Euforia Bola 2026
TECH By: SGMS Enal December 10, 2019 @ 1:55pm

Selamat Guna Telefon Bimbit Ketika Ribut Petir

Tahukah anda bahawa penggunaan telefon bimbit ketika ribut petir sebenarnya selamat jika dibandingkan dengan penggunaan telefon yang disambung dengan kabel telefon dalam sesebuah bangunan.

Ini kerana telefon yang disambung dengan kabel telefon mampu bertindak sebagai konduktor cas elektrik serta memungkinkannya disambar petir, kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, (MetMalaysia) Jailan Simon.

“Namun begitu kebarangkalian telefon bimbit disambar kilat juga boleh berlaku sekiranya telefon bimbit sedang dicas dengan wayar pengecas (ada plak) dan digunakan semasa kejadian ribut petir,” katanya kepada Bernama dalam temuramah, baru-baru ini.

Musim monsun yang sedang melanda negara kini menjadi kerisauan kepada penggunaan telefon bimbit semasa ribut petir yang dikatakan boleh membawa maut.

Berdasarkan kajian MetMalaysia, terdapat kira-kira 16 juta ribut petir berlaku setiap tahun di seluruh dunia dan situasi di Malaysia, bagi tempoh 10 tahun iaitu antara 2008 hingga Ogos 2019, sebanyak 132 kes kematian direkodkan akibat terkena panahan kilat.

Daripada jumlah itu, pantai barat Malaysia merekodkan kematian tertinggi dengan 89 mangsa, diikuti Pantai Timur 22 mangsa dan Sabah dan Sarawak sebanyak 21 mangsa.

BAGAIMANA KILAT TERJADI

Jailan berkata kilat merupakan fenomena semulajadi berlaku terutama di kawasan tropika seperti Malaysia namun ia lebih kerap berlaku semasa tempoh peralihan monsun iaitu April-Mei dan Oktober-November.

Fenomena alam tersebut terjadi apabila proses nyahcas elektrik di ruang atmosfera berlaku dan ketika ini, jumlah tenaga yang amat besar dibebaskan serta suhunya mampu mencapai suhu 30,000 darjah Celsius, cukup panas untuk mencairkan pasir silika, katanya.

“Kilat turut memanaskan udara sekitarnya yang mencecah kira-kira suhu 10,000 darjah Celsius secara serta-merta, iaitu hampir dua kali ganda suhu permukaan matahari. Haba tersebut menghasilkan gelombang kejutan yang mengeluarkan bunyi, dikenali sebagai guruh.

“Proses kejadian kilat berlaku dengan sangat pantas menyebabkan pembentukan libasan kilat yang tidak dapat dikesan oleh mata kasar.

“Kilat lazimnya terjadi di daratan pada waktu petang dan senja manakala pada waktu malam ia kerap terjadi di lautan,” jelas beliau lagi.

MITOS KILAT TIDAK SAMBAR DI TEMPAT YANG SAMA

Umum mempercayai bahawa kilat tidak akan menyambar tempat yang sama lebih daripada sekali.

Bagaimanapun, Jailan berkata hakikatnya kilat boleh menyambar di mana-mana lokasi lebih daripada sekali.

Keadaan ini boleh berlaku secara kebetulan memandangkan terdapat berjuta ribut petir berlaku setiap tahun, tambahnya.

“Selain itu, antara ciri-ciri suatu kawasan yang cenderung disambar kilat adalah disebabkan faktor ketinggian (objek yang tinggi lebih cenderung dipanah) serta aktiviti yang dijalankan ketika ribut petir berlaku,” katanya.

Jailan menjelaskan mangsa yang disambar kilat boleh mengakibatkan kecederaan parah sehingga membawa maut serta mengalami kelecuran tahap ketiga yang melampaui lapisan bawah kulit termasuk lemak, otot, tulang dan saraf.

“Kilat yang menyambar seseorang mampu menjana voltan elektrik yang amat tinggi sehingga mencecah 120,000 volt, lebih daripada mencukupi untuk menyebabkan kejadian jantung manusia terhenti (cardiac arrest).

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati agar sentiasa merujuk ramalan dan amaran cuaca sebelum menjalankan aktiviti luar terutamanya sewaktu tempoh peralihan monsun dengan ribut petir sering berlaku pada waktu petang dan senja,” katanya.

MANFAAT KILAT TERHADAP ALAM SEKITAR

Meskipun berbahaya kepada manusia, Jailan berkata, kilat bermanfaat kepada persekitaran dan fenomena semulajadi ini penting untuk bumi mencapai keseimbangan elektrik kerana bumi akan menerima cas elektrik setiap kali berlaku ribut petir.

Permukaan bumi dan atmosfera boleh mengalirkan elektrik dengan baik melalui nyahcas negatif di permukaan bumi dengan cas positif di atmosfera. Justeru, elektron dari permukaan bumi sentiasa mengalir ke atmosfera, katanya.

“Sekiranya kilat dari ribut petir tidak berlaku, ketidakseimbangan cas elektrik antara bumi dengan atmosfera bumi boleh terjadi.

“Selain itu, kilat juga menghasilkan sejenis bahan kimia yang membantu pembentukan lapisan ozon. Seperti mana diketahui, lapisan ozon sangat penting untuk melindungi bumi daripada sinaran ultraungu yang kuat akibat dari sinaran matahari,” katanya.

Selain risiko terhadap manusia, panahan kilat turut mampu mencetuskan kebakaran hutan secara semulajadi pada skala yang besar terutamanya semasa musim kering, ujarnya lagi.

Sumber: Bernama

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

TECH Sun, 2 Sep 2018

Cara Untuk Mengunci Folder Pada PC

Risau akan fail – fail sulit anda diakses oleh orang lain? Berikut kami kongsikan salah satu cara untuk anda mengunci folder sulit anda pada PC dengan mudah.

TECH Sun, 18 Feb 2018

Tips Kesan Malware Menggunakan Pelayar Chrome

Tahukah anda bahawa Chrome telah tersedia dengan satu fungsi khas untuk mengesan “Malware” yang terdapat dalam PC anda?

TECH Wed, 28 Nov 2018

5 Pelayar Internet Terbaik Bagi Peranti Mudah Alih 2018

Ini antara Browser atau pelayar internet yang pantas dan lancar untuk peranti mudah.

Automobile Thu, 5 Apr 2018

马来西亚Galaxy Note 8用户可以吃上Oreo啦!

随着Samsung Galaxy S8 与 S8+ 都抢先收到了 Android 8 的更新,许多人也开始期待自己手上的 Galaxy 手机也能得到这个最新的 Android 系统更新。

TECH Sun, 21 Apr 2019

Pindah Foto/Video Atau Kandungan Lain Daripada IPhone Ke Android

Bolehkah kita pindahkan gambar atau fail Iphone ke android? Jika boleh,bagaimana caranya?

TECH Sat, 1 Dec 2018

Mahukan Fungsi Ubahsuai Bokeh Seperti iPhone XS Max

Jika anda mempunyai Iphone 7,8 dan X, anda boleh mencuba cara ini.

TECH Mon, 20 Nov 2017

Cara Untuk Menukar “Background” Gambar Menggunakan Android

Sebelum ini kami pernah berkongsi kaedah ini menggunakan perisian Adobe Photoshop. Berikut salah satu kaedah yang boleh digunakan dengan menggunakan Android. Caranya sangat mudah, boleh sahaja ikuti langkah-langkah berikut. Langkah 1 Pasang aplikasi Auto Photo […]

TECH Sat, 3 Nov 2018

Data Internet Cepat Habis?

Data internet habis cepat?, ini untuk menjimatkan penggunaan data anda.

TECH Sat, 9 Jun 2018

Tips Penjagaan Adapter Laptop

Cara-cara bagaimana ingin menjaga adapter laptop anda untuk jangka masa yang lama.

TECH Sun, 1 Jul 2018

Tips Untuk Guna Fungsi “Split Screen” Pada Android

Sebagai contoh, kita dapat menjadikan layar peranti anda akan dipecahkan kepada dua bahagian, ini sangat sesuai untuk anda melakukan “multi tasking” pada peranti. Caranya sangat mudah, ikuti sahaja langkah – langkah berikut.

error: Content is protected !!