Euforia Bola 2026
Featured By: Shaidah Shafie May 19, 2020 @ 4:08pm

Saiz kasut Sherry Alhadad 41? Ini 8 panduan mudah memilih kasut untuk individu gempal

Baru-baru ini, pengacara terkenal Sherry AlHadad berkongsi promosi bagi satu jenama kasut terkenal. Dalam perkongsian itu, beliau turut mengadakan peraduan teka saiz kasutnya.

Rata-rata pengikutnya meneka saiz kasut Sherry agak besar iaitu melebih saiz 40 atau 10, malah ada yang meneka sehingga saiz 44.

Hakikatnya, bagi individu berbadan gempal, memang sukar untuk mencari kasut yang boleh disuaipadankan dengan gaya dikehendaki, namun jangan jadikan masalah itu sebagai penghalang untuk tampil bergaya pada Aidilfitri.

Sherry sentiasa tampil yakin dengan apa yang dipakainya – gambar hiasan. Foto: Surianie Mohf Hanif

Lihat sahaja Sherry, meskipun berbadan gempal, beliau sentiasa tampil yakin untuk bergaya. Lebih-lebih lagi bagi Sherry yang sibuk mengacara pelbagai program di televisyen, selain pakaian, pemilihan kasut juga pastinya menjadi perhatian orang ramai.

Tidak susah jika anda tahu apa yang mahu dipakai di kaki, tanamkan dalam fikiran bahawa anda yang membentuk gaya dan bukan gaya yang mempengaruhi anda.

Pembuat kasut tersohor, Christian Louboutin pernah berkata kasut berupaya mengubah bahasa badan dan jati diri, selain kasut juga mempengaruhi tahap psikologi dan emosi pemakainya.

Kasut bertapak lebar dan berwarna gelap patut ada dalam simpanan setiap wanita – gambar hiasan. Foto: NSTP.

Secara mudahnya, kasut yang sesuai akan menjadikan anda individu paling yakin ketika melangkah, malah kasut yang bertepatan dengan cita rasa membantu anda menguasai setiap keadaan yang dihadapi setiap hari.

Oleh sebab itulah ada wanita sangat teliti memilih kasut yang mahu diselaraskan dengan penampilan harian, lebih-lebih lagi jika menghadiri temu duga kerja yang penting.

Tidak salah untuk wanita bersaiz gempal memakai kasut bertumit tinggi asalkan ada keyakinan diri – gambar hiasan. Foto: NSTP/Lukman Hakim Zubir.

Hijab & Heels kongsikan 8 panduan berguna dalam memilih kasut untuk individu bersaiz gempal:

1. Pilih kasut berwarna gelap dengan tapak sederhana tinggi – pastikan di rak kasut anda ada sepasang kasut berwarna gelap bertapak nipis atau setinggi dua inci untuk tujuan dipakai ketika menghadiri acara atau majlis formal.

2. Kenali bentuk kaki – Ada kaki berpotongan A dan ada juga yang berpotongan B. Bagi yang berpotongan A, lazimnya ia runcing pada bahagian hadapan dan bagi yang berpotongan B, bentuknya agak lebar. Jangan tersalah pilih kasut agar kaki tidak sakit dan selesa ketika melangkah.

3. Elakkan memakai but kerana but akan menampakkan kaki individu bersaiz gempal makin besar dan janggal.

4. Kasut bertutup penuh akan membuatkan anda tampak sopan, baik kasut yang bertumit sedikit tinggi atau bertapak baji.

5. Kasut bertapak baji paling sesuai untuk individu bersaiz gempal

Kasut sebegini sesuai untuk kaki berpotongan A – gambar hiasan. Foto: NSTP.

6. Jika mahu tampil selamat, pilih kasut berwarna tanah atau bumi, namun jika mahu menyuntik kelainan dan mahu menarik perhatian, sarungkan sepasan kasut bernatar neon seperti hijau atau merah jambu.

7. Sekiranya membeli kasut baharu, kunjungi tukang kasut untuk menambah tapak tambahan bagi mengekalkan tapak asal kasut.

8. Simpan juga sepasang dua sandal warna lembut supaya anda boleh menyarungkan ketika terdesak atau buntu bagaimana mahu menggayakan seluar denim dengan kemeja T atau sarung ikat dengan kurung kedah.

Semoga bermanfaat!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 26 Sep 2018

Bila Pakai Maskara, Jangan Lakukan Kesilapan Ini Jika Tak Nak Ia Cepat Kering

Check sama ada selama ini anda ada buat kesilapan ini atau tak.

Featured Sat, 24 May 2025

Pempengaruh Ditahan Polis Hantar Mesej L*cah Pada Remaja Bawah Umur

Lelaki berusia 22 tahun itu ditangkap bagi membantu siasatan.

Events Thu, 24 Mar 2022

“Saya Ada 74 Baju….” – Selalu Pakai Baju Cef Sebab Nak Menunjuk Ke? Ini Respons Fazley Yaakob

Aduhai kalau dah namanya cef, mestilah selalu pakai baju cef kan.. 😂

Featured Tue, 8 Nov 2022

Bakal Lebarkan Sayap Di Korea, Ramai Peminat Bangga Dengan Pencapaian Daiyan Trisha

Sering mencipta nama dalam industri seni dengan mempertaruhkan bakat nyanyian dan lakonan, pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha kini difahamkan sedang berada di Korea Selatan atas urusan kerja. Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Daiyan […]

Featured Tue, 21 May 2024

Gara-Gara Pertikai Serangan Tentera H*m*s, Azhar Sulaiman Tampil Mohon Maaf

Yang penting Behar mengaku kesilapan yang lain-lain tu masing-masing lah kita perbetulkan ek.😎✌️

Featured Thu, 3 Jun 2021

“Kulit Gelap Juga Cantik”- Yuna Mahu Orang Ramai Henti Diskriminasi Warna Kulit & Beauty Standard

Penyanyi kelahiran Malaysia yang kini semakin dikenali di Hollywood, Yuna mengajak orang ramai untuk berhenti mendeskriminasi dalam meletakkan standard kecantikan seseorang. Beliau akui terkesan apabila menonton sebuah video yang tular yang menunjukkan tiga orang gadis […]

error: Content is protected !!