Euforia Bola 2026
Trending By: Salma Syahbuddin August 2, 2021 @ 1:51pm

Semua Penduduk Lembah Klang Kini Boleh ‘Walk-In’ Terima Vaksin Di PPV Terpilih

Pastinya ini adalah berita gembira bagi mereka yang belum mendapatkan vaksin terutamanya ketika negara masih mencatatkan nilai ambang kes yang amat membimbangkan.

Oleh itu, kepada semua penduduk di Lembah Klang yang ingin mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh berbuat demikian apabila kaedah secara jumpa terus atau ‘walk-in’ mula dijalankan di beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) terpilih bermula hari ini.

Menurut Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), terdapat sembilan PPV terlibat memberi suntikan vaksin secara walk-in tanpa janji temu di Lembah Klang.

Berikut merupakan senarai PPV yang terlibat ;

  • KL Convention Centre (HCO F, HCO G dan HCO H)
  • Bangi Avenue Convention Centre
  • Hotel Wyndham, Klang
  • Dewan Tun Razak
  • Sabak Bernam
  • Dewan Komuniti Serendah
  • Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA
  • Ideal Convention Centre, Shah Alam

Bagaimanapun, masa jumpa terus atau ‘walk-in’  ini akan bermula pada pukul 2 petang setiap hari, tertakluk kepada hari operasi PPV masing-masing.

Untuk makluman, bagi golongan yang berumur 40 tahun ke atas atau golongan ‘komorbid’ (kumpulan berisiko tinggi untuk mengalami kesan yang teruk daripada COVID-19 sekiranya dijangkiti), vaksinasi jumpa terus akan bermula 2 Ogos hingga 4 Ogos.

Selain itu, mereka hendaklah membawa sebarang bukti yang menunjukkan mereka termasuk dalam kategori itu seperti kad rawatan atau kad janji temu.

Manakala, semua warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas di Lembah Klang boleh mendapatkan vaksin secara ‘walk-in’ bermula 5 Ogos hingga 22 Ogos.
Untuk bukan warganegara, tarikh dibenarkan untuk walk-in bermula pada 9 Ogos ini dan hanya akan dijalankan di PPV Stadium Nasional Bukit Jalil.
Inividu bukan warganegara ini juga dinasihatkan agar membawa bersama bukti menunjukkan lokasi bermastautin di Lembah Klang seperti alamat di kad pengenalan, lesen memandu, sebarang bil utiliti atau kad kredit, kad pekerja, kad pelajar, surat perjanjian atau lain-lain.

Bagi yang TIDAK mempunyai dokumen pengenalan atau perjalanan yang sah, individu ini akan melalui proses yang telah ditetapkan dalam satu Garis Panduan Pengurusan Pemberian Vaksin Kepada Individu Bukan Warganegara yang telah dikeluarkan oleh CITF.

 

 

Sumber : Bernama

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 19 May 2025

Tempoh Penjara PU Azman Dikurangkan Kepada 12 Tahun

Hukuman terhadap kes amang seksual pendakwah bebas, PU Azman dikurangkan kepada 12 tahun

Featured Thu, 13 Apr 2023

Syada Amzah Perjelas Ibu Ke Mahkamah Bukan Untuk Fail Cerai, Kunci Mulut Tujuan Sebenar

Syada Amzah enggan dedah tujuan sebenar ibu ke mahkamah

Trending Sun, 25 Nov 2018

Lelaki Maut Kemalangan 405.6KM Lembah Beringin – Tanjung Malim

Siapa salah adakah konvoi motosikal, lori mahupun kereta exora yang kebetulan membantu motosikal yang rosak. Salam Takziah

Featured Wed, 1 Feb 2023

“Antara Faktor Yang Menarik Minat Saya…” – Afifah Nasir Tak Mahu Bakal Suami Aktif Di Media Sosial

Hmm zaman ni susah nak cari pasangan yang tak guna media sosial kan?

Featured Mon, 8 Aug 2022

Pengurus Ditangkap Akibat Kes Dadah, Bunga Citra Lestari Umum Teruskan Konsert Di Singapura

Betul kata BCL. Moga ia jadi pelajaran dan pengalaman dalam kehidupan☹

error: Content is protected !!