Categories: Sihat

‘Jangan Terlalu Obses Dengan Jalan Mudah’ – Doktor Amalina Kongsi Tip Untuk Kekal Sihat

Kalau kita lihat sekarang ini terdapat banyak lambakan air minuman di pasaran yang dicipta untuk menambahkan tenaga serta menjaga kesihatan seseorang. Tak kisahlah murah atau mahal, ia pasti mendapat sambutan daripada rakyat Malaysia. 

Namun, bagi doktor viral, Dr Nur Amalina Che Bakri yang kini menjalani latihan pembedahan di The Royal College of Surgeons di England, dia menasihati orang ramai agar jangan terlalu obses dengan mengambil jalan mudah untuk sihat. 

Menerusi laman Twitternya, Amalina menyatakan bahawa kita tidak perlu minum air detox atau apa sahaja air untuk kesihatan. Bagi Amalina sendiri, dia hanya mengamalkan air putih serta melakukan senaman setiap minggu.

 

Foto: Twitter Dr Amalina

Selain daripada mengamalkan minum air putih, Amalina juga turut makan banyak buah-buahan dan sayuran setiap hari. Dia juga akan pergi ke gym 3 hingga 4 kali seminggu. 

Bukan itu sahaja, Amalina juga akan berlari di sekeliling taman atau tepi sungai. Hasil dari amalan tersebut, dia mampu mengekalkan tenaga dan menjalankan kerja sebagai doktor dengan baik dan sihat.

 

Foto: Twitter Dr Amalina

Penulis setuju 100% dengan pesanan dan tip oleh Dr. Amalina ini. Bagi anda yang terlalu obses nak cantik dan nak kurus perlulah sedar bahawa segala ubat untuk putihkan kulit mahupun pil kurus yang anda amalkan itu sebenarnya akan memberi kesan buruk kepada kesihatan anda. 

Tak salah jika anda amalkan tip sihat secara semulajadi seperti yang diamalkan oleh Amalina ini yang dijamin selamat. Jangan menyesal di kemudian hari!

Sumber: Twitter Dr. Amalina

tex_admin