Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops June 10, 2020 @ 12:46pm

Kes COVID-19 menurun, jumlah demam denggi meningkat

Tatkala negara menunjukkan penurunan kes COVID-19, jangan mudah berasa selesa kerana kini kita berdepan dengan satu lagi isu kesihatan apabila kes demam denggi menunjukkan peningkatan yang mendadak.

Menerusi sumber daripada Bilik Gerakan Denggi Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM), jumlah kes terkumpul dari 29 Disember 2019 hingga 8 Jun 2020 mencatatkan sebanyak 48,637 kes demam denggi seluruh negara.

Merujuk pada peta denggi di laman sesawang, iDengue, Lembah Klang mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan Selangor melaporkan sebanyak 27,737 kes diikuti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 4,697 kes.

demam denggi meningkat

Kredit gambar: Facebook Public Health Malaysia

Apa yang lebih membimbangkan, jumlah kematian akibat denggi dari Januari 2020 hingga 6 Jun 2020 pula mencatatkan seramai 84 kes.

Sehubungan itu, sama seperti COVID-19, orang awam dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan untuk melawan kes denggi dengan mengamalkan pencegahan seperti berikut:

1. Elakkan gigitan nyamuk

Nyamuk aedes aktif menggigit dari jam 5.30 pagi hingga 8.00 pagi dan 5.30 petang hingga 8.00 malam, justeru elak melakukan sebarang aktiviti luar pada waktu berkenaan.

demam denggi meningkat

Kredit gambar: Poliklinik An-Nisa

Gunakan ubat nyamuk, semburan aerosol atau sebarang alat penghalau nyamuk untuk menghalang daripada gigitan nyamuk. Guna kelambu atau pasang jaring halus (mosquito mesh) di tingkap dan pintu.

Anda juga digalakkan untuk memakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang apabila keluar dari rumah.

Kredit gambar: Motherhood.com.my

2. Hapuskan tempat pembiakan nyamuk

Aktiviti pembersihan persekitaran termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang menakung air dan menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan. Musnahkan semua bekas yang boleh menakung air hujan atau lebihan air terutama dalam besen, tayar lama, bekas bunga, bekas plastik dan tong.

Jika tidak boleh dimusnahkan, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik dalam bekas berkenaan. Kerap tukar air dalam bekas minuman haiwan peliharaan. Luangkan masa selama 10 minit seminggu untuk melakukan aktiviti cari dan musnah tempat pembiakan aedes.

demam denggi meningkat

Kredit gambar: Teratak Betta

Berikut adalah tanda demam denggi yang perlu diketahui:

1. Kebiasaannya demam akan terjadi pada hari ketiga hingga ke-14 selepas digigit nyamuk yang dijangkiti, kebiasaannya antara empat hingga tujuh hari.

2. Selalunya ia akan bermula dengan demam kuat yang mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit pada bahagian belakang mata, otot-otot dan sendi-sendi.

3. Demam boleh mencapai suhu 40 hingga 41 darjah Celsius, dan selalunya akan berlarutan selama dua hingga tujuh hari. Ia juga boleh menyebabkan serangan sawan dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur 6 tahun.

4. Ruam merah di kulit juga boleh terjadi. Ruam selalunya akan tumbuh pada hari ketiga dan keempat selepas bermulanya demam.

5. Muntah dan kurang selera makan.

Segera dapatkan rawatan doktor jika anda mengalami tanda-tanda di atas. Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 25 Oct 2022

“Saya Masih Single!” – Ini Ciri-Ciri Suami Idaman Shaza Bae

Hantaran Instagram Stories berbaur ’emosi’ yang dikongsikan oleh pelakon dan pengacara, Shaza Bae ketika menghadiri konsert Rizky Febian di Kuala Lumpur, baru-baru ini, menimbulkan tanda tanya. Ada sesetengah pihak beranggapan aktres cantik itu sedang memikirkan […]

Acara Sun, 4 Dec 2022
Featured Sat, 16 May 2020

Burger Maya Karin dapat sambutan, bakal buka 3 cawangan lagi

Ramai peminat ingin cuba Burger Bakar Maya

Featured Tue, 11 Jun 2019

Tiada selera makan dan cirit-birit, ketahui tanda jangkitan kuman pada paru-paru

Kematian misteri Orang Asli Kuala Koh menggemparkan negara

familuv Sun, 10 May 2020
error: Content is protected !!