Categories: Sihat

Lindungi Anak Daripada Virus Merbahaya Dengan Mengambil Suntikan Vaksin Pneumococcal

Bagi anda yang sudah mempunyai anak kecil, pasti sudah mengetahui kepentingan vaksin untuk kesihatan anak anda kan? Daripada dilahirkan sehinggalah berumur 1 tahun 5 bulan, anda akan membawa bayi setiap bulan ke klinik kesihatan untuk mendapatkan suntikan vaksin. 

Kalau anda semak pada senarai vaksin yang perlu diambil oleh si comel anda, vaksin Pneumococcal bukan antara vaksin yang wajib diambil untuk anak. Tapi, tahukah anda bahawa vaksin ini sangat bagus untuk lindungi anak anda?

Vaksin Pneumococcal merupakan sejenis imunisasi yang diberikan kepada kanak-kanak sebagai langkah awal untuk mencegah bakteria pneumococcal yang mudah menyerang kanak-kanak dan warga tua.

Bakteria ini boleh tersebar melalui udara dan menyebabkan batuk dan selsema. Ia juga sangat mudah untuk dijangkiti melalui sentuhan lebih-lebih lagi bagi kanak-kanak.

Biasanya simptom jangkitan pneumococcal adalah batuk dan selsema biasa, jadi ibu bapa jarang dapat mengesan anak apabila sudah terkena jangkitan ini.

Foto: Internal Madicine Pharmacotherapy

Penyakit akibat jangkitan bakteria pneumococcal

Menurut MyHealth, penyakit yang boleh dihadapi sekiranya anak terkena jangkitan bakteria adalah seperti:

1. Radang paru-paru

2. Meningtis

3. Sinustisis (jangkitan pada hidung)

4. Sepsis (jangkitan dalam darah)

5. Otitis media (jangkitan tengah telinga)

Foto: Dr. Zubaidi

Bukan itu sahaja, sekiranya kanak-kanak normal terkena masalah kesihatan tersebut dalam jangka masa yang panjang akan cenderung untuk mengalami kecacatan otak, pekak, kehilangan tangan atau kaki, lumpuh dan boleh menyebabkan kematian. 

Oleh itu, amat disarankan kepada anda untuk memberikan anak-anak suntikan vaksin pneumococcal ini kerana ia boleh menjadi pertahanan bagi anak-anak anda dan mampu menyelamatkan nyawa mereka.

Walaupun harga suntikan vaksin ini agak mahal anggaran RM150 ke atas, tapi ia amat berguna untuk kesihatan anak anda. Anda boleh dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum memberikan vaksin ini untuk si kecil.

Anda sebagai ibu bapalah yang berperanan penting untuk melindungi anak anda daripada sebarang ancaman terutamanya soal kesihatan.

Sumber: MyHealth 

tex_admin