Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin December 10, 2021 @ 7:43am

Saksikan Live Streaming 2021 Mnet Asian Music Awards (2021 MAMA) Selama 7 Jam Di tonton!

Peminat-peminat muzik K-Pop di Malaysia bertuah tahun ini apabila mereka dapat menyaksikan siaran langsung anugerah berprestij dunia, 2021 Mnet ASIAN MUSIC AWARDS (2021 MAMA) secara strim langsung dalam definisi tinggi (HD) menerusi tonton.

Ramai tertanya-tanya di mana mereka boleh menyaksikan acara penuh gemilang ini secara online? tonton adalah jawapannya dan peminat-peminat tegar dapat menyaksikan strim langsung secara percuma yang disediakan menerusi platform tonton pada 11 Disember 2021 (Sabtu), bermula pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang untuk sesi karpet merah.

Acara anugerah juga akan disiarkan bermula 5.00 petang hingga 10.00 malam. Tidak perlu untuk berfikir panjang, hanya klik www.tonton.com.my/2021MAMA untuk melihat penyanyi K-Pop pujaan anda semua.

Menurut Ketua Pegawai Operasi tonton, Amir Rasyidi Johari:

“Kami berasa teruja kerana dapat menyiarkan 2021 MAMA secara strim langsung di tonton. Kita tahu peminat K-Pop semenangnya begitu ramai melibatkan seluruh dunia dan mereka ingin tahu platform mana yang menyiarkan acara berprestij ini secara langsung.

“Lebih menariknya, tonton akan menyiarkan 2021 MAMA secara langsung di Malaysia selama 7 jam berterusan bermula dari acara karpet merah pada pukul 3.00 petang sehinggalah selesai anugerah iaitu 10.00 malam dan boleh juga saksikan menerusi catch up di tonton CINEMA pada keesokan hari.”

Bersempena dengan siaran berprestij 2021 MAMA pada hujung minggu ini, tonton CINEMA menawarkan promosi istimewa iaitu langgan satu filem terpilih dan percuma satu lagi filem di tonton CINEMA.

Antaranya, Dendam Penunggu, Shark: The Beginning, Miracle: Letters to the President dan banyak lagi. Untuk keterangan lebih lanjut, sila layari www.tonton.com.my .

Kepada peminat-peminat K-Pop di Malaysia, jom kita sama-sama strim langsung secara HD 2021 MAMA di www.tonton.com.my/2021MAMA untuk mengetahui siapakah yang bakal merangkul anugerah Artis Terbaik Tahun 2021 pada 11 Disember 2021 bermula 3.00 petang hingga 10.00 malam dan menyaksikan semula acara gilang-gemilang ini menerusi catch up di cinema.tonton.com.my pada keesokan harinya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Fri, 26 Jun 2020

Pusat Tuisyen, Sekolah Pendidikan Khas Dan Institusi Swasta Kini Dibenarkan Beroperasi

Ambil perhatian buat semua pelajar pusat tuisyen dan pelajar swasta!

Hiburan Fri, 20 Sep 2019
Hiburan Thu, 29 Aug 2024
Hiburan Mon, 15 Sep 2025
Hiburan Sat, 24 Jan 2026

Ibu Puteri Balqis ‘Buka Mulut’, Dakwa Janna Nick Tiada Empati – “Ini Bukan Neutral, Tapi Backhanded!”

Menurut Norashikin, kenyataan yang menggesa supaya ‘blok sahaja’ individu tertentu gagal menunjukkan empati

Featured Wed, 4 Dec 2024

“Lelaki Sejati Takkan Naik Tangan!” – Anzalna Nasir Seru Wanita Alami Keganasan Perkahwinan Tampil Lebih Berani

Menurut Anzalna, perceraian adalah perkara paling menakutkan dan menyakitkan bagi kaum wanita

Featured Tue, 27 Nov 2018
Trending Wed, 20 Mar 2024

Ziana Zain, Jalaluddin Hassan & Sheikh Muszaphar Sokong Usaha Bebas Hutang Ramadan Ini

Melangsaikan hutang ni merupakan tanggungjawab kita sendiri. Lagi-lagi dalam bulan ramadan ni, tak best lah nak sambut bulan yang mulia dengan ada nya bebanan hutang kan? Sempena Ramadan tahun ini, apa kata kita cuba untuk […]

Featured Thu, 21 Dec 2023

Kongsi Rutin Diet, Khairul Aming Hilang 20 Kilogram Sepanjang 2023

Siapa nak kurus tu bolehlah tanamkan azam mulai sekarang! Usaha tak pernah mengkhianati hasil❤️

error: Content is protected !!