Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 11, 2021 @ 2:01am

“Shuib Datang Melutut Depan Saya, Dia Kata Siti Sarah Dah Tak Ada…” – Kehilangan Anak, Raissuddin Hamzah Rasa Sepi

Penyanyi veteran dan bapa kepada Allahyarham Siti Sarah, Raissuddin Hamzah berkongi momen sayu ketika dirinya dimaklumkan mengenai pemergian anak tersayang.

Menurut Raissuddin, berita sedih terbabit disampaikan oleh menantunya, Shuib.

“Bila momen terbabit berlaku, saya tak terkata apa-apa. Saya tak tahu nak cakap apa. Ketika itu, Shuib datang berjumpa dengan saya, dia datang dengan senyuman.

“Dia melutut depan saya. Kata Shuib, ‘Abah, saya nak pergi hospital, Siti Sarah dah tak ada.’ Ketika itu, saya rasa dunia ini macam sesepi-sepinya

“Kalau saya nak beritahu perasaan yang dihadapi, saya rasa semua orang lebih faham perasaan saya,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Marah Memang Marah, Tapi..” – Shuib Ulas Isu Influencer Tak Sensitif Jadikan Pemergian Siti Sarah Sebagai Content YouTube

Tambah Raissuddin lagi, dia berharap agar semua pihak dapat mendoakan kesejahteraan arwah di alam sana.

“Saya tak pandai nak komen apa yang saya rasa. Kalau dulu ketika Sarah masuk pertandingan nyanyian, mudah saya nak jawab atau nak ulas, tapi yang ini memang payah.

“Cuma saya harap, mari kita sama sama doakan Sarah, agar dia tenang di sana. Kita hanya dapat kenang dia kerana dia tak akan kembali lagi,” katanya sebak.

Raissuddin berkata demikian usai majlis bacaan Yassin dan tahlil untuk arwah Sarah yang berlangsung secara maya, malam tadi.

Raissuddin turut dijangkiti wabak Covid-19 dan baru sahaja tamat proses kuarantin kendiri semalam.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 29 Dec 2022
Trending Wed, 21 Oct 2020

Senarai Lokasi Sekatan Jalan Raya Sepanjang PKPB

Ini mungkin berguna untuk korang!

Hiburan Tue, 12 Dec 2023
Hiburan Mon, 2 Sep 2019
Featured Wed, 4 Feb 2026

Lana Nodin Bidas Netizen Dakwa Sunting Bahagian Dada Nampak Besar – “Zoom Bagi Nampak Semua”

Lana meluahkan rasa kecewa apabila setiap perkongsiannya menjadi ‘bahan’ siasatan warganet.

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Katanya Emma Maembong, Syed Abdullah Sudah Bernikah?

Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?

Featured Mon, 23 May 2022

“Taklah Sehebat Mana, Tapi…” – Hadiahkan Diri Sendiri, Afieq Shazwan Beli Honda Civic RS

Tahniah! Afieq Shazwan menghadiahkan dirinya sebuah kereta baru Honda Civic RS 2022.

Hiburan Sun, 26 Nov 2023
error: Content is protected !!