Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin January 24, 2025 @ 4:51pm

Shuib & Watie Sedia Tambah Anak – “Ini Masa Yang Sesuai, Ayyash Pun Dah Besar”

“Sekarang ni semua anak-anak yang ada itu adalah anak tiri pada Watie”.

Demikian respons pelakon, pelawak dan usahawan, Shuib ketika disoal mengenai perancangannya untuk menambah zuriat.

Kata Shuib ketika ditemui XTRA, perkara tersebut timbul selepas dia mengerjakan umrah baru-baru ini memandangkan anak bongsunya, Ayyash Affan semakin membesar.

“Sebenarnya benda ni terjadi masa nak pergi umrah hari tu. Watie ni dia macam banyak benda dia takut dengan saya contohnya nak minta anak.

“Jadi masa umrah haritu, saya sendiri yang buka mulut cakap dekat dia nak ada baby. Dan, bila saya cakap perkara tu, dia adalah manusia paling happy haritu.

“Lagipun sekarang ni Ayyash dah besar, dah nak masuk empat tahun dan dah pandai banyak benda, jadi saya rasa ini masa yang sesuai untuk tambah anak,” katanya.

 

Siti Saah
View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

 

Mengulas lanjut, Shuib atau nama penuhnya, Shahmira Muhamad, 40, menjelaskan bahawa dia takut sekiranya terjadi sebarang perkara yang tidak diingini kelak dan kehadiran zuriat hasil perkongsian hidupnya bersama Watie itu menjadi ‘pengikat’ kasih sayang antara anak-anaknya pada masa hadapan.

“Sebab saya fikir, sekarang ni semua anak-anak yang ada itu adalah anak tiri pada Watie. So, saya takut if anything happen kedepan, katalah saya tak ada, tak ada benda yang betul-betul boleh ‘ikat’ Watie dengan anak-anak.

“Maksudnya, zuriat daripada kami berdua. Sebab saya fikir kalau saya tak ada, anak-anak saya boleh jauh macam begitu je dengan dia. So, at least kalau ada satu baby nanti mungkin anak-anak ni pun boleh rapat dan ada adik beradik tiri. Jadi, mungkin inilah masa yang sesuai untuk tambah baby,” jelasnya.

Untuk rekod, Watie dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 23 Jun 2023.

Sebelum itu, Shuib pernah berkahwin dengan Allayarham Siti Sarah namun penyanyi berkenaan meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat Covid-19.

Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 13, Dzahira Talita Zahra, 11, Ariq Matin, 8 dan Ayash Affan, 4 tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 17 Mar 2020
Featured Tue, 9 Nov 2021

“Saya Akan Perbaiki Kualiti Lakonan” – Kini Aktif Dalam Dunia Lakonan, MK Dilabel Pelakon Kayu

Anggota kumpulan K-Clique, MK berharap agar dirinya tidak dilabel sebagai pelakon ‘kayu’ kerana baru menceburi dunia lakonan. Bagi MK, dia menganggap dirinya masih dalam proses pembelajaran. “Setakat ini, saya belum terima kritikan yang keterlaluan. Sekadar […]

Trending Wed, 20 Nov 2019
Featured Mon, 27 Oct 2025

“Saat Kita Broken, Penat & Burnout Ramai Akan Cari Manusia Untuk Meluah… Tapi Sangat Sikit Orang Yang Cari Tempat Untuk Bersujud”- Neelofa

Demikian perkongsian selebriti popular, Noor Neelofa mengenai bagaimana menghidupkan hubungan dengan Allah melalui doa.

Featured Sat, 1 Oct 2022
Featured Sun, 14 Mar 2021
Hiburan Thu, 5 Jul 2018

Bengang Dengan Gimik Haqiem Rusli, Ini Pesanan Padu Caprice

Caprice menyifatkan Haqiem Rusi dan pihak pengurusannya sebagai memalukan? Baca berita penuh dengan hanya klik entri ini.

error: Content is protected !!