Euforia Bola 2026
familuv By: Yanie Baharom October 27, 2018 @ 9:00am

Risiko Kahwinkan Anak Di Bawah Umur, Satu Kes Kanak-Kanak Mati Pada Malam Pertamanya!

Kepada semua yang bergelar ibu bapa, kita diberi tanggungjawab untuk membesarkan anak dengan penuh kasih sayang. Malah memastikan mereka mendapat pendidikan terbaik sama ada ilmu di dunia mahupun akhirat demi jaminan masa depan mereka.

Namun faktor kemiskinan memusnahkan impian mereka. Salah satu cara untuk ibu bapa menyelesaikan masalah gara-gara tidak lagi mampu menampung kehidupan adalah dengan mengahwinkan anak mereka yang masih di bawah umur.

Ibu bapa sanggup membenarkan anak mereka berkahwin dengan pasangan yang lebih tua demi melepaskan tanggungjawab sebagai orang tua.

Terdapat satu kes berlaku di Barat Yemen sekitar 2016, di mana seorang kanak-kanak berusia 8 tahun dikenali sebagai Rawan meninggal dunia pada malam pertamanya kerana kecederaan dalaman yang berlaku.

Namun, tahukah anda, perkahwinan bawah umur ini sebenarnya memberikan kesan yang buruk pada anak anda? Dan ini lima kesan buruk perkahwinan bawah umur yang perlu anda tahu.

Foto: change.org

1. Terlalu muda untuk memikul tanggungjawab

Bayangkan pada usia yang sangat muda, anak kecil dibebankan dengan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Sudah tentu, mereka akan rasa terasing kerana mereka tidak lagi dapat bermain atau bersosial dengan rakan sebaya. Selain itu, ia juga menyekat kebebasan mereka dari segi keselamatan, kesihatan dan pendidikan. Dan ini akan menyebabkan mereka dan ahli keluarga hidup dalam kemiskinan.

 2. Aktiviti seksual pada usia muda

Pada usia yang muda, anak anda telah digalakkan untuk melakukan aktiviti seksual sedangkan badan mereka masih berkembang dan tidak tahu mengenai hak mereka sebagai seorang wanita dan kesihatan reproduktif mereka. Mereka juga perlu menghadapi tekanan untuk membuktikan kesuburan mereka dan anak anda juga akan rasa sukar untuk menunaikan keinginan seks atau bercakap mengenai seks selamat dengan suami.

Foto: The Level MY

3. Risiko kehamilan dan melahirkan anak

Kajian menunjukkan bahawa ibu berusia 20 tahun ke bawah mempunyai 50 peratus risiko yang tinggi untuk melahirkan anak pramatang, anak lahir mati atau bayi baru lahir mati berbanding wanita yang berusia. Ini kerana kebiasaanya mereka belum bersedia dari segi fizikal mahupun mental untuk menjadi seorang isteri dan ibu. Oleh itu, mereka mudah terdedah pada risiko kematian semasa beranak dan kecederaan semasa hamil.

4. Terdedah jangkitan HIV/AIDS

Kanak-kanak perempuan yang berkahwin sebelum umurnya 18 tahun, mereka berisiko untuk mendapat penyakit berbahaya iaitu HIV. Ini kerana pasangan mereka yang lebih berusia dan mungkin pernah mengadakan hubungan seks sebelumnya. Oleh itu, ia meningkatkan risiko jangkitan HIV pada mereka. Kajian yang dijalankan mendapati, 5,000 gadis dan wanita muda dijangkiti HIV setiap minggu dan satu dari tujuh jangkitan itu adalah dari golongan remaja.

5. Keganasan rumah tangga

Dengan jurang usia yang besar, anak anda mungkin sukar untuk memuaskan kehendak pasangan mereka dan ini akan membuatkan anak anda lebih berisiko untuk menghadapi keganasan daripada pasangan sepanjang hidup mereka. Kajian yang dijalankan di seluruh dunia, perempuan yang berkahwin sebelum usia 15 tahun mempunyai 50 peratus pengalamn didera secara fizikal dan seksual oleh pasangan. Ini kerana kebanyakan mereka percaya bahawa lelaki berhak untuk memukul isteri mereka.

Sumber: Jelita

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Tue, 19 Mar 2019

10 tanda halus suami masih tergila-gilakan anda

Jom semak jika pasangan anda mempunyai ciri-ciri ini.

familuv Mon, 21 Jan 2019

Is it safe to eat imitation crab sticks while you’re pregnant?

Find out the benefits and dangers of this food.

familuv Wed, 27 May 2020
familuv Thu, 27 Sep 2018

Ketahui Perubahan Pola Waktu Tidur Anak Yang Betul

Pola tidur anak akan berubah mengikut umur mereka.

familuv Thu, 13 Sep 2018
familuv Mon, 2 Jul 2018

7 Gaya Bahasa Badan Bayi Dan Apa Maksudnya, Para Ibu-Bapa Mesti Tahu!

Memandangkan dia tak boleh bercakap lagi, anda mesti faham bahasa badannya.

familuv Fri, 27 Sep 2019
familuv Fri, 22 Jun 2018

Menabur Bedak Pada Bayi Anda Sebenarnya Merbahaya! Ini 4 Sebabnya

“Eh, busuknya anak awak! Tak pakaikan bedak ke lepas mandi?!”

Haaa, ibu-ibu mesti tidak suka kan kalau anak korang kena kutuk bau busuk kalau tidak memakai bedak? Memang lumrah sebenarnya, ibu-ibu yang ada anak kecil memang suka sapu bedak pada anggota badan anak mereka supaya tak nak bau busuk.

familuv Mon, 27 Aug 2018

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Ia mesti dibersihkan, supaya bakteria tak membiak!

familuv Wed, 28 Aug 2019
error: Content is protected !!