Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin September 28, 2025 @ 8:34pm

Sanggup Ulang-Alik Jakarta, ‘Sesaat’ Jadi Bukti Dedikasi Aina Abdul Selepas Hampir Setahun Tanpa Single Solo Baharu

Demi memastikan kualiti terbaik untuk single terbarunya Sesaat, penyanyi dan komposer Aina Abdul sanggup berulang-alik ke Jakarta berkali-kali sepanjang proses penghasilan karya terbabit.

Usaha itu membuktikan dedikasi Aina terhadap karya yang akhirnya dilancarkan secara rasmi pada 26 September 2025.

Selepas hampir setahun tidak muncul dengan lagu solo baharu sejak Imaji Deluxe Edition pada Oktober 2024, Aina kembali dengan naskhah penuh emosi yang bukan sekadar sebuah lagu, tetapi simbol pengorbanan dan perjalanan jiwanya.

@xtra_my Alamak, sedapnya 🫠🥺 Galau kejap dengar Aina Abdul belanja single baharu Sesaat. Tak sabar nak tunggu versi full pada 26 September ni! ❤️ #xtramy #xtratonton #ainaabdul ♬ original sound – XTRA

“Perjalanan menghasilkan Sesaat memang penuh cabaran. Saya kerap terbang ke Jakarta kerana mahu setiap perincian benar-benar sempurna.

“Lagu ini tentang kehilangan yang berulang, tetapi juga tentang kekuatan untuk bangkit melawan hubungan toksik. Saya harap ia dapat menjadi ruang untuk pendengar berkongsi rasa, sama ada mereka berduka atau mencari makna hidup,” katanya.

Sesaat diterbitkan oleh Sony Music Entertainment Malaysia dengan kerjasama Sony Music Entertainment Indonesia, menjadikan ia bukan sahaja pelancaran muzik, tetapi juga simbol kolaborasi serantau.

Dicipta oleh komposer Indonesia Trakast, Fabio Asher dan Yafi Aria, dengan penerbitan oleh Fabio, Yafi serta Rico Andre, Aina mengakui karya ini sangat dekat di hatinya, walaupun bukan ciptaan sendiri.

“Sejak kali pertama mendengar melodi dan liriknya, saya terus jatuh cinta. Ada sesuatu tentang kisah ini yang begitu manusiawi, penuh luka, dan terasa sangat peribadi. Saya yakin ia adalah hadiah yang tepat buat peminat yang menantikan buah tangan solo saya,” ujarnya.

Mengisahkan cinta yang hadir sekejap lalu pergi tanpa kata, Sesaat menonjolkan kekuatan vokal Aina yang sarat emosi.

Lebih daripada sekadar single, ia menjadi permulaan kepada babak baharu perjalanan seninya, di mana dia terus bereksperimen dengan pelbagai warna muzik tanpa mengorbankan identiti emosinya.

“Saya mahu pendengar bukan sekadar mendengar suara saya, tetapi juga merasai jiwa saya yang ingin dekat dengan mereka. Sesaat adalah titik mula untuk fasa baharu dalam seni saya,” tambahnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 Jun 2025

“Tak Boleh Cerita Pasal Kipas, Amira Dah Warning Nanti Tak Dapat Invitation”- Hael Husaini

Menerusi video tersbeut, Hael diminta oleh pengikutya untuk berkongsi cerita mengenai ‘kisah cinta’ Fattah & Amira.

Hiburan Sat, 30 Mar 2019
Trending Tue, 13 Feb 2018

BANGUNAN KWSP TERBAKAR!

Anda yang merancang untuk lalu Lebuhraya Persekutuan, kalau boleh elakkan ya buat sementara waktu. Diharapkan semoga tiada yang terperangkap ataupun tercedera.

Featured Sun, 2 Oct 2022
Featured Wed, 7 Dec 2022
Trending Fri, 23 Aug 2019

Kenapa Kongsi Gambar Jalur Gemilang Terbalik

Jangan sebarkan gambar atau video bendera Jalur Gemilang terbalik

FESYEN Fri, 13 Jul 2018

Ini Komen Bella Dally Dilabel Sama Standard Dengan Pengasuh Anak Che Ta

Bella Dally dilihat memakai baju yang sama seperti baju pengasuh anak kesayangan Che Ta,  Aaisyah Dhia Rana. Kedua-duanya dilihat memakai baju tersebut dalam sebuah majlis yang sama

error: Content is protected !!