Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 9, 2026 @ 10:33am

Sarimah Ibrahim Ambil Tindakan Undang-Undang, Mahu Henti Fitnah & Gangguan Dalam Talian

Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim tampil berkongsi kenyataan rasmi daripada firma guaman Arif Azmi & Co. yang mengesahkan tindakan undang-undang sedang diambil susulan dakwaan palsu, kenyataan berbaur fitnah serta gangguan dalam talian yang didakwa ditujukan terhadapnya.

Menerusi kenyataan itu, pihak peguam memaklumkan pelbagai usaha telah dilakukan bagi menyelesaikan perkara berkenaan secara tertutup dan penuh hormat. Bagaimanapun, tindakan yang didakwa menjejaskan reputasi Sarimah masih berterusan.

Menurut kenyataan tersebut, Sarimah akhirnya mengarahkan pihak peguam untuk mengambil tindakan undang-undang demi melindungi nama baik, kesejahteraan peribadi serta kepentingan profesionalnya.

“Sebelum mengambil langkah undang-undang, anak guam kami dan wakil-wakil beliau telah berusaha untuk menangani perkara ini secara tertutup dan penuh hormat. Malangnya, perkara yang memudaratkan itu tetap berterusan.

“Oleh yang demikian, anak guam kami telah memberi arahan untuk mengambil tindakan undang-undang bagi melindungi reputasi, kesejahteraan peribadi dan kepentingan profesional beliau.

“Ia termasuk pemeliharaan bahan bukti serta pemantauan terhadap sebarang penerbitan, perkongsian atau penerbitan semula kandungan yang berunsur fitnah,” menurut kenyataan itu.

Perkongsian Sarimah itu turut mendapat perhatian netizen yang rata-ratanya menyokong tindakannya untuk mempertahankan diri daripada sebarang tuduhan tidak berasas.

Malah, ramai berpendapat langkah undang-undang itu wajar diambil bagi memastikan individu yang menyebarkan fitnah bertanggungjawab atas perbuatan mereka serta mengelakkan perkara sama terus berulang.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 1 Jun 2023

Gara-Gara Langgar ‘Spoiler’ Kereta Sampai Patah, Remaja Tampil Minta Maaf

Owner dah maafkan, netizen pulak yang menggelupur 😅

Hiburan Fri, 18 Jan 2019

挥别7年情!邱翠雯靠创作《也许以后》自我疗伤

全新单曲《也许以后》,邱翠雯用创作记录了在放下7年感情后疗伤过程中的经历感受。

Trending Thu, 9 May 2019

Wajah Malaysia Baharu Selepas Setahun

9 Mei 2018 adalah kebangkitan aman rakyat Malaysia.

Hiburan Tue, 3 Apr 2018

#Babyninja Ungku Arsalan Haq, Rezeki Jihan Muse Dan Suami

Peminat-peminat yang hadir dan menunggu kemunculann baby ninja ini turut berasa gembira dengan kecomelan anak Jihan. Peminat berpendapat, Ungku Arsalan ini lebih mengikut muka bapanya, betul ke? Jom kita usha bayi comel ini!

Hiburan Fri, 22 Aug 2025
Featured Thu, 23 Jun 2022

#SeoulSaranghae: Tak Sangka! Rupa-Rupanya G-Dragon & Lee Soo Hyuk ‘Bestfriend’ Walaupun…

Siapa sangka ahli kumpulan Big Bang, G-Dragon dan pelakon siri drama Tomorrow, Lee Soo Hyuk merupakan teman rapat sejak dahulu lagi. Walaupun ramai peminat kedua-dua selebriti popular ini terkejut, namun mereka begitu teruja melihat hubungan […]

Trending Tue, 23 Jul 2019

Doa rezeki ‘seluas langit’ Neelofa tular!

Jom tingkatkan amalan berdoa setiap hari.

Featured Thu, 29 Dec 2022

Terpengaruh Drama Korea, Achey Belikan Isteri Telefon ‘Flip’ Skrin

Gara-gara terpengaruh dengan drama Korea Selatan, pelawak terkenal, Achey menghadiahkan isterinya, Nor Hasanah Yahaya atau Anne sebuah telefon baharu jenis ‘flip’ skrin. @anne_achey21 Pengaruh cerita korea kuat sangat 😅 #samsungzflip4 ♬ bunyi asal – Anne_achey21✅ […]

error: Content is protected !!