Euforia Bola 2026
PEMBERITAHUAN: Dijangka berlaku fenomena gangguan solar bermula pada 20 hingga 27 September 2026 di beberapa kawasan | tertentu yang mengakibatkan gangguan terhadap penerimaan siaran MYTV. Jika anda mempunyai sebarang
pertanyaan, sila hubungi MYTV di 1300-80-6988.
familuv By: Ad Ops November 19, 2018 @ 9:00am

Bayi Kepada Bapa Yang Berumur Akan Mengalami Lebih Banyak Masalah Kesihatan, Menurut Kajian Terbaru

Selama ini kita ingat golongan wanita saja yang perlu cepat-cepat dapatkan zuriat. Wanita yang makin meningkat usianya sering diingatkan untuk tidak tangguh-tangguh.

Kononnya wanita berusia lanjut yang ingin melahirkan anak akan mengakibatkan komplikasi terhadap kesihatan dirinya sendiri dan juga bayinya.

Golongan lelaki pula tak pernah menerima “warning” sebegini. Hmm… tak aci.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini sebuah kajian telah mendapati, usia si bapa pun perlu diambil kira dalam hal ini.

Hasil kajian tersebut menunjukkan, bayi yang lahir dengan bapa yang berumur akan mengalami lebih banyak isu-isu kesihatan daripada bayi-bayi yang berbapa muda!

Foto: BabyGaga

Para pengkaji di Stanford University, California telah menganalisa rekod kesihatan yang melibatkan semua kelahiran di Amerika dari tahun 2007 ke 2016. Ia merangkumi lebih daripada 40 juta orang bayi.

Rekod tersebut menunjukkan bayi yang mempunyai bapa berumur 45 tahun ke atas mempunyai risiko kesihatan sebanyak 14% lebih tinggi daripada bayi dengan bapa muda, iaitu dari segi kelahiran pra-matang, kekurangan berat ketika lahir dan kemasukan ke unit rawatan rapi neonatal.

Anak-anak kepada bapa berumur lebih daripada 45 tahun juga mendapat markah lebih rendah dalam ujian kesihatan bayi baru lahir Apgar. Mereka juga lebih berkemungkinan untuk mengalami serangan sawan.

Foto: Instagram @therock

Salah seorang selebriti Barat lelaki yang berumur tetapi baru mendapat bayi adalah Dwayne Johnson, 46. Anak bongsunya Tiana Gia Johnson telah dilahirkan pada April lalu.

Walau bagaimanapun, penulis senior bagi laporan kajian ini, Michael Eisenberg menerangkan yang peningkatan risiko ini adalah kecil saja. Mereka mendapati yang bayi berbapakan lelaki berumur dilahirkan kurang daripada sehari daripada biasa, dan merupakan 20g lebih ringan daripada bayi berbapa muda.

Namun begitu, Michael tetap menekankan yang para pasangan tak patut abaikan umur si bapa ketika merancang keluarga.

“Golongan lelaki tak patut anggap mereka bebas untuk tangguh-tangguh. Ada risikonya juga,” katanya.

Sebuah kajian lain pula membuktikan yang kemungkinan pengguna teknik kesuburan rawatan IVF untuk berjaya akan berkurangan jika usia si bapa telah meningkat.

Foto: io9.gizmodo.com

Sementara itu, pakar epidemiologi perinatal di University of Toronto, Hilary Brown berpendapat risiko-risiko yang disebutkan di atas adalah kesan daripada kerosakan pada DNA dalam sperma lelaki berumur.

“Kajian telah menunjukkan usia bapa lanjut dikaitkan dengan tingkah laku kesihatan yang negatif seperti merokok, pengambilan alkohol yang kerap, obesiti, penyakit kronik atau mental dan kekurangan kesuburan.

“Semua ini juga ada saling kaitnya dengan masalah kesihatan bagi bayi mereka yang baru dilahirkan,” kata Hilary.

Maknanya, lagi berumur seorang lelaki itu, lagi terdedahlah kesihatannya terhadap penyakit-penyakit. Dan akhirnya ia akan memberi impak kepada kualiti DNA spermanya.

Ibu bapa semua, inilah sebabnya kenapa kita perlu merancang keluarga dengan bijak dan kenapa kesihatan kita sendiri akan mempengaruhi tahap kesihatan zuriat kita juga.

Sumber: The Guardian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Thu, 28 Feb 2019
familuv Mon, 12 Nov 2018

Meghan Markle & Harry Tidak Mahu Anak Mereka Dimanjakan Ketika Membesar, Ini Pendekatan Mereka

Mereka cuma ingin pastikan si kecil ini nanti melalui kehidupan yang normal.

familuv Wed, 20 Jun 2018

Kenali Kamu Jenis Ibu Bapa Yang Mana Dan Implikasinya Kepada Anak-Anak

Ada tiga pendekatan atau cara kepimpinan dalam keluarga iaitu kepimpinan autokratik, demokratik dan laissez-faire.

familuv Wed, 4 Jan 2023

Simpan Ikan Dalam Bekas Ais Krim Netizen Terhibur Lihat Gelagat Zara Zya & Ibu

Pelakon terkenal, Zara Zya berkongsi momen kelakar bersama ibu tercintanya ketika berada di rumah. @zarazyaofficial Kenapa lah ye… #ZaraZyaOfficial ♬ Ku Bahagia – Melly Goeslaw Menerusi hantaran yang dibuat oleh Zara di laman TikTok, dia […]

familuv Fri, 27 Mar 2020

5 cara mudah basmi kutu di kepala si kecil

Kutu kepala buat si kecil rengsa

familuv Tue, 6 Nov 2018
familuv Wed, 1 Apr 2020
familuv Wed, 6 Mar 2019
familuv Wed, 18 Mar 2020

Cara mengesan gejala COVID-19 mengikut hari. Selamatkan keluarga anda!

Selalu periksa keadaan pasangan dan anak-anak

familuv Sat, 24 Dec 2022

Selepas Tertusuk Kaca, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Tajul

Tular sebuah video memaparkan isteri kepada penyanyi Tajul Arif, Nurul Shamieza Eddie berkongsi momen ketika suaminya dirawat di hospital setelah mengalami kecederaan tertusuk kaca. @icaaeddie2Terima kasih semua yg mendoakan 🫶 alhamdulillah suami dah makin stabil, […]

error: Content is protected !!