akan berbaloi.

Ramai teman penulis berkata yang air mata mereka berjujuran apabila mendapat tahu tentang nasib keluarga kecil ini.

Lagu tema filem ini, Layarlah Kembali yang didendangkan oleh Dayang Nurfaizah, pun akan menaikkan lagi feel dalam semua scene menyayat hati.

Pengarah Pulang, Kabir, memang tahu bagaimana untuk bermain dengan emosi penonton!

Anda juga mungkin akan lebih menghargai hubungan anda dengan orang tersayang anda lepas ini. Huhu!

Menarik!

Selain elemen drama, Pulang juga mengenengahkan teknik CGI yang awesome! Menurut laporan, CGI merangkumi 70% daripada filem ini. Wow! Banyaknya!

Anda perlu tahu yang CGI bukan saja boleh digunakan untuk “menghidupkan” karakter pelik-pelik macam hantu, contohnya. Ia juga berguna dalam melakar gambar background untuk babak yang dirakam di depan skrin hijau.

Untuk Pulang, Primeworks nampaknya telah bekerja keras untuk mencipta latar laut bergelora serta setting di atas kapal yang nampaknya memang realistik.

Janganlah expect CGI taraf Hollywood! Namun result yang Primeworks pamerkan boleh dikira maju bagi standard filem tempatan.

Penulis juga suka set Hong Kong dan interior kapal yang dibina khas untuk filem ini. Authentic! Syot alam sekitar yang dirakam di Setiu, Terengganu pun tidak kurang cantiknya.

Penggunaan skor muzik yang mendampingi babak-babak sedih juga patut dipuji. Kebanyakan filem asyik ulang lagu tema memanjang. Bosan! Jadi, tahniah kepada Aubrey Suwito yang bukan saja telah mencipta lagu sedih Layarlah Kembali, malah menghasilkan skor yang menarik.

Dari segi lakonan pula, Remy memang patut disanjung tinggi untuk hasil kerjanya. Menonjolkan perasaan Othman yang tersepit di antara cinta dan kasih sayang terhadap keluarganya dengan impian dan cita-cita, bukannya mudah. Aksi-aksi lasak yang dia perlu tampilkan pun mencabar tapi dia berjaya laksanakannya. Bravo!

Penulis juga gemarkan watak Lum (dimainkan oleh Alvin Wong) iaitu sahabat baik Othman. Dialah sumber komedi untuk filem ini. Memang kelakar!

Hmm…

Walau bagaimanapun, penulis ada rasa tak puas hati dengan beberapa perkara. Walaupun penceritaan kisah cinta di antara Thom dan Othman berbunyi agung, chemistry di antara Aishah dan Remy tak berjaya menusuk kalbu penulis.

Mungkin kisah percintaan mereka terlalu singkat dan ringkas. Jadi, penonton tak sempat nak ambil feel.

Sebaliknya, filem ini memberi fokus lebih kepada pengembaraan Othman dan ketiadaannya di pangkuan keluarga.

Di mata penulis, Puteri Aishah belum lagi mahir dalam menonjolkan emosi secara realistic menerusi wataknya.

Tapi tak apalah, ketika filem ini dirakam, dia baru saja menjadi pelakon, dan karakter Thom memang mencabar pun.

Dan jika Thom dimainkan oleh pelakon yang berupa Melayu klasik, mungkin lagi best.

Sementara itu, keputusan Othman untuk pergi berlayar (seolah-olah dia tiada pilihan lain) tak diulas.

Jalan cerita Pulang sedikit putus-putus kerana ia berselang-seli di antara masa silam dan sekarang, jadi ia boleh mengelirukan penonton.

Tak apa, tak apa. Kekurangan yang telah disebutkan ini small matter saja. Yang penting, tema percintaan filem ini memang power. Jom layan!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 23 Aug 2025
Featured Thu, 10 Apr 2025
Featured Sat, 26 Apr 2025

[VIDEO] Suami ‘Kantoi’ Back Up Adik Tengah Live, Netizen Komen: “Kesian Bonda Rozita Dapat Suami Toksik”

Khairul seakan menegur tindakan Rozita yang dilihat mengulas mengenai isu salah faham membabitkan Rebecca.

Featured Mon, 7 Jun 2021

Putera Harry Dan Meghan Markle Umum Kelahiran Anak Kedua, Lilibet Diana

Selepas mengumumkan berita kehamilan  sembilan bulan lalu, Duke dan Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle hari ini mengumumkan kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi perempuan. Pasangan itu menamakan anak kedua mereka sebagai Lilibet “Lili” […]

Contest Tue, 6 Sep 2022
Featured Tue, 4 Jan 2022

“Tinggal Empat Bulan Lagi” – Eyra Hazali Kongsi Berita Gembira Hamil Anak Kedua

Pelakon Eyra Hazali, 22, memberitahu dia kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungannya sudah mencecah lima bulan. Menerusi hantaran Instagram, Eyra membuat kejutan kepada suaminya, Haziq Nadzli dengan memberikan hadiah berupa sebuah kotak. Di […]

Featured Thu, 21 Oct 2021

“I Boleh Pakai Apa Saja Yang I Nak Kat Sini…” – Dapat Kad Hijau & Kuning, Sajat Kini Menetap di Australia

Kebelakangan ini, gempar dengan berita tentang usahawan kosmetik Nur Sajat, 36, yang memaklumkan dia kini menetap di Australia. Terbaru, Sajat telah memuat naik satu kenyataan menerusi ruangan Instagram Story yang menyatakan dia sudah menerima kad […]

Featured Mon, 9 Jan 2023

Keluarga Syamsul Tak Akan Maafkan Kazar Saisi – Patimah Ismail

Kami terima takdir yang telah berlaku kepada anak kami yang malang itu – Ibu Syamsul Yusof

Featured Tue, 15 Apr 2025

Digelar B*hsia Dan Kurang Kasih Sayang, Pentaksub Imran Bard Tinggal Komen Jelik Pada Ellie Suriaty

Ellie mendakwa komen jelik itu sitinggalkan oleh pentaksub Imran Bard.

error: Content is protected !!