Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin March 24, 2022 @ 7:44pm

“Saya Kenal Dia Semenjak Berusia 13 Tahun…” – Syura Dah Maafkan Siti Nordiana

Penyanyi, Syura Badron, 35, sudah memaafkan segala persengketaan yang terjadi antara dirinya dan penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 37.

Syura yang kini berdepan saman daripada Nana berlapang dada untuk memaafkan tetapi pelantun lagu Nazam Berkasih itu mengakui sukar untuk dirinya melupakan hal terjadi.

“Siapalah saya tak nak maafkan orang? Saya manusia biasa. Saya dengan dia bukan baru kenal, kami berkawan semenjak usia saya 13 tahun, dia pula pada waktu itu 15 tahun.

“Kami berkawan semenjak remaja. Nak memaafkan itu sentiasa ada dalam hati saya tetapi untuk melupakan, ia terlalu peribadi,” katanya.

Menurut Syura, dia bersama empat rakan lain iaitu Lan Solo dan isteri, Nur Sheila Hassim, pegawai perhubungan awam FMC, Sam Samin dan jurusolek Razidah Ahmad Senusi sudah cuba mencari jalan damai menerusi proses mediasi namun ia gagal.

“Untuk mencapai jalan damai, ia memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak. Pihak kami sendiri sudah terbuka untuk selesaikan perkara ini.

“Itu sebabnya kami menjalani proses mediasi dan sewaktu sesi itu dijalankan, kami sudah berbincang dan meluahkan segala-galanya. Namun, kata putus tak dapat dicapai.

“Jadi, kes ini masih berjalan dan kami teruskan sahaja. Namun, kalau kata sudah memaafkan atau memohon maaf, saya sendiri secara peribadi, sudah memaafkan segala apa yang terjadi.

“Cuma daripada pihak dia sendiri, saya tak tahu macam mana. Saya hanya memohon doa yang baik-baik, untuk saya, untuk kawan-kawan saya, untuk dia dan untuk semua,”‘katanya.

Isu membabitkan Nana bersama lima sekawan itu bermula apabila penyanyi itu memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos lalu.

Dalam saman terbabit, Nana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook Live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

Selain itu, terdapat juga tiga lagi tuntutan iaitu ganti rugi teruk, ganti rugi teladan dan ganti rugi khas yang akan dinilai serta ditentukan oleh pihak mahkamah.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas penyanyi Lan Solo, Syura dan tiga rakan yang lain membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Nana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai tahun lalu.

Kes saman fitnah membabitkan Nana dengan lima sekawan ini bakal didengar di Mahkamah Tinggi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 29 Apr 2020
Drama Sat, 12 Jul 2025
Hiburan Sun, 15 Jun 2025
Hiburan Fri, 8 Aug 2025

DJ Sonic Akui Hampir Tewas Emosi Selepas Pemergian Ayah Tercinta

DJ Sonic pernah melalui detik paling sukar.

Trending Wed, 21 Nov 2018

Nekad Tinggalkan Dunia Gelap, Ketua Gangster Ini Mati Ditembak Selepas…

Nedim mengambil keputusan untuk meninggalkan kumpulannya dan menyertai program pemulihan selepas mengetahui isterinya mengandung.

Featured Mon, 29 Nov 2021

Pernah Digelar Gajah Oleh Rakan, Pemuda Tekad Turunkan Berat Badan

Sebenarnya sukar bagi mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan bentuk badan yang ideal. Pelbagai usaha dilakukan untuk mencapai perubahan dan transformasi untuk menurunkan berat badan terutamanya dalam tempoh yang singkat. Malah, ada yang […]

Hiburan Tue, 19 Mar 2024

“Dia Tak Suka Bergaul, Tak Lekang Berdakwah” – Bimbang Sahabat Kembali Buat Perkara Tak Elok, Shahidan Izwan Minta Beri Ruang Pada Aliff Aziz

‘Saya hanya doakan agar dia kuat sebab takut juga Aliff kembali melakukan perkara tak elok seperti kontroversi sebelum ini’ – Shahidan

error: Content is protected !!