Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 21, 2026 @ 9:00am

“Serik Tempuh Perjalanan 18 jam” – Ezzanie Jasny Pilih Naik Kapal Terbang Beraya Di Kelantan, Wajib Ada Makanan Kuzi Ayam & Roti Jala

Pelakon, Ezzanie Jasny mengakui serik untuk memandu pulang ke kampung selepas pernah menempuh perjalanan sehingga 18 jam ketika musim perayaan.

Menurut Ezzanie atau nama lengkapnya, Nur Ezzanie Sherazade Jasny, 27,  pengalaman itu membuatkan dia nekad untuk tidak lagi memandu jauh apabila pulang beraya di Kelantan.

“Balik Kelantan saya tak akan lagi bawa kereta, Saya pernah kena 18 jam sekali. serik dah. Saya akan naik kapal terbang ke Kelantan,” katanya.

Ezzanie berkata, Aidilfitri tahun ini dia merancang untuk meluangkan masa kira-kira seminggu bersama keluarga di kampung halaman ibunya.

“Kalau raya di kampung keluarga memang akan masak macam-macam. Tahun ini saya beraya jauh di Kelantan. Insya-Allah seminggu saya beraya di sana.

“Ayah saya orang Sungai Petani, Kedah, mak saya orang Kelantan. Belah ayah dah tak ada, jadi tinggal belah mak saja. Saya juga cucu yang pertama dalam keluarga,” katanya.

Menurut Ezzanie, dia juga satu-satunya ahli keluarga yang menetap di Kuala Lumpur manakala saudara-mara lain tinggal di Kelantan.

“Jadi setiap kali raya saya memang teruja nak balik Kelantan untuk jumpa mereka,” katanya.

Dalam pada itu, Ezzanie berkata dia turut menantikan juadah kegemarannya setiap kali beraya di kampung.

“Juadah paling saya nantikan ialah kuah kuzi ayam makan dengan roti jala. Kat Kuala Lumpur jarang orang buat.

Ezzanie berkata demikian ketika ditemui pada sidang media iklan raya dan majlis berbuka puasa LOL Entertainment yang diadakan di Hotel Royal Chulan, Damansara, baru-baru ini.

“Makanan itu wajib ada. Saudara-mara saya di Kelantan mungkin dah muak, tapi saya yang akan minta untuk hari raya pertama,” katanya.

Ditanya mengenai soalan popular yang sering diajukan setiap kali Aidilfitri, Ezzanie berkata dia sudah biasa apabila ditanya mengenai soal jodoh.

“Soalan bila nak kahwin memang biasanya akan ditanya setiap kali raya sebab saya cucu pertama. Bawah saya dah ada dua orang yang sudah berkahwin. Tak apa, kita fokus kerja dulu,” katanya.

Menurut Ezzanie, suasana pulang beraya juga sedikit berbeza selepas dirinya dikenali sebagai artis.

“Terutamanya bila balik kampung jumpa keluarga yang jarang jumpa atau ikut beraya ke rumah kawan-kawan, layanan mereka lain sedikit. Fokus lebih kepada saya sebab saya jarang balik kampung, setahun sekali atau dua kali sahaja,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Sep 2018

Setahun Bergelar Isteri, Laudya Cynthia Bella Sangat Bahagia

Pelakon berusia 30 tahun ini mengaku harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

Trending Tue, 8 Dec 2020

Orang Ramai Diminta Tangguh Rancangan Balik Kampung Jika…

Bak kata pepatah melayu, “sudah terhantuk, baru nak terngadah”

Hiburan Sun, 21 Jul 2019

Kantoi Dadah…Pelawak Terkenal Indonesia Ditangkap Polis!

Pelawak terkenal Indonesia, Nunung ditahan pihak Polis Indonesia selepas didapati terbabit dengan pengambilan dadah jenis syabu. Nunung yang mengacarakan program terkenal di Indonesia, Ini Talkshow ditahan bersama suami, July Jan Sambiran di kediaman mereka. Penahanan […]

Trending Mon, 18 Sep 2023
Featured Mon, 22 Feb 2021

9 Tahun Nikahi Gadis Korea, Jehan Miskin Akhirnya Bergelar Bapa

Tahniah diucapkan buat pelakon kacak Jehan Miskin dan isteri Julie Camelia Rhee yang selamat menyambut kehadiran cahaya mata pertama mereka pada 20 Februari lalu. Menerusi laman Instagram miliknya, Jehan memuat naik beberapa keping foto bersama […]

Featured Thu, 25 Jun 2026

“Ada Yang Nilai Terlerainya Sangkar Namun Tak Pernah Tahu Mengapa Burung Memilih Terbang” – Luahan Aslam Selepas Sah Bercerai Dengan Marissa Raih Perhatian

Aslam menyorot perhatian selepas dia memuat naik luahan seolah-olah menggambarkan perasaannya pada ketika ini.

Hiburan Sun, 8 Apr 2018

Inilah Rahsia Kecantikan Sajat!

Untuk episod seterusnya, penonton jangan lupa menyaksikan Nur Sajat Rated Xtra kerana, dengar cerita Sajat nak bawa kita semua ke sesi photoshoot beliau. Agaknya, apa pula drama Sajat kali ni ye?

error: Content is protected !!