Euforia Bola 2026
Featured By: Ad Ops October 29, 2019 @ 10:54am

‘Saya berbangsa Cina tetapi suka berhijab’ – Gadis bukan Muslim ini buat Netizen kagum

Seronoknya apabila lihat rakyat Malaysia meraikan dan menghormati budaya dan gaya hidup masing-masing. Ia tentunya menyemarakkan lagi semangat kita sebagai penduduk negara berbilang kaum.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter berbangsa Cina membuktikan bahawa tidak salah jika dia ingin bergaya seperti orang Melayu iaitu dengan berhijab.

“I‘m Chinese but i like to berhijab,” tulisnya pada entri Twitter yang disertakan dengan dua gambar yang mana dia mengenakan hijab dan berpakaian sopan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 

????

A post shared by jiaqingg (@kakjiaa19) on

Cantik sungguh!

Menurut Sin Chew Daily, gadis Cina ini bernama Zhang Jia Qing dan berasal dari Kedah. Entri Twitter ini rata-ratanya disambut baik oleh Netizen yang menyokong tindakannya dan memuji kecantikannya.

Seorang pengguna Twitter ada bertanya mengapa dia suka berhijab. Jia Qing menjawab, dia sudah berkawan lama dengan orang-orang Melayu. Dan apabila melihat mereka bertudung, dia beranggapan mereka tampak ayu.

“Bila tutup aurat, I rasa tenang jaa,” tulisnya.

Rupa-rupanya Jia Qing bukan satu-satunya individu berbangsa Cina yang gemar bergaya dengan hijab. Ekoran entrinya, ramai gadis Cina lain yang sama suka berhijab, turut berkongsi gambar masing-masing.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Cantik dan comel semuanya! Sejuk mata memandang.

Ada juga seorang pemberi komen yang berkongsi berita mengenai statusnya sebagai seorang mualaf. Tahniah!

Sumber: Twitter

Bagaimanapun, ada pemberi komen yang mempertikaikan kenyataan Jia Qing. Katanya, Jia Qing mungkin berbangsa Cina tetapi pada masa yang sama, beragama Islam. Jadi tindakannya memakai hijab bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Jia Qing terus memberikan penjelasan dan mengesahkan bahawa dia memang “non-Muslim” dan tidak berketurunan Melayu langsung.

Sumber: Twitter

Sumber: Twitter

Aduh, kasihan. Tidak pasal-pasal kena tuduh.

Nasib baik, ada juga pengguna Twitter yang mengambil peluang untuk buat lawak menerusi komennya!

Sumber: Twitter

Apa pendapat anda mengenai tindakan individu bukan Muslim yang memilih untuk bergaya dengan hijab? Tinggalkan komen anda!

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 5 Jul 2018

发胖是因为男友「不帅」美研究:另一半长相会影响体重

多数现代人,会拼命节食、减肥,认为瘦就是美,但你就是怎么样都瘦不下来,却百思不得其解呢?

Hiburan Mon, 18 Dec 2023
Featured Mon, 28 Apr 2025
Trending Thu, 23 Aug 2018

Suspected Peeping Tom Passes Away After Beaten Up by Social Justice Warriors

The people involved in beating the man up might be charged for murder!

Trending Sun, 17 Jan 2021
Featured Wed, 28 Jan 2026

“Jangan Sampai Satu Hari Nanti Kau Kena Saman” – Nadia Annuar Tegur Sikap Warganet Suka Sibuk Hal Orang

Nadia Annuar menempelak tindakan segelintir pihak yang secara terbuka berkongsi foto mahupun video orang lain di media sosial tanpa kebenaran.

error: Content is protected !!