Euforia Bola 2026
FESYEN By: Padin February 3, 2025 @ 2:34pm

Pamer Karya Artis Tempatan, Uniknya Koleksi Baju-T Rip Curl x KATUN!

Rip Curl, jenama utama sukan luncur dan peneraju produk gaya hidup pantai di Malaysia dan Singapura, dengan bangganya mengumumkan kolaborasi terbaru dalam Program Artist of the Search.

Dilancarkan pada tahun 2022, inisiatif ini telah menyokong industri seni tempatan dengan bekerjasama bersama artis berbakat bagi mencipta koleksi eksklusif yang menggabungkan seni, budaya dan gaya hidup luncur.

Tahun ini, Rip Curl memulakan inisiatif Artist of the Search dengan KATUN, seorang artis grafiti dan ilustrator terkenal dari Malaysia, bagi memperkenalkan koleksi RIP CURL X KATUN Surf Madness Tees.

Koleksi ini menampilkan dua rekaan unik yang meraikan sinergi antara seni jalanan dan budaya luncur. Ini merupakan kali kedua KATUN bekerjasama dengan Rip Curl dalam program Artist of the Search.

Program Artist of the Search memberi kuasa kepada artis tempatan dengan memberikan mereka kawalan penuh ke atas kreativiti, menghasilkan rekaan yang tulen dan bermakna.

Kolaborasi bersama KATUN ini adalah bukti komitmen Rip Curl dalam mengangkat bakat tempatan dan membawa hasil seni mereka ke khalayak yang lebih luas.

KATUN, seorang artis grafiti yang berpengaruh dan pengasas bersama 4Stages Sdn Bhd, telah memikat pencinta seni dengan garisan berani, warna terang, dan ciptaan berinspirasi kartun. Dipengaruhi oleh budaya hip-hop, komik, dan akar budaya Malaysia, gaya khas KATUN menggabungkan grafiti tradisional dengan elemen pop culture.

Diilhamkan oleh latar belakangnya dalam landskap semula jadi Malaysia yang kaya, karya ikonik “Apes” oleh KATUN mencerminkan gabungan unik ciri-ciri kemanusiaan dan haiwan, meraikan kekuatan dan keunikan spesies primat yang berasal dari rantau ini.

Koleksi RIP CURL X KATUN Surf Madness Tees menampilkan dua rekaan berani yangmengabadikan intipati budaya luncur melalui lensa seni khas KATUN. Koleksi edisi terhad ini akan tersedia di kedai Rip Curl dan secara dalam talian bermula 16 Januari 2025.

Menurut Moe selaku Pengurus Pemasaran Rip Curl Malaysia, mereka sangat teruja untuk berkolaborasi dengan KATUN dalam koleksi ini.

“Kerjasama ini melambangkan komitmen kami dalam meraikan industri seni tempatan yang penuh warna sambil tetap berpegang pada akar budaya luncur kami. Surf Madness Tees bukan sekadar pakaian. Ia adalah karya seni yang boleh dipakai, menghubungkan dunia luncur dan graffiti,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki koleksi eksklusif ini. Terokai koleksi ini dan ketahui lebih lanjut mengenai Program Artist of the Search Rip Curl dengan melayari ripcurl.com.my.

Koleksi RIP CURL X KATUN SURF MADNESS TEES akan tersedia pada 16 Januari 2025 untuk tempoh terhad di kedai-kedai Rip Curl terpilih dan dalam talian di ripcurl.com.my.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 30 Jul 2019

Anak perempuan Eminem sekarang sudah besar panjang dan ‘cun’ habis!

Patutlah ramai yang ‘follow’ di Instagram!

Featured Wed, 10 Jun 2020
Featured Mon, 13 Jan 2020

Muflis pada usia muda, ini puncanya?

Nafsu dan pengurusan wang yang lemah!

Featured Tue, 17 Jul 2018
Gaya Hidup Fri, 28 Dec 2018

Di Usia 92 Tahun Tapi Masih Hebat Gesek Biola, Ini Rahsia Gaya Hidup Sihat Tun Dr Siti Hasmah

Tun Dr Siti Hasmah, First Lady paling dikagumi dan disayangi rakyat!

Featured Wed, 13 Oct 2021

Dah Suntik 2 Dos Vaksin, Melancong Pun Dah Dibenarkan… Negara Mana Yang Kita Boleh Pergi Ni?

Berikutan dengan pengumuman kebenaran rentas negeri, melancong dalam dan luar negara telah dibenarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bermula Isnin, pasti ramai yang tak sabar nak pergi menggunakan peluang tersebut. Nanti dulu! […]

Featured Fri, 1 Aug 2025
Featured Tue, 5 May 2020
Gaya Hidup Tue, 27 Mar 2018

Punggung Hitam & Berselulit? Cuba Skrub Ini Untuk Hasil Yang Terbaik

Selulit di bahagian punggung merupakan antara masalah paling tidak ‘cool’ yang dihadapi oleh wanita.

Gaya Hidup Tue, 23 Jan 2018

Magis Alam di MaxOne Hotel Ubud

Jika merancang bercuti ke Bali dan ingin menginap di daerah Ubud yang kurang hiruk-pikuk kota, apa kata anda memilih Max One Hotel Ubud yang terletak di Jalan Raya Pengosekan Ubud, Ubud, Kabupaten Gianyar, Bali.

error: Content is protected !!