Euforia Bola 2026
Drama By: Salma Syahbuddin May 8, 2025 @ 3:45pm

Sarat Dengan Emosi & Air Mata, Erysha Emyra Hadapi Ujian Terberat Dalam Aku Bukan Ustazah 2… Bakal Gantikan Drama ‘Keluarga Itu’

Musim baharu drama rantaian popular, Aku Bukan Ustazah menyaksikan kembalinya watak-watak yang pernah menjadi bualan penonton sebelum ini.

Drama 35 episod hasil sentuhan pengarah hebat Idora Abdul Rahman dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd ini menjanjikan kisah yang lebih berat dan emosional berbanding musim terdahulu.

Penonton juga akan dibawa menyelami dimensi baharu kehidupan Aminah yang menyentuh isu kesihatan mental, cinta, dan kekeluargaan yang tidak pernah pudar.

Aku Bukan Ustazah 2 membuka tirai dengan kebahagiaan Aminah (Erysha Emyra) dan Adam (MK K-Clique) bersama anak mereka, Raykal, sambil menanti kelahiran cahaya mata kedua.

Namun, hidup Aminah dan Adam kembali diuji apabila Omar (Zahiril Adzim) muncul semula sekaligus menghidupkan luka lama yang belum sembuh sepenuhnya.

Seiring perjalanan waktu, Aminah didapati menghadapi tekanan yang bertubi-tubi, hingga terperangkap dalam pergolakan jiwanya sendiri.

Di saat dia hampir rebah, muncul pula seorang Dr. Syafiq (Nabil Aqil), yang hadir sebagai sinar harapan dan berusaha membimbingnya kembali ke jalan pemulihan.

Kata Erysha, Aku Bukan Ustazah 2 kali ini lebih berat berbanding musim sebelumnya.

Ini kerana, watak Aminah menuntutnya untuk melakukan babak menangis yang banyak.

“Musim kali ini jauh lebih berat berbanding sebelumnya kerana anda akan melihat sisi Aminah yang penuh cabaran dan ujian.

“Penggambaran sangat mencabar kerana banyak adegan yang perlukan saya untuk menangis.

“Jadi saya harap penonton dapat rasa setiap yang terpendam dalam diri Aminah dan memahami betapa dalamnya luka yang dia tanggung,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti lanjutan kisah Aminah, Adam dan Omar dalam Aku Bukan Ustazah 2 bermula minggu ini!

Strim episod baharu 24 jam lebih awal di www.tonton.com.my, atau muat turun aplikasi Tonton melalui Google Play dan App Store.

Untuk mendapatkan info terkini tentang drama kegemaran anda, layari laman sosial Facebook, Twitter, YouTube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia, Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasangat.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Dec 2022

Lucu! Slang Maryam Durian Kimchi Belajar Cakap Kelantan Buat Ramai Ketawa

Pasangan suami isteri Maryam Younarae dan suaminya, Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim mencuri perhatian ramai dengan gelagat kelakar mereka itu. Terbaharu, tular sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh Ryzal di laman TikTok mereka berdua iaitu […]

Hiburan Thu, 11 Jul 2019
Events Mon, 28 Oct 2019

Mana Lagi Bahagia, Pilihan Keluarga Atau Pilihan Sendiri?

Nak tahu dengan lebih lanjut, klik artikel diatas!

Events Fri, 10 Oct 2025

ZRA Bidas Netizen ‘Biadab’ Label Sukarelawan GSF ‘Gila’ Publisiti – “Mereka Yang Pertikai Soal Palestin Ibarat Seperti Anj*ng!”

Satu ucapan penuh emosi aktivis berkenaan menegaskan, tindakan dan perjuangan kemanusiaan yang dijalankan bukan untuk meraih perhatian.

Featured Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Fri, 11 Oct 2024
Hiburan Wed, 8 May 2019

大马知名小提琴家Dennis Lau演奏会629引爆!

相继上一次在2016年的演奏会,大马著名小提琴家Dennis Lau这次将与不同风格地本地艺人合作,为大家带来别具风格的演奏会,开启新的一章!

Featured Mon, 9 Feb 2026

Lawak L*cah Lan Pet Pet, Pengawal Peribadi Fazura Tampil Respons

Pengurus peribadi Fazura tegur Lan Pet Pet

error: Content is protected !!