Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 10, 2026 @ 6:08pm

Sekian Lama Menyepi, Iman Wan Kembali Dengan Lagu Penuh Emosi… Angkat Kisah Dunia Autisme Dalam ‘Anak’

Nama komposer Iman Wan mungkin tidak asing dalam industri muzik tempatan sekitar era 1990-an dan awal 2000-an.

Selepas agak lama menyepi daripada dunia muzik arus perdana, Iman kini kembali berkarya menerusi projek independen Adam Music Canvas (AMC) dengan sebuah lagu baharu yang cukup peribadi berjudul Anak.

Kembalinya Iman bukan sekadar untuk menghasilkan muzik semata-mata, sebaliknya membawa kisah sebenar kehidupan sebagai seorang ayah kepada anak istimewa yang banyak mengubah perspektif hidupnya.

Menurut Iman, pengalaman membesarkan anak dalam spektrum autisme membuatkan dirinya melihat kehidupan dan erti kasih sayang dari sudut yang berbeza.

“Bertahun-tahun saya fikir saya perlu membantu memperbaiki anak saya. Tapi akhirnya saya sedar, sebenarnya dialah yang banyak memperbaiki diri saya.

“Dia ajar saya tentang sabar, kasih sayang, rendah hati dan bagaimana untuk menjadi manusia yang lebih baik. Itu sebenarnya maksud lagu Anak,” katanya.

Single tersebut bakal dilancarkan pada Mei ini menerusi semua platform penstriman digital utama dengan kolaborasi bersama Lah Ahmad.

Menurut Iman, lagu itu mula ditulis secara perlahan-lahan sekitar setahun lalu ketika dia berjaga malam menjaga anaknya, Adam.

“Ia bermula sebagai luahan hati biasa sahaja. Saya tak pernah fikir ia akan berkembang menjadi projek sebesar ini,” katanya.

Menariknya, proses pembikinan lagu tersebut menemukan Iman dengan beberapa individu yang turut mempunyai hubungan rapat dengan dunia autisme.

Iman mengakui dia sendiri tidak mengetahui bahawa Lah Ahmad juga merupakan bapa kepada dua anak lelaki dalam spektrum autisme ketika mula menghubunginya untuk menyanyikan lagu tersebut.

Selain Lah, susunan muzik lagu itu turut melibatkan Birgitta Abeysekra yang mempunyai adik autistik, manakala gitaris Edrie Hashim pula membesarkan dua anak dalam spektrum autisme.

“Bila fikir balik, semuanya macam berlaku secara semula jadi. Lagu ini seolah-olah menemukan saya dengan orang-orang yang benar-benar memahami maknanya,” katanya.

Lagu Anak menampilkan vokal Lah Ahmad, petikan gitar Edrie Hashim serta susunan muzik oleh Birgitta Abeysekra dan Bernardine J. Abeysekra.

Proses mixing pula dilakukan oleh Illegal yang dikenali menerusi identiti bunyi syarikat rakaman Positive Tone.

Dalam masa sama, video muzik rasmi Anak kini sedang dalam proses pembikinan dan bakal menampilkan Qi Razali yang dikenali menerusi filem Babah.

Menurut Iman, lebih daripada sekadar lagu, Anak diharapkan mampu memberi kekuatan kepada ibu bapa yang melalui perjalanan sama selain membuka ruang kepada masyarakat untuk lebih memahami dunia autisme.

“Saya harap lagu ini boleh buat lebih ramai ibu bapa rasa mereka tidak keseorangan.

“Kadang-kadang di sebalik pintu rumah, ada terlalu banyak perjuangan yang orang lain tak nampak. Tapi setiap anak itu adalah anugerah dan mereka berhak dicintai sepenuh hati,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 4 Mar 2019
Hiburan Thu, 19 Dec 2019
Hiburan Sat, 7 Apr 2018

Ziana Zain ‘Putus Terpaksa’ Tidak Lagi Duduk Sebumbung!

Daripada sumber yang dipercayai, Armin tidak bersetuju untuk melafazkan perceraian tetapi mohon kes tersebut dibawa kepada jawatankuasa pendamai.

Featured Wed, 6 Nov 2024

Nyanyian Fazura Raih Perhatian, Abby Abadi Pula Tampil Backup – “Kalau Maki Dapat Apa? Comel Je Dia Nyanyi”

Abby Abadi sifatkan nyanyian Fazura tidaklah sumbang seperti yang didakwa.

Hiburan Fri, 6 Sep 2024
Hiburan Fri, 25 May 2018

Alycia新歌《坏话》被电台禁播

入围「娱协30」新人推荐奖的Alycia相隔多一年终有新作,惟其中的《坏话》 却因歌词内容,遭到电台禁播。

error: Content is protected !!