Pengalaman kehamilan bagi setiap wanita adalah berbeza-beza. Ada yang mengalami alahan teruk dan ada pula sebaliknya.
Ini termasuklah perubahan fizikal. Sesetengahnya mengalami berat badan mendadak, tidak kurang juga yang semakin susut tubuh, malah mengalami iritasi pada kulit misalnya muncul jerawat.
Satu lagi senario yang mungkin anda pernah lihat ialah tompokan coklat pada wajah wanita hamil. Tompokan coklat seperti kulit terbakar dikenali sebagai chloasma gravidarum atau melasma.
Bagi ibu hamil yang pernah atau sedang mengalaminya, hal ini boleh menyebabkan mereka kurang berkeyakinan dan berasa rendah diri.
Bagaimana chloasma gravidarum atau melasma ini boleh berlaku kepada ibu hamil, teruskan membaca.
Chloasma atau melasma ialah masalah kulit yang umum, ia kelihatan seperti tompokan gelap dan perubahan warna pada kulit ibu hamil.
Ia juga kadangkala disebut sebagai topeng kehamilan kerana sifatnya yang muncul di sekitar bibir atas, hidung, tulang pipi dan dahi sehingga menyerupai topeng.
Keadaan bintik atau tompok coklat ini juga boleh muncul di pipi, sepanjang garis rahang, di lengan atau bahagian lain tubuh yang terkena sinaran matahari.
Tompokan coklat lebih mudah merebak sekiranya keadaan kulit yang sudah berpigmen seperti puting susu, bekas luka dan bahagian intim. Ia juga cenderung terjadi di bahagian di mana berlaku gesekan seperti ketiak dan bahagian dalam paha.
Chloasma gravidarum atau melasma boleh disebabkan oleh perubahan hormon selama kehamilan, yang merangsang peningkatan sementara jumlah melanin yang dihasilkan oleh tubuh wanita hamil.
Melanin sendiri merupakan faktor semula jadi yang mempengaruhi warna pada rambut, kulit dan mata.
Biasanya, perempuan dengan kulit yang lebih gelap lebih cenderung memiliki melasma berbanding yang mempunyai kulit yang lebih cerah.
Ia boleh dianggap sebagai simptom genetik kerana jika perkara ini pernah terjadi dikalangan ahli keluarga, barangkali anda juga berisiko mengalaminya.
Melasma menyebabkan tompokan warna, keadaan warna kulit lebih gelap dari warna kulit yang biasa. Ini biasanya terjadi pada wajah dan ia bersifat simetri dengan tanda yang serasi di kedua sisi wajah. Daerah lain dari tubuh anda yang sering terkena sinar matahari juga dapat mengembangkan melasma.
Tompokan coklat itu biasanya muncul pada:
Bahagian lain yang turut berisiko adalah leher dan bawah lengan namun ia tidaklah membahayakan fizikal,akan tetapi anda mungkin merasa kekurangan pada penampilan sekaligus hilang keyakinan diri.
Jika anda melihat gejala melasma ini, tindakan yang sebaiknya dapatkan nasihat doktor dan jangan sekali-kali menggunakan ubatan sampingan atau krim pemutih kerana ia boleh memudaratkan kulit anda.
Semua perubahan pigmentasi kulit akibat melasma biasanya hilang dengan sendirinya sesudah melahirkan, tetapi ibu hamil dapat melakukan beberapa perkara untuk meminimumkan penampakan bintik-bintik gelap pada kulit sepanjang kehamilan:
Ini sangat penting kerana paparan sinar ultraviolet matahari (UV) menyebabkan melasma dan perubahan pigmen.
Gunakan pelindung matahari dengan SPF 30 atau lebih tinggi setiap hari, walaupun anda tidak berada di bawah sinaran matahari dan sapu semula apabila berada di luar rumah.
Melakukan wax untuk menghilangkan bulu pada tubuh dapat menyebabkan peradangan kulit yang memburukkan lagi keadaan melasma, terutama di bahagian tubuh yang dipengaruhi oleh perubahan pigmentasi.
Pembersih dan krim wajah yang memberi iritasi kulit anda dapat menjadikan melasma bertambah teruk.
Untuk mengelakkan pandangan aneh orang ramai sebaik melihat kondisi kulit anda, disarankan memakai concealer bagi menutup cela yang kelihatan.
Semoga bermanfaat.
Ruhainies harap semua pihak dapat move on. Tak mahu panjangkan isu.
Save the date!
Mungkin ini yang terbaik untuk Syasya 🫶🏼
Innalilahiwainnailaihirajiun
Fuh ramai yang restu ni!! Sabar okay semua
Haih ada saja yang tak kena ya