Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida October 26, 2018 @ 10:22am

‘ Saya Bangga Jadi Muslim’, Sinead O’Conner Umum Peluk Islam

Penyanyi terkenal Ireland, Sinead O’Conner memeluk agama Islam dan kini menggunakan nama Shuhada’ Davitt.

Menerusi Twitternya, Shuhada’ yang sebelum ini dikenali sebagai Magda menulis beliau sudah meninggalkan agama Kristian Katolik demi kebaikan.

“Pengumuman ini bertujuan menyatakan saya berbangga menjadi seorang Muslim. Ia kesimpulan semula jadi perjalanan mana-mana ahli agama. Kajian semua kitab suci membawa kepada Islam.

“Ia menjadi semua kitab suci lain bertindan. Saya akan mempunyai nama baharu. Ia adalah Shuhada’. Maaf Sine, Shuhada’,” katanya di Twitter.

Sinead O’Connor menjalani rawatan mental intensif di Amerika Syarikat (AS) tahun lalu dengan bantuan Dr Phil.

Selepas menukar nama kepada Shuhada, beliau memuat naik rakaman video melaungkan azan.

“ Maaf atas beberapa kesilapan untuk percubaan pertama saya melaungkan menyanyikan azan. Saya ada kesilapan sebutan kerana emosi, namun beratus lagi cubaan akan dilakukan. Apabila saya sudah berlatih 30 kali, saya akan membuat dunia terpegun,” katanya.

Beliau turut menggayakan pakaian Muslim berdasarkan gambar.

“ Kawan rapat saya, Elaine memberikan hijab pertama kepada saya dan beliau seram sejuk seluruh badan melihat saya memakainya,” katanya. -Agensi.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sun, 6 Jan 2019

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!歌词小抄被抢闹趣事

One FM《新年嘟嘟好》造势活动开跑!丁丁和李文杰演唱《财神到》时,歌词小抄被抢闹趣事~

Hiburan Tue, 14 Oct 2025

“Saya Suka Kehidupan Sekarang, Tenang & Penuh Kasih Sayang”- Intan Najuwa Bahagia Jadi Suri Rumah

Pelakon cantik, Datin Intan Najuwa mengakui kehidupannya kini jauh lebih tenang dan bermakna selepas memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa.

Hiburan Tue, 19 Jun 2018

李幸倪为演唱会试造型「真空上阵」尽显背肌和纤腰

距离Gin李幸倪首个香港红馆《First Of All Live》演唱会不足一星期时间,日前Gin为演唱会试造型,其中蓝色夜空长裙最为性感夺目!

Featured Mon, 5 Sep 2022

Bapa Puteri Balqis Buat Laporan Polis – “Wallahi, Tak Terniat Nak Buat Perkara Keji Itu..’

Sedih bila dengar luahan hati Aqish 😭 Jika benar bagai dikata, moga ada pencerahan daripada pihak berkuasa. Moga dipermudah segalanya

error: Content is protected !!