Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari June 7, 2022 @ 3:42pm

“Saya Akan Ulang Lagu Berkali & Menangis Kerana…” – Diana Danielle Teruja Kolaborasi Dengan Calum Scott

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle muncul dengan buah tangan terbaharu kolaborasi bersama artis antarabangsa Calum Scott menerusi single berjudul Heaven.

Menurut Diana, single yang dilancarkan mempunyai persamaan dengan kisah hidupnya menerusi bait-bait lirik yang ditulis.

Isteri kepada pelakon Farid Kamil ini juga menyifatkan lagu ini mempunyai makna yang sangat mendalam sehingga dia mengalirkan air mata kerana teringatkan anak perempuannya, Nur Aurora.

“Saya akan dengar lagu ini berulang kali dan akhirnya menangis kerana teringatkan Aurora. Anak perempuan saya merupakan syurga bagi saya. Lirik Heaven juga membuatkan saya teringat memori dengan anak perempuan saya,” katanya.

Diana turut menjelaskan bahawa lagu Heaven ini menunjukkan setiap manusia itu adalah sama tidak kira apa jua yang dilakukan.

“Lagu ini juga menunjukkan bahawa kita semua berkongsi langit yang sama walau apa jua yang kita lakukan dalam hidup ini,” ujarnya.

Selain Diana, Calum turut berkolaborasi dengan beberapa artis lain dari Asia Tenggara seperti Lyodra (Indonesia), Darren Espanto (Filipina) dan Hoàng Duyên (Vietnam) menerusi lagu yang sama tetapi diberikan nafas yang berbeza.

Bagi versi kolaborasi bersama Diana, single ini akan dilancarkan pada Khamis ini.

Isteri kepada pelakon Farid Kamil ini berkata dia sangat beruntung diberi peluang untuk menjadi sebahagian daripada projek ini. Malah, dia turut menyatakan yang penyanyi Britain ini merupakan penyanyi yang diminatinya sejak dari dulu lagi.

“Peluang ini bagai bulan jatuh ke riba dan saya berasa sangat beruntung menjadi sebahagian daripada projek ini. Saya merupakan peminat Calum sejak dari dulu lagi dan tidak pernah menjangka perkara sebegini akan terjadi.

“Pihak Calum menghubungi saya dan memaklumkan untuk mengadakan kolaborasi ini atas permintaan peminat. Jadi saya tidak ragu-ragu untuk menerima peluang keemasan ini,” ujarnya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 13 Dec 2021

Iqbal Zulkefli Pernah Luah Hasrat Nak Mendekati, Tapi Ini Pula Respons Rossa – “Siapa Dia Ya? Rasanya Pernah Berjumpa Sekali, Untuk Bergambar Sahaja…”

Sebelum ini, usahawan kontroversi yang bergelar penyanyi, Ahmad Iqbal Zulkefli, 27, pernah meluahkan hasrat untuk mendekati penyanyi popular Indonesia, Datuk Seri Rossa. Menerusi laporan media pada penghujung November lalu, Iqbal pernah meluahkan hasrat mahu mencuba […]

Trending Fri, 2 Feb 2024

“Mommy Bangga Dengan Abang” – Dijemput Hadir Ke Majlis Konvokesyen, Ucapan Ibu Zayn Rayyan Meruntun Hati Netizen

Semoga terus diberikan kekuatan 🤲🏼 Tahniah buat arwah adik Zayn Rayyan! Al-Fatihah

Hiburan Wed, 18 Mar 2026

El Azman Tepis Dakwaan Bisnes Rugi Gara-Gara Ambil Fattah Amin Jadi Duta

El Azman menepis dakwaan bisnes rugi gara-gara Fattah Amin.

Featured Thu, 25 Sep 2025

“Kalau Kita Terlalu Baik Orang Akan Ulang Kesalahan Sama”- Nabila Razali

Rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan yang diberikan Nabila Razali.

Hiburan Tue, 17 Sep 2019
Featured Mon, 29 May 2023
Featured Wed, 27 Oct 2021
Hiburan Thu, 25 Apr 2019
error: Content is protected !!