Euforia Bola 2026
Selebriti By: Atiqah Johari October 23, 2023 @ 7:39pm

“Saya Bukan Nak Meniru Sesiapa” – Sering Disamakan Dengan Mira Filzah, Qasrina Karim Ambil Sudut Positif

Pelakon Qasrina Karim akui sering disamakan dengan pelakon Mira Filzah namun menganggapnya sebagai perkara yang positif.

Walaupun disamakan dari segi lakonan mahupun personaliti, Qasrina menjelaskan bahawa setiap individu memiliki kelebihan berbeza.

Malah, dia juga berharap orang ramai dapat melihat perbezaannya dengan pelakon tersebut menerusi bakat lakonannya.

“Nak samakan it’s fine. Kita serupa tapi tak sama dan saya dengan Mira okay. Saya rasa persamaan kami ini bukanlah perkara yang buruk sebaliknya perkara positif contohnya nak mainkan watak adik-beradik lagi senang dan best.

“Kami berkawan baik semuanya okay sahaja. Saya rasa setiap orang walaupun muka sama ke apa tetapi setiap orang adalah berbeza. Personaliti diorang lain dan cara diorang membawa watak pun lain.

“Jadi, harapnya orang boleh nampak saya punya personaliti, cara membawa watak adalah berbeza dengan Mira Filzah.

“Saya bukan nak meniru gaya sesiapa. Saya rasa Mira dengan saya sangat berbeza. Saya ada jumpa dengan dia (Mira Filzah) masa berlakon dengan dulu dia macam ‘nampak serupa tapi lain’.

“Bila dah kenal nampak lain. Ramai cakap macam tu director, kawan-kawan kitorang pun cakap benda sama. Kalau letak kami bersama sebenarnya kami lain walaupun nampak serupa,” katanya kepada XTRA.

Bukan itu sahaja, Qasrina juga menjawab dakwaan yang mengatakan dirinya bertahan dalam industri seni disebabkan serupa dengan Mira Filzah.

“Saya tak tahu pula itu. Jadi, bila saya tak tahu tidak mengapa. Saya percaya pada rezeki jadi saya tak nak overthink pasal saya punya masa depan. Saya akan buat yang terbaik sebagai seorang pelakon,” ujarnya.

Terbaharu, Qasrina memegang watak Sameera dalam drama My Famous Ex-Boyfriend di bawah arahan Harith Omar. Drama ini juga dibintangi oleh Nadhir Nasar, Hael Husaini, Cupcake Aisyah dan ramai lagi.

Artikel Berkaitan: Qasrina Karim Bergandingan Dengan ‘Kembarnya’ Mira Filzah – “Mungkin Nampak Sama Tapi Tak Serupa”

Artikel Berkaitan: “Lama Tunggu Video Twin Ni” – Peminat Teruja Mira Filzah & Qasrina Karim Buat Trend TikTok Bersama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 7 Nov 2018

真人版长发公主!洗头一次用光7罐洗发精

迪士尼动画系列的「长发公主」确有其人!

#ThrowbackXTRA Wed, 24 May 2023
Hiburan Fri, 26 Jan 2018

TAEYANG AND MIN HYO RIN’S WEDDING INVITATION IS SO PRETTY!

The couple will be getting married next month and now their wedding invitation has been revealed.

Featured Fri, 19 Feb 2021

Pengasas Aplikasi Sugarbook Direman 7 Hari

Masih dalam siasatan pihak polis

Trending Mon, 1 Mar 2021
error: Content is protected !!