Euforia Bola 2026
Filem By: SGMS Fas August 15, 2019 @ 11:55am

Siap Sedia…Pontianak Bakal Mengilai Di Pawagam Bermula 12 September Ini!

Primeworks Studios mengumumkan menjadi pengedar rasmi di Malaysia untuk filem seram ‘DENDAM PONTIANAK’ yang diterajui oleh Nur Fazura dan Remy Ishak yang akan berada di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019.

Kerjasama ini merupakan yang pertama antara Primeworks Studios dengan syarikat produksi filem dari Singapura, Tiger Tiger Pictures.

‘DENDAM PONTIANAK’, ialah sebuah filem yang diarahkan dan ditulis oleh Glen Goei dan Gavin Yap mengisahkan mengenai kehidupan sepasang suami isteri yang baru sahaja berkahwin dan dibelenggu dengan ‘DENDAM PONTIANAK’, yang memaksa mereka terjerumus ke lembah pengkhianatan, ilmu hitam dan pembunuhan.

Pontianak’ dalam mitos negara Asia Tenggara merujuk kepada roh wanita mengandung yang mati ketika sedang melahirkan anak yang dipenuhi dengan dendam. la merupakan salah satu cerita dongeng seram Asia yang paling digeruni, tetapi pada hakikatnya Pontianak adalah sebuah kisah tragis tentang cinta dan kehilangan. Mitos tentang Pontianak ini adalah cara yang sempurna untuk menggabungkan elemen yang menjadikannya sebagai sebuah kisah tragis Asia dan menakutkan dan unik untuk tatapan penonton global tentang genre seram.

Dengan adanya filem ini, pengarah dapat menghargai filem seram yang ditambah juga unsur revisionism dan kontemporari.

“la sememangnya satu pengalaman yang bermakna dapat berpeluang untuk bekerjasama dengan barisan pelakon yang hebat. Kami juga sangat berbesar hati apabila Primeworks Studios bersetuju menjadi rakan pengedar rasmi filem ini di Malaysia. Semangat dan keupayaan Primeworks Studios memasarkan filem-filem unik membuatkan kami lebih percaya ianya satu langkah dan kerjasama yang ‘ideal’ untuk kami”, kata Glen Goei dan Gavin Yap dalam satu kenyataan bersama.

“Kami di Primeworks Studios sentiasa mahu memperluaskan lagi rangkaian pemasaran dan pengedaran filem kami, ianya sangat penting bagi kami membina hubungan yang kukuh dalam mengetengahkan elemen filem serantau ini. Kami juga sangat teruja untuk bekerjasama dengan Tiger Tiger Pictures untuk mengedar dan memasarkan filem seram-romantik ini. Kami juga sangat teruja untuk mempersembahkannya kepada semua penonton dan para peminat di Malaysia untuk menikmati filem yang sangat dinanti-nantikan ini”, ulas Puan Nor Shahila Shah, Pengurus Besar Filem dan Drama, Primeworks Studios.

Turut membintangi filem seram-romantik ini adalah Hisyam Hamid, Shenty Feliziana, Nam Ron, Tony Eusoff, Nadiah M.Din, Wan Hanafi Su, Nadia Aqilah dan Nik Harraz Danish.

Selain itu, salah satu kelebihan untuk filem ini adalah gabungan krew produksinya yang sangat berbakat dari negara-negara serantau antaranya ialah Penataan Busana oleh Akma Suriati Awang, Penyunting hebat filem Shutter oleh Lee Chatametikool, Penataan Bunyi oleh Akritchalerm Kalayanamitr (pemenang Cannes Palme d’Or untuk Uncle Boomee Who Can Recall His Past Lives), Perunding Visual oleh Christopher Doyle (In The Mood For Love) dan Pengarah Sinematografinya oleh Jon Keng.

Dato’ Seri Siti Nurhaliza juga tampil dengan lagu terbaru bertajuk ‘Kekasihku Selamanya’ yang menjadi runut bunyi utama bagi filem ini. Berkongsi pengalaman ketika merakamkan lagu ini, ini adalah pertama kali beliau menyanyikan lagu untuk sebuah filem seram yang ia telah dijalankan sekitar tiga bulan lalu. Menurutnya, lagu tersebut mempunyai aura seram yang tersendiri yang dicipta oleh komposer terkenal Aubrey Suwito dan lirik oleh Ad Samad.

Dendam Pontianak, mula mengilai di pawagam Malaysia mulai 12 September 2019.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Wed, 18 Dec 2019

吕爱琼「秒变」妈妈教导观众!黎升铭直呼游戏没难度

这一期的《Durian, Kaya, Teh Tarik》将去到热情如火的煤炭山!

Filem Sun, 16 Sep 2018

New Horror Series’ First Episode Based on Malaysia’s Toyol

It’s all about Asian horror stories this time.

Filem Tue, 26 Mar 2019

富家子面临破产!谢佳见沦落卖面包?

八度空间从即日起,每逢星期一至五,早上10时30分,重播本地爱情喜剧《1块2的幸福》。

Filem Thu, 29 Mar 2018

病危男孩等不到上映《复仇者联盟》英雄全出动

《复仇者联盟3:无限之战》距离上映时间不到一个月,许多影迷都非常期待,但对于病重的Emilio来说,他可能等不到那一天,而他的愿望就是想见片中的英雄;一名女主播在推特上写下他的愿望,成功钓出剧中英雄都回应。

Filem Mon, 7 Jan 2019

It’s Been a Week Since Encounter Aired the Finale and People are Still Talking About the Kiss

Park Bo Gum and Song Hye Kyo’s last kiss is just way too amazing.

Filem Thu, 14 Dec 2017
Filem Sat, 28 Jul 2018

艺人热血征战 《新舞林大会》升级回归

艺人热血征战只为再解锁舞蹈魅力!八度空间将从7月28日起,每逢星期六,晚上8时30分,全马首播《新舞林大会》。

Figura Fri, 12 Jan 2024

Raih Tempat Kedua Dalam 10 Filem Terbaik Di Netflix, Najib Mohon ‘Man On The Run’ Dilarang Tayang

Perkara yang dinyatakan dalam filem tersebut dikatakan bersifat fitnah, subjudis, prejudis dan berat sebelah.

Filem Thu, 28 Mar 2019

Forget About the Hot Weather and Haze by Listening to Some Awesome Music

It’s the hot season again but we don’t need to dwell on it…

error: Content is protected !!