Categories: Sihat

4 Teknik Mudah Untuk Legakan Sakit Belakang

Sakit belakang ialah masalah biasa yang akan dirasai oleh kita semua kecuali kanak-kanak. Boleh dikatakan setiap orang akan mengalami sekurang-kurangnya sekali seumur hidup.

Kadang-kadang sakit belakang adalah disebabkan kita mengangkat barang, postur semasa bekerja di pejabat dan sebagainya. Kalau mengadap komputer di pejabat selama berjam-jam akan membuatkan tulang belakang kita berasa tepu dan sakit. 

Jangan risau, terdapat teknik yang boleh anda praktikkan apabila berasa sakit belakang. Anda boleh ‘take 5‘ untuk lakukan teknik ini di pejabat mahupun di mana saja anda berada.

Ini antara 4 teknik melegakan sakit belakang yang dikongsikan oleh Hariz Yazid di laman Twitternya. Memang mudah dan berkesan!

1. Tolak tangan anda seperti gambar di bawah

2. Cengkam dan tarik

3. Melengkungkan badan

4. Angkat tangan seperti gambar di bawah dan ulang pada sebelah kiri dan kanan anda

Lakukan teknik ini mengikut kiraan yang anda suka. Bagi wanita yang sedang hamil, anda boleh lakukan senaman ini tapi lakukan secara perlahan-lahan. Pasti anda berasa lega!

Selamat mencuba!

Sumber: Twitter

tex_admin