Euforia Bola 2026
Hiburan By: Del14 October 1, 2019 @ 3:22pm

“Selepas 38 Tahun…Ini Momen Paling Epik!” – Amy Search

Momen paling epik buat penyanyi rock legenda, Amy Search. Apatah lagi apabila kostum yang pernah dipakai Amy ketika Konsert Fenomena Search pada 2011 diabadikan di Hard Rock Hotel, Desaru Coast, Johor bermula 28 September lalu.

Menerusi IG miliknya, Amy menganggap ia sebagai pengiktirafan bertaraf antarabangsa dan tertinggi dalam sejarah karier muziknya selepas 38 tahun berkecimpung dalam industri muzik tanah air.

View this post on Instagram

Alhamdulillah selepas 38tahun … Ini ada lah sebuah moment epik. Saat yg ku idamkan. Waktu pertama kali kujungi HRC melihat memorabilia artis2 di dinding berangan dalam hati memorabilia aku turut berada di dinding itu. Terima kasih Hard Rock Desaru Coast, Johor kerna mengabadikan salah satu koleksi costume & nuckle head mic stand kenangan yg indah sewaktu konsert Jelajah FENOMENA 30thn SEARCH 2011. Ia menjadi ikonik rock roll trademark Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor. Apa yang membanggakan aku, aku memperoleh sebuah penghargaan bertaraf internasional dan tertinggi dalam karier aku. Walaupun penghargaan ini bukan dari negeri Johor, kebetulan aku budak Johor, dan penghargaan ini diberi di negeri kelahiranku! Exclusive hanya di Hard Rock Desaru Coast Hotel Johor, tidak di tempat lain. Dan ini peninggalan aku untuk generasi Rock n Roll seterusnya. Long live rock n roll . . big thanks to @hrhdesarucoast for ths lovely moment !.. . #amysearch #phewiiit #hrhdesarucoast #liveinjohor #bdkjohor #bdkbakobatu

A post shared by Suhaimi A Rahman (@aku.amysearch) on

“Alhamdulillah selepas 38 tahun dalam bidang muzik. Ini adalah momen paling epik. Saat yang aku idamkan.

“Walaupun bukan penghargaan dari negeri Johor tetapi diberikan di negeri kelahiranku sebagai anak Johor sekali gus peninggalan untuk generasi Rock & Roll yang akan datang,” tulisnya.

Amy sememangnya sudah lama menyimpan impian mahu melihat memorabilia miliknya diabadikan di Hard Rock Cafe (HRC).

Tulisnya, kali pertama berkunjung ke HRC dan melihat memorabilia milik artis lain di abadikan, dia berangan memorabilia miliknya juga akan diabadikan di situ.

“Terima kasih pihak Hard Rock Hotel Desaru Coast Johor kerana mengabadikan salah satu koleksi kostum dan ‘nuckle head mic stand’ yang juga kenangan terindah ketika Konsert Jelajah Fenomena 30 tahun Search pada 2011.

“Ia akan menjadi ikonik rock & roll ‘trademark’ Hard Rock Hotel Desaru Coast, Johor,” luahnya di instagram lagi.

Selain kostum ikonik itu, Amy turut diberi penghargaan melancarkan majlis pembukaan Hard Rock Hotel Desaru Coast, semalam.

Oleh: Guy Masaki

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 25 Jun 2018

Tahniah! Comelnya Anak Abah Terlajak Laris

” Sumpah nak tengok @shahidadherbs tahan kat bilik bedah pun tak sanggup. Kuatnya pengorbanan ibu. Setuju tak? Siapa ada pengalaman macam ni?” tulisnya.

Hiburan Tue, 13 Jun 2023
Hiburan Sat, 9 Feb 2019
Hiburan Tue, 20 Nov 2018

Fazley, Azrene Naik Pelamin 27 November Ini

Pasangan kekal yang sudah 13 tahun berkahwin ini bakal diraikan sekali lagi dalam sebuah majlis resepsi santai. Terbaiklah!

Featured Thu, 5 Jan 2023
Hiburan Fri, 10 Mar 2023
error: Content is protected !!