Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops January 4, 2019 @ 1:00pm

Ketahui Keperluan Kalori Yang Diperlukan Bayi Anda

Keperluan kalori adalah berbeza untuk bayi, bergantung kepada pelbagai faktor seperti berat badan semasa, komposisi badan, berat badan semasa lahir, tahap aktiviti, keadaan perubatan, umur dan jantina.

Anda sepatutnya memerhatikan tanda-tanda kekenyangan dan kelaparan bayi anda, kerana dia menggunakan tanda-tanda ini bagi memberitahu anda apabila dia lapar ataupun kenyang. Tanda-tanda kelaparan termasuklah menangis dan meragam, sementara tanda-tanda kekenyangan seperti tertidur semasa makan dan menolak puting.

Memandangkan faktor-faktor rumit terlibat dalam menentukan keperluan sebenar kalori bayi, terdapat satu persamaan mudah yang boleh digunakan untuk mengira banyak mana kalori yang bayi anda perlukan.

Pertukaran unit berat bayi

Tukar unit kiraan berat bayi anda dalam pounds kepada kilogram. Terdapat 2.2 pounds dalam setiap kilogram, jadi anda perlu bahagikan beratnya dalam pounds kepada 2.2 untuk mengetahui amaun sebenar beratnya dalam kilogram. Contohnya, jika berat bayi anda 10 pounds, maka beratnya dalam kilogram ialah 4.55 kg.

Darabkan berat bayi anda dalam kilogram dengan 120 jika dia lahir cukup bulan, dan sihat. Purata bayi lahir cukup bulan memerlukan 120 kalori per kilogram berat setiap hari untuk membesar dengan sihat. Sebagai contoh, jika bayi anda berat 4.55 kg, darabkan 4.55 dengan 120. Jumlahnya, 546, adalah jumlah kalori yang perlu bayi anda ambil dalam sehari.

Foto: BBC

Kalori dalam susu

Setiap 100 ml susu badan yang matang (i.e., susu ibu yang dihasilkan selepas 21 hari laktasi) menghasilkan kira-kira:

  • 70 kalori
  • 97 g air
  • 4 g karbohidrat (terutamanya laktosa)
  • 2 g lemak
  • 3 g protein

Komposisi susu juga berbeza-beza dalam penyusuan. Susu badan matang berbeza dengan kolostrum, iaitu susu yang dihasilkan dalam beberapa hari terawal selepas bayi lahir. Setiap 100 ml kolostrum menghasilkan kira-kira:

  • 58 kalori
  • 3 g karbohidrat
  • 9 g lemak
  • 7 g protein

Kolostrum adalah rendah lemak dan karbohidrat. Sebagai hasilnya, terdapat sedikit kalori dalam susu ibu untuk beberapa hari terawal kelahiran bayi.

Kolostrum adalah berwarna kuning kerana ia mengandungi tinggi tahap beta karotene (10 kali lebih banyak daripada yang ditemui dalam susu badan yang sudah matang).

Kolostrum juga mengandungi paras vitamin E dan zink yang tinggi.

Sumber: Hello Doktor

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 10 Jan 2019

5 Weird Rules Babysitters Have Been Asked To Follow By Parents

See if you think they’re reasonable, or just plain odd.

familuv Sun, 21 Oct 2018

20 Idea Dekorasi Potongan Buah Yang Cute Untuk Si Manja

Rasa macam tak nak makan sebab comel sangat!

familuv Tue, 12 Mar 2019

Inilah 12 ciri pasangan bahagia. Anda dan pasangan bagaimana?

Fakta ini diperoleh daripada hasil kajian dilakukan eHarmony.

familuv Fri, 16 Nov 2018
Acara Wed, 4 Dec 2019

Columbia Asia sumbang RM10,000 bagi merealisasikan impian pesakit kanak-kanak

Sumbangan dikumpul menerusi Larian Untuk Kanak-kanak 2019

familuv Tue, 12 Jun 2018

YB Nurul Izzah Kongsi Tip Untuk Ibu Bapa Supaya Hubungan Mereka Dengan Anak Lebih Erat

Ibu bapa yang sibuk dengan kerjaya mereka mesti ikuti tip ini!

familuv Mon, 19 Nov 2018
familuv Thu, 3 Oct 2019

Panduan posisi tidur selamat dan terbaik bagi wanita hamil

Tidur yang berkualiti amat penting bagi ibu dan kandungan.

Cahaya Mata Fri, 5 Aug 2022

Pernah Terfikir Anak Hal Yang Menyusahkan, Raja Ilya Kini Rasa Nikmat Jadi Ibu

Yelah kan bila dah jadi ibu baru tahu macam mana perasaan happy ada baby tu kan? Alhamdulillah.

familuv Wed, 21 Dec 2022

Meerqeen Sakat Adik, Warganet Seloroh Harap Shaqeel Cepat Membesar Untuk Balas Dendam – “Nanti Buli Abang Pula Tau”

Pelakon sensasi, Meerqeen sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila gelagatnya bersama adik bongsu, Muhammad Shaqeel Shauqeen tular di media sosial. @meerqeen Sorry shaqeel #fyp #foryou ♬ suara asli – Langit Musik Indonesia Menerusi perkongsiannya di […]

error: Content is protected !!