Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops November 5, 2018 @ 9:00am

Setelah Melahirkan Anak, Para Ibu Perlu Tunggu Setahun Sebelum Hamil Semula

“Jika ingin cuba mendapatkan zuriat seterusnya selepas melahirkan seorang anak, para ibu patut tunggu selama tak kurang daripada 18 bulan terlebih dahulu.”

Itulah garis panduan terkini yang telah ditetapkan oleh World Health Organization.

Kita tak boleh main-main dengan isu ini, ya! “Jarak” ini memang perlu dititik beratkan bagi mengurangkan risiko kesihatan terhadap si ibu dan bayi dalam kandungan.

Jurang masa yang pendek di antara melahirkan anak dan mengandung semula boleh mengakibatkan kelahiran pramatang, bayi yang bersaiz lebih kecil dan juga kematian si ibu ataupun bayi.

Risiko ini boleh disebabkan oleh badan si ibu yang belum cukup rehat ataupun penjagaan pra-kelahiran yang kurang cukup.

Berita baik!

Namun begitu, sebuah kajian terbaru mendapati yang ibu-ibu tak perlu tunggu selama itu untuk hamil semula. Setahun saja pun dah cukup.

Diterbitkan di dalam JAMA Internal Medicine, kajian oleh University of British Columbia dan Harvard TH Chan School of Public Health ini telah menyelidik sebanyak 150,000 kelahiran di Kanada.

Ia menunjukkan, tempoh masa 12 ke 18 bulan adalah masa menunggu paling ideal di antara melahirkan anak dan hamil semula.

Foto: Getty

Bagus untuk wanita yang lebih berumur

Penulis senior untuk kajian ini, Dr Wendy Norman, berharap penemuan ini akan boleh menyejukkan hati wanita berumur lebih daripada 35 tahun yang sedang merancang keluarga.

“Ibu yang sudah berumur kini ada bukti kukuh untuk pertama kalinya tentang kenapa mereka perlu menjarakkan kelahiran dan kehamilan seterusnya.

“Nak dapatkan selang setahun yang penting itu patut boleh dilakukan oleh ramai wanita dan ternyata sangat berbaloi untuk mengurangkan risiko komplikasi.”

Walau bagaimanapun, kajian ini hanya merujuk kepada satu populasi wanita iaitu di Kanada. Jadi tak berapa jelas jika ia boleh diaplikasikan kepada wanita lain di seluruh dunia.

Mandy Forrester dari Royal College of Midwives berpendapat yang kajian ini adalah sangat berguna dan memberi update kepada kajian terdahulu tentang birth spacing.

“Apa-apa pun, ia akhirnya bergantung kepada pilihan seseorang wanita itu, tak kiralah berapa usianya. Apa yang penting adalah mereka tahu tentang bukti yang telah ditunjukkan dan mereka sepatutnya membuat keputusan berdasarkannya.”

Sumber: BBC

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

familuv Mon, 1 Jun 2020
familuv Wed, 30 Oct 2019

Ketahui tanda anak anda sedang mengalami kemurungan

Jangan abaikan realiti tentang penyakit mental dalam kalangan remaja di Malaysia

familuv Sat, 19 Oct 2019

6 cara ajar anak jadi orang yang baik hati

Jangan biar anak jadi pembuli!

familuv Fri, 2 Nov 2018

Anak Berumur 2 Tahun Ke Bawah Boleh Minum Ubat Batuk Atau Tidak?

Ada alternatif lain untuk gantikan ubat batuk!

familuv Thu, 2 Feb 2023

Sebak! Akhirnya Bersetuju Pindah Ke Semenanjung, Wawa Zainal Belikan Ibu Bapa Sebuah Rumah

Alhamdulillah. Semoga kita semua dapat membahagiakan ibu bapa kita macam ni

familuv Wed, 24 Oct 2018

Si Cengeng Anak Bongsu, Dalam Diam Otaknya Kreatif Dan Pandai Buat Kawan!

Tidak semua anak bongsu itu tidak boleh diharap. Perlu berbalik kepada didikan keluarga!

familuv Thu, 3 May 2018

Wahai Wanita, Jangan Jadi 6 Wanita Jenis Ini Jika Mahu Lelaki Kahwini Anda

Jika punya kekurangan, bersama cuba perbaiki kelemahan yang ada.

familuv Fri, 22 Jun 2018

Kenal Pasti Si Kecil Sudah Sedia Ke Tadika Melalui 5 Tanda Ini

Jika anak anda mempunyai lima tanda ini, bererti anak anda sudah sedia ke tadika.

familuv Tue, 24 Jul 2018

Ini Antara Punca Yang Anda Tidak Tahu Tentang Kenapa Bayi Boleh Tersedak Susu

Jangan disebabkan kelalaian kita, nyawa anak tergadai!

error: Content is protected !!