Euforia Bola 2026
Sihat By: Ad Ops March 20, 2020 @ 11:30am

Sakit tumit dan tapak kaki? Jom lakukan senaman ini sebelum semakin teruk

Berjalan atau berdiri terlalu lama boleh menyebabkan kesakitan pada tapak kaki, lebih-lebih lagi dengan pemakaian kasut yang tidak sesuai. Lazimnya, sakit pada bahagian tapak kaki boleh memberi rasa tajam mencucuk-cucuk terutama pada pangkal tumit. Jika semakin teruk, ia boleh merebak ke seluruh tapak kaki.

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Classic Rehabilitation Inc

Mereka yang mengalami sakit pada tapak kaki akan mengalami gejala kesakitan paling teruk pada waktu pagi apabila bangun daripada tidur dan mengambil langkah pertama selepas tempoh berehat yang agak panjang.

Individu yang mengalami sakit pada tapak kaki juga akan merasai keadaan yang dikenali sebagai plantar fascitis.

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Portal MyHealth

Keadaan ini berlaku kerana kecederaan mikro dan keradangan pada tisu tapak kaki. Keradangan tisu akan menyebabkan sakit, bengkak dan lebam.

Mengabaikan sakit tapak kaki boleh menyebabkan sakit menjadi kronik dan memberi kesan pada kehidupan harian seseorang. Selain itu, risiko lain yang mungkin dihadapi adalah masalah pada kaki, lutut, pinggul atau belakang kerana sakit tapak kaki menbawa pada perubahan cara berjalan seseorang.

Jenis rawatan

1. Rawatan Fisioterapi

Sakit tapak kaki boleh dirawat dengan rawatan fisioterapi yang terdiri daripada elektroterapi (seperti imbasan ultra), urutan tisu lembut, ais atau rawatan haba, taping (plaster), mobilisasi pada sendi otot dan senaman untuk meningkatkan keseimbangan serta kekuatan terutama pada otot-otot betis.

Rawatan fisioterapi adalah penting untuk mempercepatkan proses penyembuhan, memastikan hasil yang optimum dan mengurangkan kemungkinan sakit berulang.

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Google Sites

2. Senaman untuk tapak kaki

Terdapat tiga jenis senaman iaitu regangan otot besi, regangan pada tapak kaki dan senaman menguatkan otot betis seperti yang dikongsi portal MyHealth.

Berikut merupakan langkah dan teknik mudah senaman tapak kaki sebagai panduan kepada anda.

Regangan otot betis

Kaedah pertama:

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Flint Rehab

Duduk tegak dan hulur kaki lurus. Guna tuala atau tali pinggang dan lilit di bawah tapak kaki. Dengan perlahan, tarik jari kaki dan tapak kaki ke arah anda sehingga anda dapat merasa regangan pada belakang betis dan tapak kaki. Tahan regangan tidak kurang dari 30 saat. Ulangi kaedah ini sebanyak lima hingga 10 kali dengan tahap regangan yang sedikit, sederhana dan tanpa sakit.

Kredit gambar: VeryWell Health

Kaedah kedua:

Letakkan tangan pada dinding di hadapan anda sambil meletakkan satu kaki di hadapan. Bengkokkan lutut dan pastikan kaki belakang lurus serta kedua-dua tumit menjejak lantai. Dengan menggunakan sokongan pada dinding, alihkan berat badan ke depan sehingga rasa regangan sepanjang betis.

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Verywell Fit

Tahan regangan pada setiap kaki tidak kurang daripada 30 saat. Kembali pada kedudukan asal dan ulang dengan kaki yang sebelah lagi. Ulangi lima kali pada setiap kaki.

Kaedah ketiga:

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Pinterest

Berdiri di atas tangga dan secara beransur-ansur, turunkan tumit ke bawah sehingga anda rasa regangan yang selesa pada betis. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat dan ulangi kaedah ini sebanyak lima hingga 10 kali dengan regangan yang sedikit, sederhana dan tanpa sakit.

Regangan pada tapak kaki

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Healthline

Duduk di atas kerusi dan silangkan kaki kanan di atas lutut sebelah kiri (rujuk gambar). Bengkokkan pangkal jari dan tarik ia ke arah badan sehingga dapat rasa regangan yang selesa. Tahan regangan tidak kurang daripada 30 saat dan ulangi latihan ini lima hingga 10 kali.

Senaman menguatkan otot betis

Duduk dengan kaki menghulur lurus, gunakan theraband (pita getah yang digunakan sebagai alat bantu ketika fisioterapi) dan lilit pada hujung tapak kaki. Perlahan-lahan gerakkan kaki dan tapak kaki ke bawah dengan rintangan pada theraband. ‘Ketatkan’ otot betis dan tahan selama 10 saat. Ulangi latihan ini sebanyak 10 hingga 20 kali.

senaman sakit tapak kaki

Kredit gambar: Healthline

Kesemua regangan dan senaman yang dikongsi mampu membantu mengurangkan kesakitan dan mencegah kecederaan pada masa hadapan. Sakit akan berkurangan dalam tempoh dua minggu dan keadaan dapat pulih sepenuhnya lebih kurang dalam tempoh 4 hingga 6 minggu.

Sumber: My Health

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Sihat Thu, 11 Oct 2018

Khasiat Terung Untuk Wanita Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Terung boleh meningkatkan sistem daya tahan tubuh.

Sihat Fri, 19 Oct 2018

Okinawa Diet: Rahsia Hidup Lama Orang Jepun

Okinawa merupakan kawasan dengan jangka hayat paling tinggi di dunia.

Featured Fri, 25 Oct 2019

Pengambilan vaksin halal atau haram? Ini jawapannya

Pertimbangan berdasarkan maqasid syariah

Featured Sat, 30 May 2020

2 negeri dalam Zon Hijau kembali catat kes baharu positif COVID-19

Jangkitan membabitkan warganegara Malaysia

Featured Thu, 20 Feb 2020

Bahaya serangan jantung, ketahui tanda-tanda sakit jantung sebelum terlambat

Ambil tahu kerana ia boleh menyebabkan kematian!

Featured Mon, 7 May 2018

4 Khasiat Epal Hijau Yang Anda Tidak Tahu Selama Ini

Anda mungkin tidak tahu buah epal hijau banyak khasiat yang sangat bagus untuk tubuh badan.

Featured Fri, 2 Aug 2019

5 bahan makanan ini dapat lindung anda daripada kesan jerebu

Selain topeng muka, makanan pun boleh bantu.

Sihat Fri, 8 Mar 2019

Cara berkesan untuk rawat masalah bayi sembelit, jangan biar si manja merana!

Ketahui simptom dan rawatan bagi atasi masalah bayi sembelit

Featured Fri, 4 Jan 2019

Suka Simpan Barang Lama Sampai Sesak Rumah? Itu Bererti Anda Sakit!

Tak serabut otak ke tengok rumah macam pusat pelupusan sampah?

Featured Fri, 26 Oct 2018

Anak Yang Bertubuh Montel Terdedah Risiko Penyakit Kencing Manis

Sering buang air kecil terutama di waktu malam, tanda-tanda anak menghidap kencing manis.

error: Content is protected !!