Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: tex_admin April 2, 2018 @ 4:10pm

Sempena Hari Kesedaran Autisme Sedunia: Ini 9 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Austime

Tahukah anda bahawa satu daripada 160 kanak-kanak di dunia adalah kanak-kanak autistik? Mungkin ada dalam kalangan anda tidak memahami apa itu sebenarnya sindrom autism kerana kebanyakan kanak-kanak yang menghadapinya kelihatan normal seperti kanak-kanak biasa.

Autisme atau Autism Spectrum Disorder (ASD) adalah gangguan perkembangan saraf yang mempengaruhi kemampuan seseorang kanak-kanak dalam berkomunikasi, interaksi sosial dan tingkah laku. Sempena dengan Hari Kesedaran Autisme Sedunia, kami ingin kongsikan 9 perkara yang perlu anda tahu mengenai autism.

1. Tidak menunjukkan respon

Foto: Noavard.co

Kebanyakan kanak-kanak autistik tidak akan menunjukkan respon semasa berinteraksi dengan orang lain. Mereka lebih gemar mengasingkan diri dan kurang bergaul seperti kanak-kanak normal.

2. Perkembangan bahasa berbeza

Foto: Parents Magazine

Kalau anda nak tahu, perkembangan kanak-kanak autisme adalah berbeza bagi setiap individu. Ada dalam kalangan mereka tidak boleh bertutur dan hanya mengeluarkan bunyi sahaja, ada juga yang boleh bertutur tetapi kita sukar untuk memahami setiap perkataan yang dikeluarkan.

3. Tiada keupayaan untuk tumpu perhatian

Foto: GOQii

Kanak-kanak autisme kebanyakannya tidak tahu bagaimana untuk memulakan perbualan atau memberi respon. Hal ini kerana, mereka tiada keupayaan untuk menumpukan perhatian.

4. Lambat dikesan oleh keluarga terdekat

Foto: The Inspiration Room

Kebanyakan ibu bapa atau penjaga lambat mengesan kanak-kanak yang menghidap autisme ini. Ini kerana, penghidap autism boleh dikenal pasti seawal usia dua atau tiga tahun. Jadi, jika anak anda menunjukkan tanda-tanda autisme segeralah mendapatkan rawatan pakar. Jangan berasa malu sehingga membiarkan anak tidak mendapat rawatan yang sepatutnya.

5. Bantuan dan rundingan

Foto: Autism Love To Know

Ramai dalam kalangan ibu bapa yang mempunyai anak autisme tidak mengetahui daripada mana mereka perlu mendapatkan bantuan dan rundingan. Kementerian Kesihatan Malaysia antara pihak yang bersedia memberikan anda bantuan.

6. Tip untuk berkomunikasi

Foto: Ambitious About Autism

Tip berkesan untuk berkomunikasi dengan kanak-kanak autisme adalah memberi arahan mudah dan jelas kepada mereka. Selain itu, kanak-kanak ini juga gemar melakukan aktiviti secara berulang. Oleh itu, anda boleh melakukan aktiviti harian anak-anak autisme berdasarkan rutin yang dijadualkan.

7. Berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas dan Jabatan Kebajikan Masyarakat

Foto: Good News Network

Kanak-kanak autistik di Malaysia perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan keperluan pendidikan. Mereka juga perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk mendapatkan pendaftran Orang Kelainan Upaya (OKU)

8. 15, 484 penghidap autisme

Foto: Good News Network

Untuk pengetahuan anda, setakat Mei 2017, Jabatan Kebajikan Masyarakat telah mencatatkan seramai 15, 484 orang menghidapi masalah autisme di seluruh negara. Daripada jumlah tersebut, 2, 080 orang didaftar adalah berumur bawah enam tahun, 7, 167 orang berumur tujuh hingga 12 tahun, 2, 248 orang berumur 13 hingga 18 tahun.

9. Hari Kesedaran Autisme Sedunia

Hari Kesedaran Autisme Sedunia disambut pada 2 April setiap tahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat agar lebih peka terhadap individu yang menghidap autisme.

Jadi, kepada ibu bapa jangan pernah berasa malu jika anda mempunyai anak yang menghidap autisme ini, berilah perhatian kepada mereka. Kepada seluruh masyarakat pula, jangan memandang rendah terhadap golongan ini sebaliknya teruslah memberi sokongan. Selamat Hari Autisme Sedunia!

Sumber: Astro Awani

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 15 Apr 2020

Pelakon Avengers bantu BeautyUnited sumbang dana perangi COVID-19

Pengasas jenama kecantikan AS bersatu taja PPE

Gaya Hidup Fri, 20 Apr 2018

Peminat Salted Eggyolk Mesti Cuba Resipi Ayam Goreng Oleh Chef Cilik Danish Harraz Ini

Salted eggyolk croissant dah biasa sangat, jadi anda kena try makan dengan dengan ayam goreng pula. Gerenti rasa power!

Gaya Hidup Mon, 1 Apr 2024
Gaya Hidup Wed, 30 May 2018

Badan Terasa Lesu? Jom Tinjau Rawatan Spa Apa Yang Sesuai Dilakukan Ketika Berpuasa

Tiada masalah sama sekali ke spa ketika sedang berpuasa, asalkan rawatan yang dibuat itu tidak memudaratkan dan menyebabkan hidrasi kepada tubuh.

Featured Mon, 30 Mar 2020
Gaya Hidup Tue, 29 May 2018

Ikuti 5 Cara Ini Agar Kulit Wajah Kekal Hidrat Sepanjang Bulan Ramadan

Kulit wajah juga harus dijaga sepajang bulan Ramadan ini.

Featured Tue, 10 Dec 2019
Gaya Hidup Mon, 9 Apr 2018

Tiada Makanan Halal Di Disneyland Tokyo? Kedai Ini Boleh Deliver Bento Halal Untuk Anda

Tak syoknya bila tak ada makanan halal di Disneyland. Takkan nak kena bawa makanan sendiri pula?

Featured Wed, 30 Oct 2019
error: Content is protected !!