Categories: Sihat

Betul Ke ‘Gigi Bongsu’ Akan Tumbuh?

Adakah semua orang akan tumbuh gigi bongsu?

Bagi anda yang pernah tumbuh gigi bongsu pada bahagian geraham pasti merasakan kesakitan yang melampau kan? Sehingga buatkan anda hilang selera makan dan ada juga yang demam! Pernah tak anda melaluinya?

Untuk pengetahuan anda, proses pembentukan gigi bongsu terjadi seawal usia 12 hingga 25 tahun dan ia dikenali sebagai wisdom teeth. Adakah semua orang akan merasai pertumbuhan gigi bongsu ini?

Sebenarnya, tidak semua orang akan menyedari kewujudan gigi bongsu ini kerana hanya beberapa orang saja yang akan merasa sakit sewaktu gigi ini tumbuh. Gangguan kemunculan gigi (impacted tooth) sebenarnya boleh terjadi juga pada gigi-gigi yang lain, namun paling kerap berlaku pada gigi bongsu.

Foto: South Airdrie Smiles

Terdapat beberapa kajian mendapati bahawa, terdapat 9 daripada 10 orang akan mengalami gigi bongsu terimpak. Jika gigi bongsu tumbuh secara normal dalam rongga mulut tanpa halangan oleh gigi lain, ia tidak menimbulkan rasa sakit sama sekali.

Namun, jika gigi tumbuh dengan kurang sempurna kerana tiada ruang mencukupi untuk gigi bongsu, ia akan menyebabkan rasa kurang selesa dan sakit sewaktu kemunculannya.

Foto: Ask MetaFilter

Selain itu, terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan pertumbuhan gigi bangsu ini. Antaranya:

1. Masalah genetik

Gangguan kemunculan gigi bongsu boleh jadi disebabkan ibu bapa. Anak akan memiliki lengkung rahang kecil sementara ukuran gigi lebih besar.

2. Bentuk makanan yang diambil

Pengambilan makanan lembut juga akan menyebabkan kekurangan rangsangan pertumbuhan dan perkembangan lengkung rahang. Ini disebabkan sewaktu mengunyah makanan yang agak keras, otot-otot dalam mulut bergerak, sehingga rahang lebih terangsang untuk tumbuh ke tahap maksimum.

3. Benih gigi salah kedudukan

Sebenarnya, benih gigi yang tumbuh dengan arah yang salah akan muncul juga dengan kedudukan yang salah. Keadaan ini akan mengganggu pertumbuhan gigi bongsu dan berpotensi mengganggu pertumbuhan gigi yang lain.

Gigi bongsu yang mengalami gangguan dan kedudukan yang salah dalam kemunculannya boleh menimbulkan rasa sakit. Biasanya, jika gigi bongsu ini terlalu sakit dan mengganggu aktiviti kunyahan anda, cara yang terbaik untuk atasinya adalah dengan mencabut gigi tersebut.

Ingat, jika gigi bongsu yang bermasalah tidak ditangani dengan baik, mungkin akan timbul komplikasi lain yang lebih serius, seperti jangkitan kuman dan terbentuknya sista nanah. Apapun, dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu ya!

Sumber: Hello Doktor

tex_admin