Euforia Bola 2026
Events By: Afiq Kandi January 15, 2026 @ 5:15pm

Sampai Kena Cubit! Watak Annisa Kaila Dalam Filem ‘Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel’ Buat Penonton Menyampah

Pelakon Indonesia, Annisa Kaila mengakui watak antagonis Astrid yang dibawakannya dalam filem Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel mencetuskan reaksi luar biasa hingga ada penonton yang terbawa-bawa emosi di luar pawagam.

Annisa berkata, sambutan itu membuatkan dia lega kerana usaha menghidupkan karakter tersebut sampai kepada penonton.

Annisa berkongsi, pernah berlaku situasi tidak dijangka apabila ada penonton, khususnya golongan ibu, mencubitnya kerana terlalu geram dengan Astrid.

“Ada yang tak dapat tahan marah sampai mencubit. Saya tak terasa pun, saya anggap itu bukti Astrid ‘menjadi’ dan penonton betul-betul terikut,” katanya.

Bagaimanapun, Annisa berkata cabaran sebenar hadir selepas filem ditayangkan apabila media sosialnya dibanjiri mesej serta komen yang keras.

Katanya, ramai meluahkan kemarahan di ruangan komen dan mesej peribadi, namun dia memahami reaksi itu tertumpu kepada watak, bukan dirinya.

“Memang ada masa ia menekan, tapi saya cuba anggap ia sebagai respon terhadap lakonan saya, bukan serangan pada diri,” katanya.

Mengulas persiapan, Annisa menyifatkan Astrid antara watak paling sukar dalam kariernya kerana tiada rujukan visual atau rakaman sebenar memandangkan individu berkaitan masih bawah umur dan akaun media sosial juga sudah ditutup.

“Saya tak pernah bertemu individu sebenar. Tak ada video atau bukti visual. Jadi saya bergantung pada cerita dan maklumat daripada mereka yang ada hubungan langsung,” katanya.

Bagi menjadikan karakter itu lebih realistik, Annisa banyak bertanya kepada Jonathan Latumahina dan David Ozora mengenai gerak-geri dan tabiat Astrid termasuk cara bercakap, gaya, cara mengurus rambut serta tabiat merokok walaupun dia bukan perokok.

Menurut Annisa, Astrid perlu dipaparkan dengan aura ‘puteri’ dan rasa berkuasa, sesuatu yang memerlukan emosi kuat serta keberanian untuk tampil berbeza.

Ozora: Penganiayaan Brutal Penguasa Jaksel diadaptasi daripada kisah benar tragedi yang menimpa David Ozora serta perjuangan keluarganya menuntut keadilan, selain menyentuh isu pengaruh kuasa dan ketidakseimbangan sistem perundangan.

Filem arahan Anggy Umbara dan Bounty Umbara itu turut dibintangi Chicco Jerikho, Muzakki Ramdhan, Tika Bravani, Donny Damara dan Mathias Muchus, dan dijadualkan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 22 Januari 2026.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 14 Nov 2022

[VIDEO] Anna Jobling Dedah 4 Rahsia – “Saya Seorang Penyelam..”

Fulamakkk, penyelam tau gais 🤩🤩 Hebatnya Anna nii 🤩🤩

Hiburan Tue, 25 Sep 2018

Sembuhkan Rindu Taruhan Pertama Sekar Qaanita

Gadis kelahiran Jakarta ini juga bakal tampil dengan album mini tak lama lagi namun mengambil pendekatan dengan melancarkan lagu demi lagu dahulu.

Events Sat, 14 Jun 2025

Konsert Hael Husaini & Repertoire Tampil 4 Artis Ternama Tanah Air

Hael Husaini tampil dengan konsert sulungnya tidak lama lagi.

Hiburan Thu, 7 Mar 2024
Hiburan Fri, 17 Apr 2026

Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama

Umairah menggantikan Amira Othman menyampaikan lagu Rasa & Takdir di AJL40 Separuh Akhir.

Hiburan Sun, 21 Jun 2026

Dari Peminat Ke Pentas Idola, Impian Sedekad Insomniacks Tercapai… Jadi Pembuka Konsert 5 Seconds of Summer!

Impian 10 tahun Insomniacks akhirnya menjadi kenyataan apabila dipilih sebagai artis pembuka tirai konsert 5 Seconds of Summer (5SOS) di Malaysia pada 17 November dan 4 Disember depan.

error: Content is protected !!