Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi August 16, 2022 @ 12:22pm

Sepupu OKU Hilang Sejak 13 Ogos, Mizz Nina Mohon Doa & Bantuan Ramai

Aktivis kemanusiaan dan selebriti, Mizz Nina memaklumkan sepupunya, Khairina Mohd Hishamuddin, 26, hilang dan kali terakhir dilihat berada di rumah pada 13 Ogos 2022.

Mizz Nina berkongsi berita duka tersebut menerusi sebuah hantaran yang memaparkan butir-butir mengenai sepupunya di Instagram miliknya, semalam.

Menurut Mizz Nina, sepupunya itu tergolong dalam Orang Kurang Upaya (OKU) dalam pembelajaran namun boleh bertutur dengan baik.

“Sepupu saya hilang. Dia OKU. Jika anda pernah melihatnya, sila hubungi nombor yang tertera di risalah. Tolong share dan semoga Allah permudahkan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata pengikutnya mendoakan agar urusan penceraian sepupu selebriti itu akan dipermudahkan.

Tidak ketinggalan rakan selebriti, aktres jelita dan pengacara Lisa Surihani turut menzahirkan kata doa dengan penuh makna.

“Innalillahiwainnalillhirojiun. Subhanallah. Ya Muhaymin. May You watch her and look for her, and keep her safe and bring her back to her loved ones.

“May Allah grant your family ease through this very trying time. Ya Jabbar, with your Decree, you can fix every solution. Ya Rahman Ya Raheem,” tulisnya di ruangan komen.

Semasa artikel ini ditulis masih tiada perkembangan mengenai pencarian sepupu Mizz Nina yang berasal dari Kampung Baru, Kuala Lumpur.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 6 Aug 2020

Permohonan Lanjutan Moratorium Bermula Esok

Boleh pergi ke bank bermula esok!

Selebriti Sat, 24 Feb 2024

“Ada Hati Kecil Perlu Saya Jaga” – Mohon Maaf Kunci Mulut Soal Kahwin, Shakilla Khoriri Minta Beri Ruang & Masa

Saya sendiri rasa kurang selesa apabila majlis ini ‘diceroboh’ orang-orang luar yang tanpa meminta izin kami untuk berkongsi dahulu tentang pernikahan ini kepada media dan wartawan sebelum majlis ini berlangsung – Shakilla

Trending Mon, 26 Feb 2018

Singaporean 5-Star Hotel Fulfils Tourist’s Super Strange Request

The award for Best Customer Service of the Year goes to Singapore Marriott Tang Plaza Hotel.

Featured Wed, 11 Jan 2023
Featured Fri, 16 Dec 2022

“Yang Pergi Bukannya Kau Tak Layak Tapi…” – Pesanan Makan Dalam Iddin Ramli Jentik Hati Netizen

Penulis buku dan juga pempengaruh, Iddin Ramli yang terkenal dengan ‘content’ nasihat berunsur dakwah tular di media sosial dengan kata-katanya yang memberi kesedaran kepada warganet. @iddinramliiYang tak patut akan tetap pergi.♬ Untuk Mencintaimu – Seventeen Menerusi […]

Featured Thu, 18 Aug 2022
error: Content is protected !!