Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin July 11, 2023 @ 8:25pm

Saling Belajar Perkara Baharu, Amira Othman Muncul Berduet Dengan Afiq Adnan Dalam Is It True

Penyanyi Amira Othman muncul dengan lagu duet dengan pendatang baharu, Afiq Adnan dalam single berjudul Is It True.

Lagu ini tercipta hasil kerjasama antara komposer prolifik, Sharon Paul dan seorang pendatang baharu dalam dunia gubahan lagu, Perjaka dan lirik pula hasil ciptaan penulis yang tidak asing lagi dalam arena muzik tanah air, Shah Shamshiri.

“Lahirnya idea untuk menulis lagu ini dari satu sesi perbincangan antara Sharon dan Perjaka tentang sebuah lagu yang easy listening, atau lagu yang santai dan tidak terlalu
berat.

“Lantas, kedua mereka menyiapkan sebuah demo lalu dihantar kepada Shah untuk disadurkan dengan bait-bait lirik. Akhirnya, mereka memilih kami berdua untuk menyanyikan lagu ini,” kata Amira.

Berpeluang berduet Afiq, Amira turut belajar perkara baharu sepanjang proses untuk menyiapkan lagu ini.

“Afiq adalah pendatang baharu yang sangat berbakat. I love his voice, his character sangat sopan. Kreatif dalam nyanyian dan satu bakat yang harus dihargai kerana bakatnya yang begitu besar.

“Saya juga sangat gembira dapat bekerjasama bersama bakat baru, dalam masa yang sama saya dapat belajar banyak perkara kerana Afiq juga rakan duet yang saling membantu,” katanya.

Menurut Afiq pula, dia sudah lama mengimpikan untuk tampil dengan lagu dengan genre sebegini.

“Saya memang dah lama inginkan satu lagu yang chill dan sweet seperti ‘Is It True’ ini, dan genre ini sememangnya sangat sesuai dengan vokal saya. Saya sangat berbesar hati kerana dapat berduet bersama seorang artis yang lebih berbakat dan berpengalaman seperti Amira.

“Saya berharap lagu ini dapat menempa hati para pendengar tak kira usia dan Insya-Allah, ini bukanlah kolaborasi terakhir saya bersama Amira Othman, dan berkemungkinan saya akan berduet dengan artis-artis lain pula pada masa akan datang,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 5 Jul 2024
Hiburan Fri, 21 Sep 2018

#daiTV3 : Siapakah Yang Bakal Berentap Di Pusingan Akhir Pentas Da’i Musim Ke-6?

Pastinya, pusingan separuh akhir pentas pencarian pendakwah nusantara musim ke-6 pada minggu ke-10 ini nyata akan memberikan persaingan sengit diantara barisan pendakwah kita.  Mana taknya, kalau pada minggu lepas sahaja juri telah mengeluarkan kenyataan mahu […]

Hiburan Fri, 21 Mar 2025
Hiburan Wed, 3 Apr 2019

Patutlah Cantik…Kourtney Kardashian Bongkar Rahsia!

Patutlah cantik adik-beradik Kardashian ni…

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

Dari Penyanyi Popular Ke DJ Orang Kahwin, Siapa Orangnya?

Tidak salah menjadi deejay kenduri kahwin kerana masih dalam bidang yang masih berkaitan dengan seni

error: Content is protected !!